web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aktif Berniaga, Zulin Aziz Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan? 

Pendapatan dalam bidang perniagaan lebih memberi pulangan lumayan antara sebab kenapa Zulin Aziz banyak menolak tawaran lakonan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 8:00PM

Zulin Aziz mengakui mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan berbanding lakonan. - Gambar Instagram Zulin Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara terkenal, Zulin Aziz mengakui bahawa dia kini mahu tumpukan perhatian kepada bidang perniagaan berbanding lakonan. 

Ini kerana menurutnya, dia sudah jatuh cinta dengan dunia perniagaan yang mendatangkan pulangan yang lebih lumayan. 

Bagaimanapun, apabila ditanya adakah dia mahu menoktahkan kerjayanya sebagai seorang pelakon, kata Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz ,33, setakat ini dia belum membuat keputusan ke arah itu. 

“Saya tak nafikan pendapatan dari bidang perniagaan lebih menguntungkan dan cepat berbanding bidang lakonan. 

“Namun bukanlah bererti saya mahu tinggalkan terus bidang lakonan. Mungkin wajah saya akan kurang muncul di kaca televisyen sebagai pelakon kerana saya sibuk menguruskan perniagaan. Banyak tawaran yang terpaksa saya tolak,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Bebita. 

Melihat Zulin lebih aktif di media sosial dan sering membuat ‘review’, adakah timbul pertanyaan, adakah pendapatan yang diraih melalui platform media sosial lebih lumayan berbanding lakonan? 

 Zulin tidak menafikan perkara itu. 

“Ya saya tak nafikan perkara itu. Pendapatan untuk buat satu ‘review’ sahaja kadang-kadang melebihi bayaran untuk sebuah telemovie. Sebab itulah saya kini memilih naskhah yang betul-betul bagus dan bersesuaian sahaja,” katanya yang kali terakhir muncul dengan drama 'Penjara Janji' terbitan JS Pictures pada ramadan tahun lalu. 

Bercerita lebih lanjut mengenai produk terbaru keluarannya iaitu Bebita, kata Zulin dia sudah lama bercita-cita untuk memiliki rangkaian produk penjagaan wajah sendiri. 

Justeru dia menjalin kerjasama bersama rakan kongsinya iaitu Kyrina Kassim. 

“Kecantikan begitu dekat dengan diri saya. Menyedari usia saya kian meningkat, sebab itu saya mahu keluarkan produk yang memfokus kepada anti penuaan. Ramai orang masih tidak sedar tentang kepentingan memakai krim pelindung tabir suria. 

“Dan disebabkan itu, menerusi Bebita, saya keluarkan krim pelindung tabir suria sebagai produk sulung. Selepas ini kami akan keluarkan lebih banyak lagi produk penjagaan wajah di bawah jenama Bebita. 

“Alhamdullilah, baru sahaja tiga minggu dilancarkan, kami sudah berjaya meraih jualan lebih RM100,000 biarpun belum membuka jualan kepada ejen dan stokis,”  kongsinya. – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...