Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Layangan Putus’ (WeTV)

Kisah curang seorang suami terhadap isteri sememangnya menjadi plot cerita kegemaran ramai. Diadaptasi dari sebuah novel, cerita ini merupakan kisah benar yang pernah berlaku kepada seorang wanita.

Kisah ini pertama kali dimuat naik  oleh seorang pengguna Facebook yang menceritakan bahawa hidupnya ibarat layang-layang (layangan) putus setelah berpisah dengan suami. Hantaran itu mendapat banyak perkongsian dan menjadi bualan wargenet. 

Cerita ini memfokuskan kepada kisah rumah tanga yang mengalami konflik akibat curang. Apa yang lebih menyakitkan apabila si isteri ditipu dan diperbodohkan oleh suami yang menghabiskan banyak masa dan duit untuk skandalnya berbanding keluarga sendiri.

Bagi penulis, drama ini sangat realistik dan berkaitan dengan kehidupan harian. Malah mungkin turut dialami oleh mereka yang sudah berumah tangga.

Tidak dinafikan bahawa lakonan hebat Putri Marino dan Reza Rahadian pasti akan membuat anda berasa sedih dan sakit hati. Masih berbaki lebih kurang tiga episod, drama siri ini boleh ditonton di aplikasi WeTV. - Sara Mack Lubis

 

Escape From Mogadishu (Viu)

Filem drama aksi arahan Ryoo Seung-wan dan diterajui oleh Kim Yoon-seok, Jo In-sung, Heo Joon-ho serta Kim So-jin ini mengangkat peristiwa sebenar yang berlaku di Mogadishu, Somalia pada 1991. 

Mendapat pujian ramai pengkritik filem, karya yang dirakam sepenuhnya di Maghribi pada 2019 ini menyaksikan detik cemas kakitangan kedutaan Korea Selatan dan Korea Utara terperangkap dalam perang saudara di Somalia yang memaksa mereka bersatu demi survival. 

Duta Korea Selatan, Han Shin-Sung dan duta Korea Utara Rim Yong-Su yang sebelum ini bermusuhan terpaksa membuang jauh rasa ego, curiga dan benci demi menyelamatkan keluarga dan kakitangan mereka. 

Dengan bantuan pegawai perisik kedua-dua negara, Kang Dae-Jin dan Tae Joon-ki mereka mempertaruhkan nyawa bagi mendapatkan pertolongan rakan kedutaan lain untuk keluar dari negara itu.

Sarat dengan adegan aksi yang disulam elemen dramatik, sedih dan lucu, filem ini cukup rencahnya. Penjiwaan barisan pelakonnya juga meyakinkan dan wajar dipuji. Ikuti apa kesudahan kisah ini dengan menontonnya di Viu. - Shakilawati Abd. Rahman

 

If Anything Happens I Love You (Netflix)

Jika anda mengikuti berita di Amerika Syarikat, anda pasti mengetahui beberapa insiden tembakan rambang di sekolah yang telah mengorbankan beberapa nyawa.

Bagi merakam kedukaan ini, Will McCormack dan Michael Govier menghasilkan sebuah  filem pendek animasi bertajuk If Anything Happens I Love You.

Filem pendek ini menceritakan bagaimana ibu bapa meratapi dan merelakan kematian anak mereka akibat insiden tembakan rambang yang berlaku tahun demi tahun di Amerika Syarikat.

Walaupun filem pendek ini tidak mempunyai dialog, namun penceritaannya sampai. Bukan itu sahaja, If Anything Happens I Love You juga memenangi anugerah filem pendek animasi oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Anda boleh menyaksikan filem ini menerusi Netflix. - Wafa Aula

 

Harry Potter 20th Anniversary Return To Hogwarts (Astro Go)

Istimewa buat peminat filem terkenal Harry Potter, kini anda boleh menonton filem dokumentari mengenai francais filem yang diadaptasi dari novel hasil tulisan J.K Rowling ini.

Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson bersama pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam lapan filem Harry Potter kembali bersama dan mengimbas kembali perjalanan mereka menghasilkan filem-filem ini sempena ulang tahun ke-20 sejak filem pertama Harry Potter ditayangkan.

Anda pasti terkenang saat pertama kali menonton filem ini serta kenangan-kenangan indah zaman kanak-kanak anda. Jangan lepaskan peluang untuk menonton dokumentari berdurasi 98 minit ini di Astro Go. - Helmi Anuar

 

Don’t Look Up (Netflix)

Filem terbaharu Leonardo DiCaprio ini sinikalnya bukan main lagi dan berlapis-lapis makna yang boleh didapati dalam satu filem. 

Lapisan paling luar, sebuah komedi. Lapisan paling dalam, pastilah refleksi tentang takdir Tuhan serta sombong dan riaknya manusia menentangnya. 

Apabila seorang calon PhD (Jennifer Lawrence) menemui sebuah asteroid gergasi yang bakal menghentam Bumi, hidupnya bersama penasihatnya (Leonardo DiCaprio) berubah 180 darjah.

Dari balai cerap ke Oval Room Presiden Amerika Syarikat dan bilik-bilik media, mereka cuba membuat seluruh umat manusia sedar bahawa mereka cuma mempunyai enam bulan untuk hidup sebelum Bumi ini musnah. 

Tetapi, penduduk Bumi lebih pentingkan gosip sensasi artis dan politik. Ah, tidak jauh dari realiti bukan?

Namun bukan semua ulasan berpihak kepada filem ini kerana ramai juga yang mengatakan filem ini terlalu memperbodohkan keadaan semasa sehingga ia kelihatan ‘shallow’ dan merugikan nama-nama hebat yang memegang watak-watak utama. - Ili Farhana - Getaran, 9 Januari 2022

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Pengarah, Pelakon W : Two Worlds Mohon Maaf Gara-Gara Adegan Bercium

4

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart