web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Produk Kecantikan Sempena Tahun Harimau!

Pandanglah Tahun Baru Cina ini dengan penuh harapan, berani dan berwarna-warni!

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 9:20AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun Baru Cina bakal menjelma tiba. 

Tahun 2022 ini kita hanya mengharapkan dapat membebaskan diri daripada semua perkara yang membelenggu kita dek pandemik sejak tiga tahun lalu.

Bebaslah sebebas Pak Belang, lompatlah dengan gembira. Meraikan Tahun Baru Lunar dengan aman dan sentosa. 

Kami yakin enam produk kecantikan ini dapat membantu anda bangkit semula. 

Percaya diri dan bersiap-siap untuk tampil cantik dan molek bagi merayakan Tahun Harimau dengan sempurna!

#1 Gucci The Alchemist’s Garden A Gloaming Night, RM1,587 (100ml)

Manfaatkan warna merah pemberani Gucci tahun baru ini! The Alchemist’s Garden A Gloaming Night menawarkan bauan nan mewah, sesuai untuk semua musim. 

Aroma dari kaca merah delima yang diilhamkan oleh cahaya merah matahari terbenam. Rasai seperti anda berada di lautan Mediterranean yang terbentang luas. 

Para tetamu pastinya kan bertanya, “Bauan apa itu? Sungguh mewah dan mengasyikkan!”

#2 I'm From Honey Mask, RM113

Sedang mencari hadiah kecil untuk diselitkan bersama bakul hadiah tahun baru anda? I’m From Honey Mask adalah jawabannya!

Masker ini cecair ‘emas’ semula jadi yang mengandungi 38.7% madu asli dari kawasan pergunungan Korea Selatan. Ia menyingkirkan kekusaman agar kulit lebih bersinar.

Teksturnya halus tetapi tidak melekit, mencair dan meresapi ke dalam kulit serta-merta. Ia memberikan penghidratan yang mendalam untuk kulit menjadi lebih lembut dan gebu.

#3 Drunk Elephant O-Bloos Rosi Drops, RM159

Pemerah pipi ini memberi sapuan warna merah jambu pic keemasan yang membangkitkan sinar muda pada wajah anda. 

Kalis air, ia mengandungi campuran berkhasiat minyak omega dan asid lemak penting yang mengekalkan keanjalan kulit agar lebih lembut dan tenang. 

#4 Supergoop! Glowscreen, RM125 & Supergoop! Glowscreen Body, RM160

Saat matahari terik, ketika anda sedang bersuka ria mengunjungi sanak saudara, pastikan kulit anda tetap terlindungi oleh krim pelindung suria!

Supergoop! Glowscreen SPF40 ini ialah krim dasar primer mutiara yang menghasilkan tampilan wajah segar dari dalam. 

Supergoop! Glowscreen Body SPF40 pula bertindak sebagai losyen tangan tahan peluh yang dirumus dengan mineral pemantul sinar dan sebatian emolien secara menyeluruh.

#5 Philosophy Purity Made Simple One-Step Cleanser, RM124

Tak perlu bersusah-payah untuk menjaga kulit.

Selepas seharian beramah mesra bersama keluarga dan sahabat handai, gunakan pencuci muka 3 dalam 1 ini yang memudahkan proses pembersihan muka, penyingkiran minyak dan solekan!

Formulasi ajaibnya membersih dan meratakan tona muka serta melembabkan wajah. Ditambah pula dengan minyak bunga meadowfoam yang baik untuk kesihatan kulit muka.

Pembersih dan penanggal solekan ini boleh didapati dalam botol bunga edisi terhad jika anda dapatkan sekarang! 

#6 Dr.Jart+ Cicapair Serum, RM170

Direka untuk mereka bagi melawan kerengsaan, serum ini dikuasakan oleh daun pegaga (Centella Asiatica) atau lebih dikenali oleh masyarakat Cina sebagai ‘rumput harimau’. 

Mitosnya, Pak Belang akan bergolek-golek di atas daun pegaga ini bagi meredakan kecederaan dan keradangan setelah ia bertempur di dalam hutan.

Sama seperti kisah di atas, Dr.Jart+ Cicapair Serum menghidrat sambil menenangkan kulit yang kemerah-merahan dan sensitif. - Getaran, 22 Januari 2022

Semua gambar: Jenama-jenama berkenaan

Isu Pada

Yonnyboii - Tentang ‘Anxiety’, Suami Muda Dan AJL36

22 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aktif Berniaga, Zulin Aziz Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan? 

3

Gaya 4 tahun yang lalu

5 Produk Kecantikan Harus Anda Ada Mac Ini

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

5 Dekorasi Tahun Baharu Cina Yang Meriah! 

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok