Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gemilang Khai Bahar

Tersenarai sebagai salah seorang vokalis lelaki paling popular di Malaysia masa kini, Khai Bahar berkongsi rahsia kegemilangannya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 9:09AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sibuk dengan penggambaran drama dan persiapan akhir untuk malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), namun Khai Bahar masih sempat luangkan masa untuk menjayakan fotografi bersama TARA. 

Pemuda berkulit sawo matang ini bergegas datang ke ibu pejabat TARA bersama pembantu serta pengurusnya, Jai selepas berakhirnya wawancaranya bersama Wanita Hari Ini (WHI).

“Lepas habis sesi fotografi bersama TARA, saya kena lari semula ke TV3 sebab ada perbincangan bersama pasukan produksi dan Aina Abdul tentang konsep persembahan di AJL36 nanti,” katanya yang masih mampu mengukir senyum biarpun wajahnya tampak sedikit letih. 

Malam kemuncak AJL36 bakal berlangsung pada 6 Mac (esok malam) dan Khai akan mempersembahkan lagu duet, ‘Nafas Cinta’ bersama Aina Abdul. 

Menurut Khai, walaupun ini bukan kali pertama dia berjaya melangkah ke pusingan akhir AJL, namun debarannya masih tetap dirasai. 

“Sebab ini adalah kali pertama saya nyanyikan lagu duet di pentas AJL. Kalau lagu solo, kita boleh fokus seorang diri. 

“Tapi, untuk lagu-lagu duet, kita harus fikirkan paduan vokal, rasa dan penghayatan pasangan penyanyi kita itu. 

“Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk beraksi bersama Aina di pentas AJL esok. Ada kelainan yang kita bawakan dalam lagu ini dan saya pasti sedikit sebanyak ia akan memberikan impak dalam persembahan kami nanti,” katanya. 

Biarpun begitu, terselit juga sedikit kekecewaan anak kelahiran Kampung Padang Katong, Perlis ini apabila lagu solo ciptaan dan nyanyiannya, ‘Durja’ tidak berjaya mara ke pentas AJL36. 

“Saya akui memang menyimpan rasa kecewa. Tak banyak. Sedikit sahaja. Tapi, saya juga mahu mengambil kegagalan ini sebagai suatu pengajaran untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik lagi supaya dapat kekal masuk ke final,” katanya dengan penuh azam. 

 

Kejayaan Hasil Kerja Keras 

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul  Baharuddin, 28, sememangnya seorang penyanyi lelaki muda yang bukan sahaja dikenali dengan sifat yang sentiasa merendah diri tetapi juga seorang yang selalu bekerja keras. 

Bahkan, sejak mula serius menjadi penyanyi rakaman pada 2016 dengan menandatangani kontrak bersama label NAR Records, Khai berjaya mencatatkan rekod yang cukup baik dan cemerlang dalam kerjaya seni nyanyiannya. 

Dalam tempoh lima tahun, dia telah menghasilkan lebih 20 single, dua album studio iaitu Air Mata dan Damba Ketenangan serta meraih 40 anugerah daripada pelbagai acara hiburan muzik termasuk Anugerah MeleTOP ERA, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Planet Muzik. 

Satu kejayaan yang boleh disifatkan luar biasa juga untuk seorang penyanyi muda dan baharu sepertinya. 

“Saya tidak punya apa-apa rahsia atas kejayaan-kejayaan ini. Tapi, apa yang penting saya sentiasa cuba untuk terus bekerja dan terus produktif dengan karya-karya lagu baharu untuk peminat-peminat saya. 

“Kalau boleh setiap hari saya ingin bekerja kerana dengan bekerja, ada perkara baharu yang saya pelajari dan ada banyak ilmu yang saya perolehi. Banyak lagi ilmu tentang dunia seni nyanyian ini yang perlu saya gali. 

“Saya juga sentiasa berpegang kepada kata-kata emak saya, jangan meninggi suara dengan orang. Jangan rasa kita ini hebat dan kita juga harus sentiasa berdoa kepada Allah SWT sebelum memulakan sesuatu kerja. 

“Menjadi satu kelaziman juga bagi saya apabila setiap kali ada kerja yang saya ingin lakukan, saya akan minta dia tolong doakan buat saya,” katanya. 

Khai juga memberitahu bahawa seseorang artis yang ingin fokus dan berjaya dengan kerjaya seninya juga harus memiliki pengurusan yang baik. 

“Bagi saya, perkara ini memang sangat-sangat penting. Alhamdulillah, saya bertuah dan bersyukur kerana memilik pasukan pengurusan yang bagus dan baik. Mereka inilah yang tidak jemu-jemu membantu menguruskan kerjaya seni saya selama ini. 

“Bahkan, dalam soal pengurusan wang juga, saya sendiri banyak dibantu oleh pengurus saya. Banyak saya pelajari daripada dia tentang hal-hal pengurusan kewangan,” katanya lagi.

 

Adira Pasangan Duet Terbaharu 

Barangkali, Khai boleh diklasifikasikan sebagai penyanyi lelaki baharu yang paling banyak menghasilkan lagu-lagu duet bersama beberapa penyanyi wanita hebat tanah air. 

Antaranya lagu ‘Rahsia Kita’, Khai berganding dengan Fatin Husna, ‘Cinta Syurga’ bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, ‘Satukan Rasa’ bersama Siti Nordiana dan ‘Nafas Cinta’ bersama Aina Abdul. 

Apa yang menarik, kesemua lagu duet ini dihasilkan dalam tempoh lima tahun, menambahkan lagi satu pencapaian peribadi buat dirinya dalam perjalanan kerjaya seni muzik rakamannya itu. 

Ditanya, apakah akan ada lagu duet terbaharunya bersama penyanyi wanita lain, Khai sambil tersenyum mengiakannya. 

“Duet terbaharu saya adalah bersama Adira menerusi lagu balada berjudul ‘Pejam’. Ia sebuah lagu balada yang berbeza dengan lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan.

“Lagu ini memang ‘makanan’ Adira. Tapi, kita masih belum lagi menjalani proses rakaman suara yang rasmi. 

“Projek duet bersama Adira ini disarankan Nova Music. Saya dan Adira turut memperdengarkan lagu duet kami ini dalam konsert solo saya pada bulan lalu. 

“Saya okey sahaja bila diminta berduet dengan Adira, sebab kalau boleh saya mahu berduet dengan ramai artis. 

“Untuk lagu duet bersama penyanyi lelaki, ia tidak mudah dilakukan kerana ia memerlukan lagu yang tepat untuk menonjolkan paduan suara lelaki,” katanya lagi. 

Mengenai konsert solonya yang berjaya direalisasikan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) pada Februari lalu, Khai tak menafikan bahawa konsert itu mempunyai sedikit kekurangan di sana-sini. 

“Saya rasa itu biasa dalam mana-mana persembahan konsert. Tapi, apa yang penting, respons daripada peminat sangat bagus. Mereka terhibur dengan lagu-lagu yang saya persembahkan. 

“Saya juga berpuas hati dan banyak juga perkara yang saya belajar tentang aspek-aspek teknikal persembahan live serta bergaul dengan pasukan produksi teknikal dan kumpulan pemuzik.

“Insya-Allah, jika ada peluang mengadakan konsert solo lagi selepas ini, saya cuba akan lakukan yang lebih terbaik lagi,” katanya.

 

Lakonan Sekadar Rezeki Sampingan 

Biarpun sudah mula berlakon dalam beberapa drama bersiri tempatan iaitu ‘Satukan Rasa’ (2019), ‘Kisah Cinta Rumi’ (2021) dan ‘Shakira’ (2022), Khai mengakui dia tidak pernah terfikir untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya seni utamanya. 

“Antara sebab mengapa saya terima tawaran berlakon ini kerana saya mahu mencuba. Lagipun sudah ada peluang dan rezeki, mengapa tidak. 

“Sekurang-kurangnya dengan berlakon, saya dapat mempelajari lebih mendalam tentang penghayatan diri dan emosi dalaman. 

“Sekurang-kurangnya, ia boleh membantu saya menyampaikan lirik lagu saya dengan lebih berkesan  lagi di masa akan datang,” katanya. 

Dia juga tidak kisah dikecam atau dituduh lakonannya kayu atau kaku. 

“Saya penyanyi yang cuba berlakon. Berlakon bukan kerjaya utama saya. Tapi, saya akan sentiasa belajar daripada setiap kritikan yang dilemparkan serta memperbaiki dari masa ke semasa,” katanya. 

 

Keluarga Tunjang Kekuatan Khai 

Setiap apa yang dilakukan Khai atau apa pun yang dialaminya dalam kerjaya seninya, pasti keluarga akan menjadi keutamaannya. 

“Keluarga adalah segalanya bagi saya. Sebab mereka orang-orang yang pertama memberi sokongan pada saya, orang pertama yang tahu saya ada masalah atau tidak. 

“Setiap kali saya beraksi membuat persembahan, tidak kiralah menang atau kalah, mereka akan turut berbangga dengan pencapaian saya dan sentiasa mendoakan saya,” katanya. 

Jika tidak mempunyai apa-apa acara atau kegiatan muzik, Khai tidak gemar untuk duduk sahaja di rumah. 

“Kadang saya pergi berjoging atau saya sibuk buat lagu cover penyanyi lain. Pendek kata, saya akan cuba sibukkan diri saya,” katanya. 

Dia juga tidak melabelkan mana-mana artis sebagai sahabat baiknya. 

“Saya baik dengan semua orang dan berkawan dengan semua orang. Kawan di luar industri juga begitu. Dengan semua orang saya okey. 

“Tapi, kalau balik ke Perlis, saya akan lepak dengan geng-geng Perlis selepas habiskan masa dengan keluarga di rumah. 

“Mereka sendiri pun tak menyangka dengan apa yang telah saya capai ini. Yalah, dulu, saya ini bukan sesiapa. Bila sudah ada nama, mereka juga tumpang bangga dengan pencapaian saya,” katanya mengakhiri perbualan. 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Khai Bahar

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri

Teks : Ellyna Ali

Penyelaras : Ellyna Ali & Shah Shamshiri

Suntingan Teks : Ili Farhana

Penata Gaya : Jiman Casablancas & Mursh Mat Som

Arahan Seni : Mursh Mat Som

Solekan & Dandanan : Jibs Salim

Busana : Wardrobe.Privato

Kasut & Aksesori : Milik Penata Gaya

Jurugambar : Sadiq Asyraf

Juruvideo : Muharram Kasim

Suntingan video : Ryan Lam

Rekaletak : Abdul Hanif Zahari

Lokasi : Pejabat Petra News, Bangsar, Kuala Lumpur

Penaja sajian penggambaran : Marrybrown Malaysia

(Sekalung penghargaan buat pihak pemasaran Marrybrown Malaysia) 

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 1 bulan yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

4

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi