Berita Terkini

3 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pencinta ‘Pancake’ Mesti Tahu 4 Versi ‘Pancake Malaysia’ Ini

Dengan masyarakat yang berbilang kaum, seleksi makanan di tanah air tercinta ini bukanlah sedikit.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 9:55AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia syurga makanan! Dengan masyarakat yang berbilang kaum, seleksi makanan di tanah air tercinta ini bukanlah sedikit. Rambang mata dibuatnya. Salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai sudah pastilah kuih-muih tradisional yang memikat selera.

Lupakan sepinggan pancake gebu, yang disiram dengan sirap maple dan dihiasi dengan mentega yang sering dilihat dalam sitkom Amerika. Malaysia juga mempunyai versi pancake atau lempeng tersendiri yang tidak kalah enaknya.

Berikut adalah koleksi pancake tempatan yang anda mesti tahu.

 

1) Apam balik

Gambar : Instagram @thewayofkueh
Gambar : Instagram @thewayofkueh

Sering dilihat dan dijual di pasar malam, apam balik mendahului senarai sebagai salah satu pancake Malaysia yang paling popular!

Legenda mengatakan bahawa seorang pendatang Cina bernama Zuo Zongtang atau dikenali sebagai Jeneral Tso daripada dinasti Qing adalah orang yang memperkenalkan hidangan lazat ini kepada negara kita. Menarik, bukan?

Juga dikenali sebagai ‘Ban Chien Kueh’ atau lempeng kacang Cina, apam balik diperbuat daripada tepung, telur, mentega atau marjerin, gula, serbuk penaik, santan dan air.

Adunan tepung dimasak di atas kuali panas dan ditaburi dengan kacang tanah hancur, jagung manis, dan gula. Apabila permukaan bawah bertukar menjadi coklat, adunan dilipat dua, dipotong menjadi kepingan dan sedia untuk dinikmati.

Enak dimakan panas-panas!

 

2) Appam

Gambar : Instagram @delizia_by_nidhi
Gambar : Instagram @delizia_by_nidhi

Jika anda penggemar appam dan tinggal di sekitar Lembah Klang, mesti ada tahu tentang kewujudan kedai Poomy’s Kitchen yang beroperasi di Medan Selera, Lucky Garden suatu ketika dahulu.

Kedai ini memang menjadi persinggahan warga kota selepas waktu bekerja. Terdapat pelbagai variasi appam yang dijual di sini.

Appam adalah hidangan yang berasal dari India Selatan yang dipopularkan oleh masyarakat India di Malaysia.  Hidangan yang mudah disediakan ini boleh dinikmati pada bila-bila masa sama ada untuk sarapan pagi, minum petang dan juga makan malam.

Untuk menyediakan appam, adunan beras yang ditapai sedikit masam akan direndam ke dalam santan berkrim dan adunan ini sedia untuk dimasak. 

Untuk mencipta bahagian tengahnya yang lembap, ratakan adunan ke tepian kuali dan biarkan lebihan adunan terkumpul di tengah (guna kuali biasa, bukan kuali leper). Biarkan ia masak sehingga lapisan bawahnya menjadi sedikit keemasan dan bahagian tepinya garing dan perang.

 

3) Roti Jala

Gambar : GrabMY
Gambar : GrabMY

Salah satu hidangan kegemaran penulis. Sepinggan roti jala dihidang bersama semangkuk kari ayam memang sukar ditolak.

Menurut cerita, gulungan pancake kuning dan berenda ini dicipta secara kebetulan oleh seorang wanita yang secara tidak sengaja mencedok adunan tepung cair dengan menggunakan senduk berlubang.

Apabila adunan itu ‘ditebarkan’ di kuali, ia membentuk corak seperti sarang labah-labah dan begitulah cara penyediaannya sehingga ke hari ini. 

Selain kari, roti jala juga boleh dimakan dengan mencicahnya ke dalam kuah manis yang dibuat menggunakan santan dan gula melaka.

Warna kuning hidangan ini sebenarnya berasal daripada kunyit yang dikisar, dicampur dengan tepung, garam, telur, minyak dan air.

Petua profesional dalam mencipta rupa seperti jaring ini ialah ‘longgarkan’ pergelangan tangan anda dan buat gerakan membulat dengan senduk dan biarkan adunan merata di dalam kuali sehingga masak.

 

4) Kuih Ketayap

Gambar : GrabMY
Gambar : GrabMY

Kuih ketayap ini popular dalam kalangan orang Melayu dan juga Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan lempeng Melayu berperisa pandan yang digulung bersama inti kelapa manis yang dimasak bersama gula melaka atau gula merah. 

Jika anda tidak pernah memasak sendiri hidangan ini, mungkin boleh mencubanya pada hujung minggu ini. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari iaitu parutan kepada muda, gula melaka, tepung gandum, garam, telur, daun pandan, santan, minyak dan air.

Jadi, di antara empat hidangan ini, yang mana satu yang menjadi pilihan hati? Kalau kuih ketayap yang paling memikat selera, boleh ikuti resepi di bawah ini untuk penyediaannya.

Bahan-bahan

8 helai daun pandan

200 gram kelapa parut muda

240 gram gula melaka

150 gram tepung gandum

½ sudu kecil garam

300ml santan

1 sudu besar minyak masak

1 biji telur

Cara penyediaan inti

1. Dalam periuk sederhana besar, masakkan gula melaka di dalam 400ml sehingga cair.

2. Selepas itu, masukkan kelapa parut dan kacau sebati.

3. Perlahankan api dan biarkan ia mendidih sehingga air kering. Kacau selalu supaya ia sekata dan tidak hangit. Selepas air kering dan inti masak, ketepikan.

Cara penyediaan lempeng

1. Potong kecil daun pandan dan kisar dengan campuran 200 ml air di dalam mesin pengisar. Tapis dan ambil patinya sahaja.

2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, garam, telur, pati daun pandan, minyak dan santan. Kacau sehingga adunan sekata dan rehatkan selama 15-20 minit.

3. Panaskan kuali leper anti lekat menggunakan api sederhana. Senduk ¼ cawan bancuhan tepung tadi dan ratakan ke kuali. Biarkan masak, iaitu sehingga hujung adunan kelihatan keemas-emasan. 

4. Selepas masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan. Ulangi langkah 3 tadi sehingga adunan habis.

5. Selesai memasak adunan, ambil inti kelapa dan letakkan satu sudu besar di tengah-tengah lempeng. Gulung berhati-hati mengikut saiz yang anda suka.

6. Sedia dihidangkan.

Jika bahan-bahan yang diperlukan tiada di dapur, jangan risau.  Pesan melalui GrabFood atau lebih baik lagi, cuba buat di rumah dengan bahan-bahan daripada GrabMart. Hanya bayar dengan GrabPay dan anda boleh memperoleh GrabRewards untuk setiap transaksi!

Ayuh, tunggu apa lagi? Tiada yang lebih baik daripada dapat berjimat sambil berbelanja dan menjamu selera dengan hidangan kegemaran ramai! - Getaran, 26 Mac 2022

Gambar Hiasan : Unsplash

Isu Pada

Coach Eddy Berbicara Tentang Kecergasan Dan Menjadi Pilihan Selebriti

26 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

2

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

3

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

4

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi