Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bufet Minum Petang RM48 Bersih Di Tengah Kota Kuala Lumpur

Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mempersembahkan bufet hi-tea hujung minggu, A Taste of Local.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 2:29PM

Mari panjangkan langkah ke Fairfield by Marriott Kuala Lumpur untuk menikmati bufet hi-tea hujung minggu yang bertemakan ‘A Taste of Local’. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain bermalas-malasan di rumah, hujung minggu adalah masa untuk memanjakan diri dengan segala acara atau hobi yang diminati. Bagi yang suka makan, hujung minggu ini apa kata anda panjangkan langkah ke Fairfield by Marriott Kuala Lumpur untuk menikmati bufet hi-tea hujung minggu yang bertemakan ‘A Taste of Local’.

Kaunter yang menghidangkan pelbagai jenis cucur rangup juga ada di sini. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur
Kaunter yang menghidangkan pelbagai jenis cucur rangup juga ada di sini. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

Hanya dengan harga RM48 bersih untuk dewasa dan RM28 bersih untuk kanak (4–12 tahun), anda boleh menikmati pelbagai juadah enak yang memikat selera sambil menghabiskan masa berbual dengan keluarga, teman rapat mahupun kenalan lain. 

Bertempat di Restoran Lesung, Fairfield by Marriott Kuala Lumpur, tetamu boleh menjamu selera dengan dalam selesa dan tenang dengan berlatarkan dekorasi restoran yang moden dan minimalis.

Fairfield turut menghidangkan sate daging dan ayam yang lazat. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur
Fairfield turut menghidangkan sate daging dan ayam yang lazat. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

Seleksi menu yang tersedia menawarkan pelbagai pilihan sajian tempatan yang sukar untuk ditolak. Lebih-lebih lagi apabila menjenguk ke kaunter pemanis mulut yang menyediakan kuih-muih tradisional yang menjadi kegemaran sepanjang masa.

Antara jenis cucur yang ditawarkan termasuk cucur udang, cucur bilis dan cucur bawang. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur
Antara jenis cucur yang ditawarkan termasuk cucur udang, cucur bilis dan cucur bawang. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

Begitu juga dengan kaunter yang menyediakan pelbagai jenis goreng-gorengan. Ada pelbagai jenis  cucur rangup yang tersedia seperti cucur ikan bilis, cucur bawang, dan cucur udang. Penggemar bubur manis, anda juga pasti tersenyum kerana ada pelbagai jenis bubur turut tersedia. 

Menggabungkan rasa asli tempatan dan juga sedikit pilihan antarabangsa, bufet hi-tea hujung minggu ini bolehlah dikatakan menyerlahkan pelbagai snek tempatan yang lazat dan menawan selera.

Jenguklah ke kaunter ‘hijau’ yang menawarkan pelbagai jenis salad segar dan ulam-ulaman. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur
Jenguklah ke kaunter ‘hijau’ yang menawarkan pelbagai jenis salad segar dan ulam-ulaman. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

Untuk mereka yang memerhati diet, janganlah susah hati atau ragu-ragu dengan bufet ini. Ada juga menu yang sesuai untuk anda nikmati tanpa rasa bersalah. Jenguklah ke kaunter ‘hijau’ yang menawarkan pelbagai jenis salad segar, ulam-ulaman, tidak ketinggalan tauhu sumbat, kerabu suhu dan kerabu taugeh dan banyak lagi. Jangan lupa mencuba ‘Sup Mulligatawny’ istimewa yang tersedia di stesen sup bersama pilihan sup lain. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang rasa atau bahan-bahan yang digunakan untuk sup ini bukan? Kalau hendak tahu, anda perlu cari masa untuk menjamu selera di sini.

Nasi Arab - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur
Nasi Arab - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

Beralih ke hidangan utama, tetamu punya pilihan seperti nasi goreng cina, nasi arab dengan ayam panggang, mi kari, dan juga beberapa pilihan pasta.

Tepuk dada tanya selera, menu yang mana menjadi kegemaran anda. Jika inginkan pendapat penulis, penulis suka dengan hidangan sate, nasi impit dan kuah kacang yang tersedia di kaunter luar restoran. Begitu juga dengan pizza sambal ikan bilisnya. Sedap. 

Pizza sambal ikan bilis. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur
Pizza sambal ikan bilis. - Gambar Fairfield by Marriot Kuala Lumpur

Dengan harga di bawah RM50, bufet hi-tea minum petang yang tersedia bermula 24 Jun 2023 ini sememangnya pilihan berbaloi untuk sesiapa sahaja yang ingin menjamu selera dengan makanan enak pada hujung minggu. Cuma, jangan letakkan ekspektasi terlalu tinggi. Tiada kek keju, tiada kopi latte, cappuccino mahupun mocha. 

Seandainya anda bukan warga Lembah Klang dan kebetulan menginap di hotel ini pada hujung minggu, bolehlah singgah ke restoran ini. Makan kenyang-kenyang dengan selesa. Jadi tidak perlu susah-susah keluar mencari hidangan makan malam (itu pun jika anda tidak lapar).

Lebih-lebih lagi jika anda malas ke mana-mana selepas keluar berjalan-jalan di sebelah pagi, membawa ke tengahari. 

Untuk warga kota yang malas memandu, Fairfield by Marriott Kuala Lumpur terletak hanya lima hingga tujuh minit berjalan kaki ke stesen monorel dan LRT. Jadi, bolehlah menggunakan pengangkutan awam. - Getaran, 25 Jun 2023 
 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

3 Pilihan Set Minum Petang Menyelerakan

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET