Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Pilihan Set Minum Petang Menyelerakan

Mencari tempat untuk minum petang nan santai bersama rakan taulan ataupun keluarga? Kami ada tiga cadangan untuk anda.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Feb 2022 2:19PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh warga kota pada setiap hujung minggu adalah menjamu selera bersama keluarga mahupun teman-teman. 

Malah, tidak menghairankan jika ada yang menjadikan aktiviti ini sebagai rutin hujung minggu sebagai salah satu terapi untuk meredakan tekanan kerja yang membebankan.

Maklumlah selain dapat memanjakan lidah, dapat juga berkongsi cerita suka duka. Biarpun ada masalah tidak dapat  diselesaikan dengan segera, sekurang-kurangnya dapat menghela nafas lega. 

Jadi, hujung minggu ini ke mana agaknya anda mahu menjamu selera? Berikut Getaran senaraikan tiga pilihan set minum petang yang boleh anda cuba!

 

Nobu Kuala Lumpur

Nobu Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan sajian Jepun terbaik dan berkualiti tinggi dalam kalangan pencinta makanan negara Matahari Terbit. 

Selain hidangan umum seperti makan tengah hari dan makan malam, mereka turut menyediakan sajian minum petang yang menjadi kegemaran ramai.

Di sini terdapat dua set minum petang yang hanya tersedia pada setiap hujung minggu. Sebab itu pelanggan dinasihatkan supaya membuat tempahan awal jika mahu menikmati set minum petang ini.

Gambar: Nobu
Gambar: Nobu

Ini kerana kebiasaannya tempat duduk sering penuh. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sini pasti anda tahu alasannya.

Untuk yang belum pernah, mungkin anda boleh cuba dahulu set minum petang umum yang berharga RM95 ++. Set ini terdiri daripada hidangan sejuk dan panas serta pemanis mulut yang dipersembahkan penuh bergaya. 

Antaranya ialah salad sashimi salmon berserta ikan selar jalapeno dan tamago (telur dadar gulung jepun), ikan kod dengan selada bermentega, ayam kushiyaki dengan sos anticucho, pai tee salmon salai, keropok rumpai laut dengan jeruk, churros rumpai laut, kek keju Nobu, dan biscotti bijan hitam.  

Gambar: Nobu
Gambar: Nobu

Jika mahukan set yang lebih mewah, pesanlah set minum petang premium berharga RM138++ yang menyajikan hidangan salmon jalapeno, sotong avocado, tartar serta tuna dengan sos miso cendawan sebagai pembuka selera.

Ini diikuti hidangan utama iaitu edamame (soya jepun), ketam kulit lembut bakar dengan tembikai, daging tenderloin bersama sos teriyaki dan cendawan truffle, udang galah berkrim, aneka jeruk dan salad cendawan. 

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Akhiri sesi minum petang anda dengan manisan seperti aiskrim soya, mochi dengan inti teh hijau, tat limau yuzu serta paf krim black goma.

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Anda boleh melihat senarai hidangan untuk kedua-dua set ini di laman web Nobu Kuala Lumpur.

 

Element Kuala Lumpur – 'Prosperity High Tea Set Menu'

Masih meraikan perayaan Tahun Baru Cina, hotel Element Kuala Lumpur tampil dengan 'Prosperity High Tea Set Menu' yang berharga RM138 untuk dua orang sehingga 28 Februari hadapan. 

Hidangan minum petang ini tersedia di Trace Restaurant and Bar yang terletak di tingkat 40, lobi utama hotel. Berlatar belakang pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur, pengalaman menjamu selera di sini pasti lebih menyeronokkan, ditambah pula dengan hidangan memikat selera. 

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

Mereka mempertaruhkan gulungan itik salai, salad ketam dalam pai tee garing, serta udang panggang bersama mayonis limau mandarin. Ini diikuti siakap kukus dengan kicap halia, ayam BBQ cha siew dengan roti mantou selain aneka dim sum dan sos. 

Untuk pemanis pula mereka sajikan tat nenas, kuih bunga, skon kismis berserta krim dan jem, ninko kukus dan kepala parut, krim limau mandarin dan juga macaron sebagai pelengkap rasa.

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

Secara peribadi, Getaran paling menggemari hidangan pai tee ketam salji dan orange mandarin creameux. Imbangan rasanya untuk kedua-dua hidangan ini sempurna.

Bagaimanapun, berasa sedikit terganggu dengan sos kicap untuk ikan siakap yang sedikit masin apabila diletakkan terlalu banyak.

Jadi, jika anda bukan penggemar makanan masin, hati-hatilah. Letakkan sedikit sahaja sos ini pada isi ikan.

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Element Kuala Lumpur.

 

Le’ Meridien Putrajaya – 'A Delightful Illy Coffee Set'

Bagi warga Putrajaya, set minum petang yang ditawarkan oleh hotel Le’ Meridien Putrajaya ini boleh dijadikan pilihan jika anda mengidamkan hidangan ringkas dengan suasana selesa bersama teman-teman mahupun ahli keluarga. 

'A Delightful Illy Coffee Set' berharga RM138++ untuk dua orang dan ia boleh dinikmati pada setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga jam 6 petang.

Malah, anda juga boleh pesan dan bawa pulang jika lebih selesa menjamu selera di meja sendiri memandangkan kes penularan COVID-19 semakin meningkat ketika ini.

Gambar: Rahayu Mat Nah
Gambar: Rahayu Mat Nah

Antara hidangan yang boleh dinikmati di sini ialah makaron Illy Coffee, kek keju coklat putih, vanilla craquelin eclair, tat telur, quiche sayuran dan ayam, pelbagai variasi dim sum dan hirisan buah-buahan.

Sejujurnya, set minum petang yang tersedia di Latitude 02 sempurna untuk dinikmati oleh dua orang dewasa. Tidak terlalu banyak, atau sedikit. Malah, setiap hidangan juga memiliki rasa yang tidak keterlaluan, maksudnya seimbang. 

Sempena meraikan bulan kasih sayang, sepanjang Februari ini Le’ Meridien Putrajaya membawakan set minum petang istimewa dengan kolaborasi bersama MALIN+GOETZ Strawberry Eau De Parfum yang dilancarkan baru-baru ini.

Gambar: Marriot Hotels
Gambar: Marriot Hotels

Rangsang deria anda dan insan tersayang dengan hidangan epicurean seperti quiche strawberi dan itik salai, ayam tanduri bersama cutni strawberi dan raita timun, strawberi celup coklat, fajita salmon dengan salsa strawberi-jalapeño dan banyak lagi.

Untuk melengkap hidangan, anda boleh memilih seleksi minuman Illy Coffee atau teh Harney & Sons.

Berbeza dengan 'A Delightful Illy Coffee Set', set minum petang inspirasi ini berharga RM120 bersih seorang atau RM220 bersih untuk dua orang. 

Maklumat lanjut, boleh layari laman web Le’ Meridien Putrajaya. - Getaran, 19 Februari 2022

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Berkenan Nikmati Santapan Minum Petang Bersama PM

2

TARA 9 bulan yang lalu

Bufet Minum Petang RM48 Bersih Di Tengah Kota Kuala Lumpur

3

Selera 1 tahun yang lalu

4 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Salad

4

Selera 2 tahun yang lalu

2 Resipi Minum Petang Menyelerakan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu