web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasir Enggan Komen Isu Saman Search Hampir RM1 Juta

Nasir memberitahu, isu saman ini ditangani peguam Search, Yusmadi Yusoff namun Yusmadi pula memberitahu dia sudah lama tidak terlibat di dalam kes tersebut.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 11:34AM

Gambar oleh Syeda Imran dan Sairien Nafis

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemain bass kumpulan Search, Nasir Daud enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tuntutan saman Search yang dikemukakan syarikat Afjets Sdn Bhd yang sepatutnya menaja dan menganjur Konsert Search 35 Tahun pada 2016. 

Syarikat tersebut telah mengambil tindakan undang-undang dan mengheret anggota kumpulan rock gergasi itu ke mahkamah susulan pembatalan konsert itu yang didakwa berpunca daripada mereka sendiri. 

“Saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan. Semua perkara berkaitan dengan isu ini ditangani peguam Search, Yusmadi Yusoff,” katanya dalam mesej yang cukup ringkas kepada Getaran. 

Namun, Yusmadi pula sewaktu dihubungi memberitahu, dia hanya terlibat pada peringkat awal kes saman itu. 

“Kes itu kemudian beralih kepada peguam lain yang pernah dilantik menjadi peguam Amy. Jadi, saya pun tidak boleh membantu untuk memberi sebarang kenyataan,” katanya. 

Dalam perbicaraan pada 18 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengarahkan tiga anggota kumpulan Search iaitu Nasir Daud, Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) membayar hampir RM500,000 sebagai ganti rugi khas kepada Afjets kerana melanggar perjanjian berhubung pembatalan konsert mereka itu. 

Mahkamah juga memutuskan Afjets berhak menerima ganti rugi am yang belum ditaksirkan, yang dijangka tidak kurang daripada RM1 juta.

Namun, atas nasihat peguam, Afjets tidak mengemukakan sebarang tindakan terhadap penyanyi asal Search, Suhaimi Abd Rahman (Amy) pada masa itu kerana beliau telah diisytiharkan muflis.

Afjets juga difahamkan pada masa ini, bekas pemain gitar bass Search, Nasir juga telah muflis.

Memandangkan, anggota dan bekas anggota kumpulan muzik Search yang telah bergerak secara berasingan ini telah pun kembali aktif menerusi penganjuran dua konsert yang berbeza, Afjets dengan ini mengarahkan peguam mereka untuk melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos 2017, termasuk berhubung dengan pihak pengurusan Search sekarang.

Afjets mengambil langkah tersebut kerana sehingga kini, selepas hampir lima tahun, pihak syarikat masih lagi belum menerima maklum balas daripada pihak kumpulan Search mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.