web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afjets Minta Search Bayar Segera Pampasan Batal Konsert Search 35 Tahun

Afjets mengambil langkah tersebut kerana sehingga kini pihak syarikat masih lagi belum menerima maklum balas daripada pihak kumpulan Search mengenai keputusan mahkamah. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 7:58PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjur konsert, Afjets Sdn Bhd masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak kumpulan Search mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap tindakan undang-undang yang diambil berhubung pembatalan konsert oleh anggota kumpulan rock tersebut. 

Syarikat Afjets Sdn Bhd yang sepatutnya menaja dan menganjur Konsert Search 35 Tahun pada 2016 kemudian terpaksa mengheret anggota kumpulan rock gergasi itu ke mahkamah susulan daripada pembatalan konsert itu. 

Dalam perbicaraan pada 18 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengarahkan tiga anggota kumpulan Search iaitu Nasir Daud, Noordin Mohd Taib (Din) dan Hamzah Mohd Taib (Kid) membayar hampir RM500,000 sebagai ganti rugi khas kepada Afjets kerana melanggar perjanjian berhubung pembatalan konsert mereka itu. 

Mahkamah juga memutuskan Afjets berhak menerima ganti rugi am yang belum ditaksirkan, yang dijangka tidak kurang daripada RM1 juta.

Atas nasihat peguam, Afjets tidak mengemukakan sebarang tindakan terhadap penyanyi asal Search Suhaimi Abd Rahman (Amy) pada masa itu kerana beliau telah diisytiharkan muflis. Afjets juga difahamkan pada masa ini bekas pemain gitar bass Search, Nasir juga telah muflis.

Pihak Afjets dalam siaran akhbar yang dihantar kepada pihak media memberitahu, mereka mengambil maklum terhadap laporan media mengenai penganjuran dua konsert berasingan iaitu Search Endemik dan Rockin’ on the Rooftop baru-baru ini yang dijayakan oleh anggota dan bekas anggota kumpulan muzik Search yang kini bergerak secara berasingan.

Bahkan, Afjets juga mengambil perhatian terhadap pengumuman pihak pengurusan Search yang dianggotai Din dan Kid mengenai siri konsert jelajah Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dijadual berlangsung antara Ogos 2022 hingga Mac 2023.

“Terkejut dan memandang serius akan pengumuman itu, Afjets akan mengambil langkah wajar dalam masa terdekat untuk melaksanakan keputusan mahkamah bagi mendapatkan pampasan sebanyak hampir setengah juta ringgit dan ganti rugi am yang belum ditaksir.

Poster Konsert Search 35 Tahun yang dibatalkan pada 2016. - Gambar fail
Poster Konsert Search 35 Tahun yang dibatalkan pada 2016. - Gambar fail

“Afjets mengambil langkah tersebut kerana sehingga ini iaitu selepas hampir lima tahun, pihak syarikat masih lagi belum menerima maklum balas daripada pihak kumpulan Search mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu,” kata mereka. 

Dalam siaran akhbar itu, Afjets juga memaklumkan bahawa mereka sudah memberikan tempoh yang agak lama untuk kumpulan Search mengatur semula kedudukan kewangan mereka. 

“Pihak kami beranggapan penganjuran dua konsert berasingan baru-baru ini dan pengumuman siri konsert yang berikutnya membayangkan kumpulan Search kini sudah kembali ke landasannya dan boleh melunaskan segala komitmen kewangan mereka yang tertunggak,” kata mereka lagi. 

Afjets dengan ini mengarahkan peguamnya untuk melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos 2017, termasuk berhubung dengan pihak pengurusan Search sekarang. - Getaran, 20 Jun 2022

Gambar: Fail 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas