web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Filem 'Remake' Penuh Impak

Bukan semua filem yang kita tonton di pawagam sekarang adalah idea baru. Banyak juga filem yang dibikin semula dan diberi nafas baru untuk menepati citarasa penonton masa kini.

Seni & Hiburan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 9:11AM

Gambar: Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan filem-filem terdahulu banyak mendorong beberapa penerbit filem membuat filem remake. Ia membawa maksud membuat versi baharu sesebuah filem terdahulu yang menggunakan cerita yang sama sebagai penceritaan asas dengan menggunakan pengarah, pelakon yang baharu. 

Di sini kami ingin kongsikan antara lima filem yang anda mungkin tidak tahu ia dihasilkan berdasarkan filem yang terdahulu. The Departed merupakan sebuah filem arahan Martin Scorsese dan ditulis oleh William Monahan ini diterbitkan pada tahun 2006 merupakan filem remake daripada negara Hong Kong berjudul Internal Affair yang diterbitkan pada tahun 2002. The Departed dibintangi pleh Leonardo DiCaprio, Matt Damon, Jack Nicholson, Mark Wahlberg,  Martin Sheen, Ray Winstone, Vera Farmiga,dan Alec Baldwin. Filem ini telah mendapat lima percalonan pada Anugerah Acedemy ke-79 melalui kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Adaptasi Lakonlayar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 

Indonesia juga antara negara yang berjaya menghasilkan filem remake, antara yang mendapat tempat ialah 'Pengabdi Setan.' Filem seram ini telah mengukuhkan lagi nama Joko Anwar sebagai seorang pengarah filem yang disegani setelah ia ditayangan pada tahun 2017. Ia menjadi filem yang mempunyai jumlah penonton tertinggi di pawagam Indonesia 2017 dengan 4.2 juta penonton. Filem yang menggunakan judul  yang sama pernah diterbitkan pada tahun 1980. Versi terbaharu filem ini turut menampilkan seorang pelakon Malaysia, Bront Palarae, sebagai pelakon utama. Selain Malaysia, filem seram ini turut ditayangkan di Canada, Hong Kong, Mexico dan Colombia. 

Di Bollywood tidak kurang hebatnya, Filem Badla yang menampilkan Amitabh Bachchan sebagai pelakon utama telah diadaptasi dari sebuah filem Sepanyol yang bertajuk 'The Invisible Guest.' Filem yang mengisahkan  seorang ahli perniagaan wanita bernama Naina yang bakal didakwa atas tuduhan membunuh. Lebih menarik, filem yang menelan belanja sebanyak USD1.4 juta ini diterbitkan oleh Shah Rukh Khan melalui syarikatnya Red Chillies Entertainment dan Azure Entertainment. Kedua-dua filem ini boleh anda tonton di Netflix.

Sebuah lagi filem Hollywood yang telah berjaya diadaptasikan ialah filem A Star is Born yang dihasilkan pada tahun 2018. Bradley Cooper bertindak sebgai pengarah dan juga pelakon utama bergandingan bersama penyanyi Lady Gaga. Mereka berdua berjaya mendapat pencalonan sebagai Pelakon terbaik di beberapa anugerah filem berprestij antaranya Anugerah Academy ke-91, Anugerah Golden Globe ke-76, 73rd British Academy Film Awards, 24th Critics' Choice Awards, Screen Actors Guild Awards dan banyak lagi.

Tahukah anda filem ini telah diterbitkan dalam beberapa era dan mengunakan judul yang sama? Ia mula diterbitkan pada tahun 1954 melalui penulis skrip Moss Hart, kemudian ia sekali lagi diterbitkan pada tahun 1976 hasil tulisan bersama John Gregory Dunne, Joan Didion dan Frank Pierson dan terakhir pada tahun 2018 oleh William Wellman dan Robert Carson.

Malaysia juga bakal menyaksikan remake sebuah filem seram tidak lama lagi. Rahsia pernah dihasilkan pada tahun 1987 dan menampilkan Noor Kumalasari, Shukery Hashim sebagai pelakon utama. Filem yang diarahkan oleh Othman Hafsham ini telah mendapat banyak pengiktirafan pada Festival Filem Malaysai ke-7, termasuklah anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Penyunting Terbaik, Penata Muzik Terbaik, Penata Seni Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dan Jurugambar Terbaik. Astro Shaw telah mengambil inisiatif untuk membuat remake filem Rahsia dengan menampilkan Nabila Huda dan Fikri Ibrahim sebagai pelakon utama. Menariknya filem remake Rahsia kali ini diarahkan oleh Syamil Othman yang merupakan anak kandung kepada pengarah asal Rahsia, Othman Hafsham. Pasti penonton tidak sabar untuk menyaksikan remake filem Rahsia. Sama-sama kita nantikan - Getaran, 30 Januari 2021  

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 17 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...