web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Paparan Dua Visual Rakaman Keistimewaan Samsung Galaxy S21 FE 5G

Penulis kami berkongsi pengalamannya menggunakan Samsung Galaxy S21 FE 5G.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 2:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada awal tahun ini, Samsung telah melancarkan sebuah model telefon pintar terbaharu iaitu Galaxy S21 FE 5G.

Minggu ini kami mahu berkongsi pengalaman kami menggunakan telefon pintar terkini ini.

Kali pertama memegang telefon ini, penulis merasakan ia mempunyai berat yang ideal ketika dipegang tangan.

Beratnya hanya 177g, namun bagi pengguna yang merasakan ia terlalu ringan, siri ini juga tampil dalam versi yang lebih berat sedikit iaitu Galaxy S21+ 5G dengan berat 200g.

Menariknya pada kali ini, Samsung menggunakan chipset yang berbeza daripada model yang lain. Kebiasaannya mereka memasangkan chipset Snapdragon pada model-model yang pernah dikeluarkan tetapi kali ini ia menggunakan Chipset 5nm Exynos 2100.

Jika dibandingkan dari segi teknologi, Exynos 2100 mempunyai tahap kelajuan pemproses peranti yang lebih laju berbanding chipset Snapdragon.

Beralih pula kepada bahagian lensa kamera, model ini mempunyai resolusi sebanyak 12MP pada bahagian kamera lebar dan ultra lebar manakala bagi kamera telefoto pula, ia menghasilkan resolusi sebanyak 8MP sahaja.

Pada bahagian kamera utama dan swafoto pula, ia mempunyai resolusi yang sama iaitu 32 MP. Anda juga boleh mengawal tahap kecerahan yang dikehendaki pada gambar yang diambil di waktu malam atau gelap dengan kamera mod malam.

Secara keseluruhan kualiti gambar yang terhasil daripada model ini, boleh dikatakan berada pada tahap sederhana baik.

Pada bahagian zoom pula,  ia mempunyai jarak dekat tiga kali ganda dan apa yang mengejutkan, optikal lensa zoom yang digunakan menghasilkan kualiti gambar yang baik, jelas dan kurang pecah.

Tambahan pula, ia lebih cantik digunakan pada siang hari dan akan menjadikan warna pada gambar tersebut lebih jelas dan terang.

Namun pada pendapat penulis, bagi pengguna yang mementingkan kualiti gambar yang tinggi dan jelas dari jarak jauh, model ini mungkin tidak dapat memenuhi kehendak tersebut. Ia akan menghasilkan gambar yang sedikit pecah untuk jarak yang jauh biarpun masih memuaskan.

Sebuah lagi tarikan menarik pada model ini ialah bahagian rakaman videonya.

Selain daripada merakam video dari satu sudut pemandangan hadapan telefon, ia juga menampilkan rakaman video berbentuk gambar dalam gambar atau pecahan dua visual yang menggunakan kamera utama dan camera swafoto.

Teknologi ini sesuai untuk pengguna yang gemar membuat video berkonsepkan V-log atau reaksi muka terhadap rakaman sesebuah tempat kejadian dalam satu masa yang sama.

Selain itu, Samsung Galaxy S21 FE 5G ini mempunyai permukaan skrin berukuran 6.4 inci Dynamic AMOLED bersama paparan 2340 x 1080 HD dan kadar kelajuan 120Hz sentuhan pada skrin.

Bateri yang ditanam pada badan model ini pula mempunyai kuasa bateri sebanyak 4500mAh dan menggunakan pengecas segera 25 watt serta 15 watt bagi pengecasan tanpa wayar.

Ia mampu memberikan kadar pengecasan sebanyak 50 peratus dalam masa 30 minit jika telefon kehabisan bateri.

Bagi sistem perisiannya pula, ia menggunakan teknologi ONEUI 4.0 (Android 12). Model ini memberi jaminan kepada pengguna yang suka bermain permainan dalam talian.

Dengan sokongan rangkaian 5G, anda boleh bermain online game yang mempunyai penggunaan data yang tinggi dan ia pasti memberikan kelancaran yang baik semasa beraksi dengan pemain yang lain.

Samsung Galaxy S21 FE 5G dilancarkan dengan empat pilihan warna yang lembut iaitu hijau (Olive), ungu (Lavender), hitam (Graphite) dan putih.

Ia didatangkan dengan dua varian iaitu storan 128GB+ 6GB dengan harga RM2,899 dan bagi storan untuk storan 256GB+8GB pula berharga RM3,099.

Secara keseluruhannya, prestasi model terbaharu telefon pintar Samsung ini berada di tahap yang baik. Namun seperti semua telefon, ia bergantung pada kesesuaian serta keperluan yang dicari pelanggan. - Getaran, 22 Januari 2022

Gambar: Samsung Malaysia

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok