web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Peralatan Persediaan Wajar Ada Selepas Banjir Surut

Banjir baru melanda. Apakah yang harus anda miliki untuk membersihkan rumah selepas air banjir surut? Kami ada beberapa cadangan.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 8:36PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada  setiap hujung tahun, kita di Malaysia pasti digemparkan dengan berita bah yang melanda negara. Malahan pada pertengahan Disember tahun ini, bencana ini turut melibatkan beberapa kawasan yang tidak pernah dilanda banjir di Selangor dan Lembah Klang. 

Jadi dengan perubahan cuaca yang tidak jelas, kita harus sentiasa berhati-hati.

Minggu ini kami berkongsi tujuh peralatan persediaan yang disarankan ada untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan selepas banjir.

 

Water Jet 

Gambar: Azim Rahman
Gambar: Azim Rahman

Ini adalah peralatan yang mengeluarkan semburan air yang deras bagi memudahkan proses pembersihan selut dan lumpur yang melekat pada dinding serta lantai rumah.

Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan objek-objek lain yang turut terkena selut banjir yang banyak.

 Anda boleh mendapatkannya di kedai pertukangan atau secara dalam talian dengan harga mampu milik.

 

Sarung Tangan

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Semasa proses pembersihan dijalankan, sarung tangan adalah peralatan penting yang harus ada. Ini bagi melindungi tangan anda daripada terkena pelbagai jenis objek dan sisa banjir yang mungkin kotor atau berbahaya.

Ini termasuk kayu-kayan yang tajam, besi berkarat, sampah sarap dan pelbagai benda lain yang mungkin tersangkut di dalam dan di luar rumah sejurus air surut. 

 

Kasut But Kalis Air

Gambar Fail
Gambar Fail

Satu lagi peralatan yang wajar dipakai bersama sarung tangan semasa proses pembersihan ialah, kasut but kalis air. Ia mengelakkan anda daripada terpijak benda yang tajam atau tergelincir.

Ia turut mengelakkan kaki anda daripada terperangkap dalam selut dan menghindarkan kaki daripada basah terkena air banjir.

 

Kantung Plastik 

Sediakan beg dan kantung plastik dengan kuantiti yang banyak untuk membungkus dan mengumpulkan bahan buangan serta sampah lain dari sisa banjir. 

Ia juga boleh digunakan untuk membungkus barang-barang yang berharga yang dapat diselamatkan.

Pastikan anda menandakan setiap kantung plastik untuk membezakan plastik yang perlu dibuang atau disimpan.

 

Penyodok Air

Gambar Fail
Gambar Fail

Selepas membilas lantai kotor dengan air beberapa kali, gunakan alat penyodok air khas pada bahagian lantai untuk mengeluarkan air tersebut.

Lakukan beberapa kali bersama sabun pencuci supaya lantai anda lebih kering dan bersih daripada kotoran.

Alat ini boleh dibeli di kedai pertukangan dan secara dalam talian.

 

Pasir Kucing

Gambar:  Alam Kucing.com
Gambar: Alam Kucing.com

Pasir kucing adalah sejenis pasir yang menyerap bau najis yang dikeluarkan oleh kucing. Banjir adalah satu situasi yang akan mengeluarkan bau lumpur yang sangat busuk terutamanya selepas surut.

Bau tersebut akan melekat di seluruh bahagian rumah yang ditenggelami air banjir termasuk dinding atau siling yang tidak terkena air tersebut.

Pasir kucing ini akan membantu anda untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan ini. Mudah saja menggunakannya. Buka plastiknya dan letakkan di beberapa sudut selepas air dikeluarkan.

 

Penyegar Udara

Penyegar udara wajar digunakan untuk mewangikan kawasan yang baru dibersihkan selepas terkena banjir.

Letakkan penyegar udara di setiap sudut rumah yang terkena banjir. Ini dapat membantu menghilangkan bau busuk dan kurang menyenangkan. 

Jika ada, alat pembersih udara juga boleh digunakan. - Getaran, 26 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Rezeki Tak Disangka, Penduduk Kampung Berpesta Tangkap Ikan Arowana

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Banjir: Peniaga Lelong Barang Hingga 50 Peratus Di Segamat

4

Refleksi 4 tahun yang lalu

Awas Leptospirosis! Kenali Penyakit Kencing Tikus Pasca Banjir

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini