web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Produk Kecantikan Harus Anda Ada Mac Ini

Jom kita intai apa produk kecantikan yang terbaharu untuk bulan ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 11:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan Mac ini, apa kata anda berikan lebih perhatian kepada kesihatan dan kecantikan kulit? Cuba juga untuk menjadi lebih yakin dengan diri. Gantikan gincu dan haruman baharu! 

Jika anda mahu memiliki kulit yang lebih sihat dan mulus, tampil lebih cantik dan harum, cubalah lima produk kecantikan yang kami sarankan di bawah:

Burberry Her Eau de Toilette 30ml (RM232)

Anda sukakan haruman segar dalam pada masa sama menghadirkan rasa mewah? Haruman terbaharu dari Burberry Her ini pilihan paling sesuai untuk anda.

Haruman ini mempunyai elemen feminin dan sedikit ‘nakal’ untuk anda si gadis ceria. Bauan bunga Peony bersama buah pir hijau melengkapi haruman ini.

Dilengkapkan lagi dengan nita manis seperti bunga Honeysuckle dan mawar sebagai nota tengah. Kemudian ditambah pula dengan bauan lembut kayu-kayan sebagai nita asasnya. 

Anastasia Beverly Hills Matte & Satin Velvet Lipstick (RM105)

Idamkan bibir yang munggil? Impikan gincu bibir yang bagus? Usah risau, kualiti ginci Anastasia Beverly Hills adalah antara yang terbaik. 

Dengan sekali layangan sahaja, sudah cukup membuatkan solekan bibir anda tampak gah. Ia dihasilkan dengan formulasi warna yang padat, namun selesa tika memakainya.

Hadir dalam dua tekstur iaitu matte dan satin, gincu ini boleh didapati dalam 18 pilihan rona sesuai untuk semua jenis tona kulit. 

Dermalogica Clear Start Post-Breakout Fix (RM119)

Krim ini direka secara klinikal untuk rawatan penjagaan selepas kemunculan jerawat. Ia mempercepatkan proses penyembuhan kulit. 

Ia mengelupas dengan lembut, meratakan tona kulit dan memulihkan serta menyuburkan kulit yang terjejas teruk akibat jerawat itu.

Krim ini turut membantu memudarkan dan mencerahkan kulit dengan empat bahan-bahan aktif untuk kulit sihat seperti ekstrak benih lobak, hexylresorcinol, salicylic acid dan squalane. 

Dr Dennis Gross Advanced Retinol + Ferulic Intense Wrinkle Cream 5Oml (RM330)

Krim ini membantu merawat kulit muka dengan teknologi Phyto-Retinol Blend.

Ia mengandungi bahan-bahan bagus untuk kulit seperti retinol, bakuchiol dan asid ferulik yang membantu membina protein dalam kulit, sekaligus menjadikan kulit lebih anjal dan sihat. 

Manakala bahan-bahan seperti antioksidan arnica dan centella asiatica pula membantu melembutkan serta melembapkan kulit secara menyeluruh.

Ole Henriksen Strength Trainer Peptide Boost Moisturizer 50ml (RM213)

Memperkenalkan pelembap pertama dalam koleksi STRENGHT oleh Ole Henriksen. Diformulasikan khas untuk memperkuatkan, menegang serta memberi lembapan sepanjang hari.

Ia juga sesuai dipakai untuk semua jenis kulit, pelembap ini diperbuat daripada lapan jenis asid amino, lapan jenis peptida, tiga jenis ceramide dan kolagen vegan.

Jika mahukan kulit muka tampak muda dan sihat, ia krim pelembap paling sesuai untuk anda! - Getaran, 15 Mac 2022

Gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Suplemen Kecantikan Guna Logo Halal Palsu, KPDN Rampas Produk Lebih RM1.3 Juta

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

4

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 22 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN