Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sangkuriang (Netflix)

Sangkuriang (1982) ialah filem fiksyen legenda Indonesia yang diarahkan oleh Sisworo Gautama dan dibintangi oleh Suzanna dan Clift Sangra.

Ia filem adaptasi daripada kisah mitos Jawa Barat iaitu asal-usul terjadinya Gunung Tangkuban Perahu di Bandung, Indonesia.

Setelah diusir ibunya sendiri, Dayang Sumbi (Suzzana), Sangkuriang (Clift Sangra) kembali ke kampung halamannya, di mana dia bertemu dengan Larasati (Suzanna) yang persis ibunya.

Dek tertarik dengan kecantikannya, Sangkuriang berikrar akan melindungi Larasati daripada kekejaman Raja Prabangkara (Ratno Timoer) yang sering menindas orang kampung.

Namun percintaan mereka tergendala apabila Larasati menyedari sesuatu yang tidak kena dengan Sangkuriang.

Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Mengapa Larasati mengenakan syarat perkahwinan untuk Sangkuriang supaya dia menyekat Sungai Citarum agar menjadi tasik dalam masa hanya satu malam.

Apakah sebenarnya hubungan Dayang Sumbi dengan Larasati? Mengapa mereka mirip? Apakah pula hubungan Sangkuriang dengan Raja Prabangkara?

Sama-sama kita saksikan di Netflix! - Zaidi Che

 

‘Pearl Next Door’ (YouTube)

Mencari cinta memang bukan sesuatu yang mudah namun menyaksikan gelagat manusia mencari calon cinta sejati biasanya sangat menyeronokkan. 

Ikuti drama bersiri dalam talian dari Filipina, ‘Pearl Next Door’ yang mengisahkan seorang gadis bernama Pearl yang sibuk mencari cinta semasa pandemik COVID-19. 

Pearl merupakan seorang gadis yang cantik dan ceria namun pernah gagal dalam bercinta beberapa kali. Malah dia pernah dikecewakan gara-gara bercinta dengan lelaki yang sebenarnya seorang homoseksual. 

Jadi kali ini Pearl terus gigih mencari calon cinta sejati walaupun hanya dengan menggunakan komunikasi digital gara-gara COVID-19. 

Ikuti segala gelagat lucu Pearl dan calon-calon cintanya dalam drama yang dihasilkan dengan seni visual yang sangat menarik dan kreatif ini lewat saluran YouTube - Shah Shamshiri

 

‘The Tinder Swindler’ (Netflix)

Dokumentari yang ditayangkan di Netflix ini meraih perhatian dunia kerana ia mengisahkan tentang ‘Love Scam’ yang paling dahsyat di abad ini melibatkan seorang penipu dari Israel bernama Shimon Hayut.

Dia telah berjaya menipu ramai ‘teman wanitanya’ dengan meraih wang ratusan ribu dolar daripada mereka.

Anda pasti terfikir, bagaimana kebanyakan wanita ini mudah sangat tertipu dan terpedaya dengan kata-kata cinta Shimon Hayut yang juga dikenali sebagai Simon Leviev? 

‘Love Scam’ menerusi aplikasi dating seperti Tinder sebenarnya bukanlah suatu perkara baharu yang diperkatakan.

Namun, apabila anda menyaksikan dokumentari ini, anda akan memahami sendiri mengapa wanita-wanita ini menjadi mangsa tanpa disedari kerana Hayut memiliki modus operandi menipu yang sangat licik dan penuh berseni.

‘Tinder Swindler’ turut memaparkan wawancara bersama mangsa-mangsa penipuan Hayut dan mereka turut mendedahkan bagaimana Hayut berbohong kepada mereka tentang identiti dirinya serta menjalinkan hubungan jangka panjang yang cukup serius dengan mereka. 

Akhirnya, timbul perasaan cinta yang begitu mendalam terhadap Hayut dan mereka juga mula mempercayai apa yang dikatakannya.

Selepas Hayut berjaya membina kepercayaan ini daripada mereka dan membuatkan mereka percaya bahawa dia adalah anak jutawan hartawan berlian, dia kemudian memberitahu mereka bahawa hidupnya berada dalam keadaan bahaya disebabkan musuh perniagaan.

Dia turut meminta untuk menggunakan kad kredit mereka untuk jangka masa selama satu atau dua minggu dan cuba untuk tidak menonjolkan diri. Anda pasti akan tahu apa yang berlaku selepas itukan?

Akan tetapi, dokumentari ini wajar sekali ditonton oleh wanita-wanita yang gigih mencari cinta menerusi aplikasi dating seperti Tinder dan yang berhadapan dengan penipuan ‘Love Scam’ tanpa disedari. - Ellyna Ali

 

Last Christmas (Netflix)

Filem romantik komedi ini menampilkan bintang kebanggaan negara Henry Golding sebagai teraju utama di samping Emilia Clarke. Selain itu, ia turut diserikan oleh kehadiran Datuk Michelle Yeoh. 

Sebelum ditonton, mungkin ramai yang menganggap filem ini tidak punya ‘sesuatu’ (kecuali terpesona dengan ketampanan Henry Golding) yang menarik. 

Namun, pendapat anda mungkin berubah apabila tiba di pertengahan cerita. Ada sesuatu yang mengundang tanda tanya. 

Oh! Sebelum terlupa, Last Christmas merupakan filem arahan Paul Feig yang diilhamkan daripada lagu ‘Last Christmas’, nyanyian George Michael. Bait-bait lirik lagu ini diterjemahkan menjadi kisah cinta dengan percikan keajaiban Krismas.

Ia mengisahkan tentang Katarina (Emilia Clarke) yang memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi. Namun, impian tinggal impian kerana nasib tidak menyebelahi dirinya.  Realitinya Katarina bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai menjual barangan Krismas. 

Kehidupan peribadi Katarina serba tidak kena. Dia tidak memiliki tempat tinggal sendiri, bersikap cemerkap sehingga membuatkan rakan-rakan menjauh serta mempunyai masalah dengan ahli keluarga. 

Menjelang Krismas, Katarina bertemu dengan Tom (Henry Golding) yang akhirnya berjaya menyuntik semangat untuk dia meneruskan kehidupan. Tom mengajarnya untuk bersikap lebih positif dan bersyukur dengan setiap perkara yang dimiliki.

Namun, Tom sebenarnya penuh misteri. Dia datang dan pergi dengan sesuka hati. Katarina yang mula jatuh cinta tidak punya cara untuk menghubungi Tom kerana jejaka ini tidak pernah membawa telefon bimbitnya ke mana-mana. 

Ketika kecewa menyelubungi diri, Katarina menemui jawapan. Tom yang bertakhta di hati bukanlah jejaka yang diharapkan untuk sentiasa berada di sampingnya! Pengakhiran yang tidak terduga di awal cerita. - Rahayu MN

 

Bangkok Dangerous (Netflix)

Sebuah filem aksi yang memaparkan lakonan Nicholas Cage sebagai Joe, seorang pembunuh upahan yang penuh dengan kemahiran. Joe yang baru sahaja melaksanakan tugas membunuh di Prague, Republik Czech mendapat utusan dari Bangkok untuk membunuh ketua penjenayah yang bernama Surat. 

Dia kemudian dibantu oleh seorang warga Bangkok untuk mendapatkan maklumat dan telah merancang untuk membunuh Surat secara senyap. 

Namun pada pertengahan jalan, Joe telah berjumpa dan jatuh cinta dengan seorang wanita bisu yang bekerja di sebuah farmasi. 

Keadaan menjadi rumit apabila Surat mendapat tahu tentang wanita tersebut dan menjadikannya sebagai umpan dan tebusan.

Filem ini dihasilkan sendiri oleh syarikat Nicholas Cage (Nicholas Production) dengan kerjasama penulis dan pengarah dari pihak Pang Brothers. 

Ia telah ditayangkan pada 2008 dan kini boleh ditonton menerusi rangkaian Netflix. - Izwan Ramlan - Getaran, 12 Februari 2022

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 2 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

Sorotan

1

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

2

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

5

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

6

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

7

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak