Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Meneroka ‘Rimba’ Sawit Bersama ATV

Kenali kenderaan ATV dan alami sendiri kehebatannya di Kuala Selangor.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 9:23AM

Gambar: FB KS Leisure Palm Park ATV

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ATV atau All Terrain Vehicle adalah sebuah kenderaan ‘serba permukaan’ yang digunakan untuk pelbagai tujuan seperti perlumbaan, rekreasi, penternakan, memburu dan ketenteraan.

Ia juga dikenali sebagai kenderaan ‘off-road’ yang mampu meredah kawasan semak dengan mudah. Jiangsu Linhai Power Machinery Group Corp antara syarikat yang berasal dari China yang menjadi pengeluar ATV yang digunakan di kebanyakan negara.

Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV
Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV

Terdapat pelbagai jenis ATV. Ada yang mempunyai tiga, enam mahupun lapan roda namun yang paling kerap dilihat dan digunakan ialah jenis yang beroda empat. 

Dari segi modelnya pula, ATV mempunyai kuasa enjin yang bermula dari 150cc sehingga 500cc dan prestasi enjin yang berkuasa lebih tinggi amat sesuai untuk trek mendaki bukit atau kawasan tanah tinggi.

Harganya pula boleh mencecah sehingga RM25,000 untuk sebuah unit ATV.

Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV
Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV

Getaran kali ini berpeluang merasai pengalaman menunggang ATV di KS Lesiure Palm Park, Sri Penambang, Kuala Selangor.

Di sini mereka menyediakan aktiviti ATV enjin berkuasa 150cc dan 200cc yang sememangnya lain dari yang lain. Ini kerana trek yang akan diharungi adalah seluas lima ladang kepala sawit dan kawasannya penuh dengan lopak air.

Tambahan pula, terdapat juga beberapa tempat yang menawarkan pemandangan memukau mata sepanjang perjalanan masuk ke trek ladang kelapa sawit ini. 

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Ia menjanjikan pengunjung pengalaman yang ekstrim dan pengunjung perlu bersiap sedia untuk badan yang bakal ‘dikotori’ tanah dan lecak di dalam ladang tersebut.

Namun, peserta juga diberi pilihan untuk mengharungi trek yang kurang lecak dan lopak air mengikut kehendak masing-masing. 

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Sebelum bermula, semua penunggang wajib memakai topi keledar yang disediakan sebagai langkah keselamatan. Buat individu yang pertama kali menaiki kenderaan ini, anda tidak perlu risau kerana taklimat dan demostrasi ringkas cara menggunakan kenderaan ATV akan diberikan.

Ringkas dan mudah, hanya terdapat tiga gear iaitu Natural, Forward dan Backward serta butang penekan di bahagian bawah kanan pendikit untuk menggerakkannya.

Sesi percubaan di bahagian belakang premis ini akan dilaksanakan terlebih dahulu bagi memberi keselesaan dan penyesuaian penunggang untuk mengawalnya.

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Kemudian perjalanan didahului dengan seorang marshall di hadapan untuk mengawal pergerakan perjalanan. Peserta akan dibawa ke kawasan ladang kelapa sawit dalam jarak lebih kurang 300 meter dari titik mula.

Seluruh badan anda akan merasai getaran dari enjin dan bunyi kuat daripada ekzos kenderaan ini. 

Semasa penulis membuat selekohan yang pertama, ia amat mengejutkan kerana memerlukan kekuatan tangan untuk menolak pemegang bagi membelokkan kenderaan. 

Keadaan pusingan tayar yang agak ketat dan keras menjadikan ATV ini perlu dikawal dengan kelajuan yang sesuai mengikut situasi semasa.

Di Malaysia, kenderaan ini adalah dilarang sama sekali untuk digunakan di atas jalan raya (on-road) dan hanya dibenarkan untuk permukaan off-road sahaja. 

Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV
Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV

Penulis yang membawa ATV enjin berkuasa 150cc telah dibawa ke ladang kelapa sawit dengan kelajuan 20-30 km/j. Jalan tanah bercampur batu akan dilalui sebelum masuk ke kawasan yang pertama.

Sejurus sampai ke kawasan pertama, anda akan merasai kenderaan bertambah berat kerana permukaan jalan sudah berubah menjadi tanah. 

Kelajuan perlu ditingkatkan sedikit bagi memberikan henjutan pada kenderaan ini. Anda akan dinasihati mengelak trek yang ditutupi dengan pelepah kelapa sawit yang berjuntai di pokok.

Secara kebetulan, hari hujan pada hari sebelum aktiviti ini dilakukan jadi terdapat banyak lopak air dan jalan lecek yang licin. Tambahan pula terdapat bonggol-bonggol kecil yang menyebabkan ATV akan melompat dengan sendiri. 

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Kekuatan cengkaman pada tayar ATV ini menyebakan tanah dan selut akan naik dan melekat bukan sahaja pada badan kenderaan, malah tubuh badan penunggang juga tidak terkecuali. 

Dalam masa yang sama, anda akan mengalami keadaan di mana kenderaan ini akan sedikit menggelongsor atau tergelincir secara automatik kerana permukaan tanah sedikit licin dan saat itu kendalian anda membawa ATV akan teruji. 

Pengawalan sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan dan penunggang disarankan untuk menunggangnya secara perlahan dahulu sebelum mendapat momentum untuk mengawal, seterusnya meningkatkan tahap kelajuan.

Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV
Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV

Selepas memasuki beberapa kawasan ladang, marshall akan membawa penunggang ke beberapa kawasan yang cantik untuk bergambar. Antaranya di check point yang diberi nama ‘burung layang-layang’, ‘kawasan pencawang’ dan ‘pemandangan sungai Kuala Selangor’.

Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV
Gambar: Laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV

KS Leisure Palm Park Kuala Selangor dibuka setiap hari. Ia menjanjikan cabaran dan rintangan yang luar biasa. Masa yang ditawarkan untuk bermain ATV ialah selama 30 minit atau 60 minit mengikut kehendak pelanggan. 

Istimewanya, KS Leisure Palm Park Kuala Selangor mampu menyediakan ATV untuk 20 hingga 25 orang dalam satu masa. 

Jadi ia sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dan beraksi bersama rakan-rakan dan keluarga atau sebagai lokasi latihan untuk syarikat juga. 

Bagi kanak-kanak pula, kebenaran untuk menunggang akan diberikan bergantung pada saiz tubuh badan dan tahap mengawal kenderaan semasa sesi percubaan dijalankan. Selamat mencuba. 

Untuk keterangan lanjut layari laman Facebook KS Leisure Palm Park ATV. - Getaran, 15 Januari 2022

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Program MADANI Rakyat Zon Tengah Bermula Esok, Pelbagai Tarikan Untuk Rakyat

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir: 2 PPS Dibuka Di Kuala Selangor

4

Budaya 4 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam