web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program MADANI Rakyat Zon Tengah Bermula Esok, Pelbagai Tarikan Untuk Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 12:16PM

gambar FB Malaysia MADANI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang akan membuka tirai di Kompleks Sukan Kuala Selangor, esok akan menjadi platform terbaik untuk menyebar luas dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

Program yang berlangsung selama tiga hari hingga Ahad ini adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat mengenai 163 perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan.

Selain itu, program yang menyasarkan 100,000 pengunjung itu turut membuka peluang kepada masyarakat mengemukakan pandangan serta cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras Agenda Malaysia MADANI.

Pelbagai tarikan juga menanti pengunjung termasuk kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan perkhidmatan Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagi memudahkan orang ramai yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian atau perdagangan, selain penukaran topi keledar.

Turut disediakan adalah Jualan Mega MADANI dan Agro MADANI, pameran aset-aset kerajaan, perkhidmatan bergerak seperti pemeriksaan dan rawatan pergigian, kempen derma darah, perkhidmatan kitar semula, perkhidmatan urutan terapi dan kosmetologi.

Penganjuran program yang bermula jam 9 pagi hingga 10 malam itu turut memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan pertanian dan keterjaminan makanan, program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta jaringan keselamatan sosial.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai peneraju program itu juga akan membuka pavilion khusus dan menyediakan khidmat nasihat secara terus kepada pengunjung berkaitan pelbagai elemen antaranya teknologi padi, akuakultur, pertanian menegak, selain menyediakan petting zoo sebagai tarikan kanak-kanak.

Bagi memastikan keselesaan pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor itu, termasuk penunjuk arah, tempat letak kenderaan, kemudahan pengangkutan, surau, tandas dan tempat makan.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), KPKM dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter Milik APMM Terhempas Di Kuala Selangor

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir: 2 PPS Dibuka Di Kuala Selangor

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Politik 3 tahun yang lalu

Ismail Sabri Pesan Pengundi Awal Buat Pilihan Tepat

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad