Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Mahu Luaskan Empayar Di Indonesia, Search Pilih Denden

Search mahu luaskan lagi empayar di Indonesia kerana sejak 20 tahun yang lalu, kumpulan muzik itu sudah punya pengaruh yang besar di negara tersebut.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 7:09PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Band muzik rock Search mengakui pemilihan Denden Gonjales, 38, sebagai vokalis baharu mereka adalah sebahagian daripada perancangan mereka untuk meluaskan lagi empayar dan penguasaan karya muzik dan kerjaya seni Search di dalam dan luar negara khususnya di Indonesia. 

Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib berkata, seperti yang kita semua sedia maklum, sejak 20 tahun yang lalu, Search memang cukup terkenal di Indonesia dan masih mempunyai pengaruh yang cukup besar di negara jiran tetangga tersebut. 

“Masih belum terlewat untuk kita kembangkan jenama Search. Jadi, sayang sekali, jika kita tidak meneruskan projek kolaborasi seperti ini. 

“Bukan kita tidak ada penyanyi yang bagus-bagus di Malaysia, kalau hendak diikutkan memang ramai. Tapi, memang impian kami untuk meluaskan empayar Search di luar. Sebab itulah, kami memilih Denden,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Grand Campbell, petang semalam. 

Denden dan Search
Denden dan Search

Menurut Din lagi, pemilihan Denden kami lakukan setelah menemui bakatnya di YouTube. 

“Sebetulnya, Denden adalah seorang YouTuber dan banyak menyanyikan lagu-lagu cover penyanyi lain termasuk Search sendiri. 

“Kebetulan, vokalnya memang sangat sesuai dengan lagu-lagu Search yang memerlukan suara bernada tinggi dan dia juga mempunyai kecenderungan ke arah muzik rock,” katanya. 

Bagi memperkenalkan Denden kepada pihak media, Search melalui pengurusannya, Home Of Champions (HOC) telah memainkan video Denden beraksi dalam program ‘blind audition’ The Voice di Bulgaria.

Bahkan, pihak pengurusan Search itu juga cuba menyertakan Denden dalam sidang media itu menggunakan aplikasi Zoom, namun disebabkan masalah teknikal, ianya tidak dapat dilakukan.

Akhirnya, mereka hanya memainkan audio sebuah lagu sesi jamming Search dengan Denden. 

“Sebetulnya kalau boleh kita mahu mengundang Denden untuk datang ke Malaysia dan hadir pada sidang media ini. Tapi disebabkan COVID-19 dan masalah lockdown, dia tidak dapat datang ke sini,” kata Din lagi. 

Seorang lagi gitaris Search, Hamzah Mohd Taib atau Kid yang juga adik kepada Din pula menambah, usia Denden yang berada dalam lingkungan 38 tahun juga amat bersesuaian dengan kematangan Search. 

“Pada usia seperti Denden, dia sesuai berada dengan Search. Dia juga masih fit dan mempunyai tenaga untuk beraksi dengan pendekatan muzik yang kami bawakan,” katanya. 

Bagaimanapun Din menyambung lagi, mereka akan cuba melihat sejauh mana kolaborasi mereka bersama Denden ini mampu pergi. 

“Apa yang pasti, bersama Denden, kami punya perancangan untuk mengadakan konsert dan diikuti dengan album yang memuatkan pemilihan lagu-lagu Search yang bersesuaian dengan vokal Denden.

“Mungkin juga kami akan tambahkan dua lagu bonus baharu Search bersama Denden nanti. 

“Andai kata, tiada jodoh yang panjang bersama Denden, mungkin juga kami akan mencari penyanyi baharu. Apapun, kita tengok dulu sejauh mana Search boleh pergi bersama Denden,” katanya lagi. 

Mengenai projek konsert Search bersama Akim, Din berkata, mereka akan teruskan kerana ia sudah termaktub dalam perjanjian. 

Manakala, tentang konsert Bikin Wilayah bersama Awie, mereka sanggup menunggu sehingga projek itu menjadi kenyataan. 

Dalam sidang media tersebut, Search turut memperkenalkan dua lagi anggota baharu iaitu Yan Lefthanded dan Pae. 

Yan pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985. 

Selain itu, dia juga pernah bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.

Noordin berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama kumpulan itu. 

“Yan memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York, Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.

Selain itu, Search turut mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram.

Sebelum ini Pae pernah menjadi pemain dram undangan Search bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika beliau mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi serentak pada hari sidang media tersebut. 

Din menjelaskan, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan macam-macam lagi.

“Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran.

“Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya.

Pada masa sama, Search turut mengumumkan laman web rasmi mereka iaitu www.fenomenasearch.com yang menjadi ‘pusat sehenti’ segala informasi dan agenda  berkaitan dengan kerjaya seni mereka serta platform untuk tujuan urus niaga barangan merchandise mereka di Search Rock Station. 

Search juga dalam proses menyiapkan akaun media sosial rasmi mereka seperti Instagram, Facebook dan YouTube rasmi mereka. - Getaran, 1 Januari 2022

Gambar Search: Ellyna Ali, Diambil Menggunakan Telefon Pintar Poco 

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Podio 8 bulan yang lalu

PenganTARA Episod 3 - Konsert Search, Isu Cerai Ellie-Azri Kupasan PenganTARA Minggu Ini

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Nasir Enggan Komen Isu Saman Search Hampir RM1 Juta

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Afjets Minta Search Bayar Segera Pampasan Batal Konsert Search 35 Tahun

4

Muzik 9 bulan yang lalu

Rock N Roll Search Melastik Ke Bintang, ‘Menggila’ Di Bumbung Campbell 

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa