web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Infinix Zero X Pro - Harga Berbaloi, Kamera Memukau

Penulis kami mencuba telefon pintar terbaharu jenama Infinix dan memberi kupasan terperinci.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 5:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Infinix adalah jenama telefon pintar keluaran China yang kini telah menembusi pasaran Malaysia dengan model Infinix Zero X Pro pada Mac 2022. 

Ia boleh dikatakan jenama yang agak baharu di dalam dunia telefon pintar di Malaysia namun pasarannya sudah berkembang di luar negara terutamanya di benua Afrika. 

Jenama yang diasaskan pada 2013 oleh syarikat Transsion Holding ini mengeluarkan model yang mempunyai prestasi yang baik dengan harga mampu milik.

Mari kita lihat ulasan penulis tentang telefon pintar model Infinix Zero X Pro.

Pada dasarnya, rekaan model ini dikeluarkan dalam bentuk segi empat tepat dan mempunyai berat 193g. Jadi ia tidaklah terlalu berat dan agak selesa apabila berada dalam genggaman. 

Permukaan layarnya pula menggunakan teknologi skrin Super Amoled, bersaiz 6.67 inci dan mempunyai paparan HD penuh serta kadar segar semula (refresh rate) 120 Hz. 

Jadi ia masih mempunyai kelancaran yang baik apabila menggerakkan paparan permukaan skrin dengan menggunakan sentuhan jari. 

Seterusnya, merujuk kepada dimensi saiznya pula, ia mempunyai tinggi 164.1mm x 75.7 (panjang) x 7.8 mm (lebar).

Model ini menggunakan perisian XOS yang berasaskan Android 11, akan tetapi chipset yang digunakan kali ini agak berbeza dengan telefon pintar yang lain. 

Ia menggunakan chipset Mediatek Helio G95 (12nm) dan setakat ini ia berada dalam prestasi yang baik dan menyokong sistem 120Hz kadar segar semula.

Jadi tiada masalah jika telefon pintar ini digunakan untuk tujuan kerja atau menstrim permainan dalam talian. 

Beralih kepada kameranya pula, pada bahagian ini penulis berasa terkejut kerana dengan harga yang ditawarkan, ia mampu menampilkan spesifikasi teknologi kamera yang hebat. 

Dipasangkan dengan tiga jenis kamera, ia mempunyai resolusi setinggi 108 MP untuk kamera utama dan 8 MP bagi kamera ultra lebar serta kamera periskop yang memiliki kadar zoom sehingga 60 kali ganda. 

Jadi spesifikasi kamera bagi model ini boleh dikatakan luar biasa dan mantap. Pada kamera periskop, dipasangkan juga dengan teknologi penstabilan imej optik (OIS) yang kebiasaannya ada pada model telefon pintar yang mahal. 

Jadi, apabila anda mengambil gambar atau merakam video, ia akan menghasilkan paparan yang stabil dan tidak bergegar. 

Kepada pengguna yang gemar menstrim permainan dalam talian, ia masih mampu dan sesuai digunakan untuk tujuan itu walaupun permainnya menggunakan data yang tinggi seperti PUBG. 

Namun bagi penulis, semasa menggunakannya, penulis perlu menukarkan tetapan grafiknya kepada tahap pertengahan. 

Ini kerana apabila menggunakan tahap grafik yang tinggi semasa bermain, ia tidak menunjukkan imej yang hebat di mata anda dan kelancaran permainan tersebut sedikit perlahan. 

Bagi kuasa bateri pula, telefon pintar ini memiliki kapasiti sebanyak 4500mAh dan menyokong sistem pengecas segera sebanyak 45W serta wayar pengecas jenis C.

Bercakap mengenai rangkaian 5G, penulis merasakan ini adalah kekurangan yang ada pada telefon pintar ini. 

Kebanyakan telefon pintar yang dikeluarkan masa kini pasti dipasangkan bersama teknologi sokongan rangkaian 5G namun ia tidak dipasangkan pada model Infinix Zero X Pro. 

Perkara ini akan menjadi tanda tanya kepada pengguna sama ada ingin memiliki model ini atau model infinix Zero 5G. 

Walau bagaimanapun ia bergantung juga kepada tujuan seseorang itu menggunakan telefon pintar tersebut.

Maka secara keseluruhannya, dengan harga RM1,199 untuk storan 128 GB + 8MB RAM, model infinix Zero X Pro ini bagi penulis mempunyai prestasi yang luar biasa khusus kepada bahagian kameranya. 

Dengan menampilkan varian warna hitam nebula, perak berbintang dan coklat tuscany, harga yang ditawarkan berbaloi dan sangat sesuai untuk dimiliki oleh individu yang gemar mengambil gambar, merakam video dan menggunakannya untuk urusan kerja dalam talian. - Getaran, 20 Mac 2022

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk Bakar Kedai

4

TARA 3 tahun yang lalu

Hasilkan Gambar Melompat Anda Bersama Honor Magic5 Pro, Cukup Menakjubkan!

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh