web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Peniaga Lelong Barang Hingga 50 Peratus Di Segamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:51AM

Pemilik sebuah premis perniagaan melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir mulai surut di sekitar Jalan Dato Sia Her Yam, Bandar seberang semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT -  Lelong, lelong, 50 peratus! 

Jeritan Liau Chin Ping, peniaga barangan beg, kasut dan pakaian di bandar Segamat, yang memanggil orang ramai datang ke kedainya, pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kedai berkenaan. 

Wartawan Bernama, yang kebetulan melalui kedai berkenaan bagi membuat tinjauan pascabanjir yang melanda bandar itu beberapa hari lepas, tidak ketinggalan tertarik menjengah kedai berkenaan yang telah berusia 40 tahun. 

“Adik you mediakah, ini mari ambil gambar saya punya kedai, kasi tahu orang ramai datang beli barang sini, semua lelong, ini banyak murah,” kata Liau, atau lebih dikenali sebagai Jess itu sebaik melihat kamera dan tag media yang dipakai wartawan dan jurufoto Bernama. 

Wanita berusia lingkungan 40-an itu juga menunjukkan bahagian stornya yang menempatkan longgokan plastik sampah, berisi pakaian, kasut, tali pinggang dan beg dengan kesan lumpur akibat banjir. 

Di bahagian belakang kedai, kelihatan adik perempuannya juga sedang membersihkan puluhan bagasi yang kotor terkena air banjir sehingga melebihi paras pinggang di kedainya itu untuk dijual semula.

Liau, walaupun agak ceria dan peramah, namun sebenarnya berasa agak sedih dan terkilan kerana berulang kali menyatakan bahawa banyak barangan yang rosak berkenaan adalah berjenama dan merupakan stok yang baharu diperolehnya.

Beliau kerugian hampir RM90,000.

“Ini kali ketiga saya buat lelong, dulu waktu banjir besar 2006 dan 2011 pun pernah buat,” katanya dan menambah, banjir yang melanda 1 Mac lepas, selain mengakui ini yang terburuk sejak 2016 juga berlaku terlalu cepat sehingga tidak mampu untuk beliau menyelamatkan barangan di dalam kedai.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati kerja pembersihan masih giat dijalankan dan ada beberapa kedai yang terpaksa ditutup kerana kerja pembersihan difahamkan mengambil masa yang agak lama.

Terdapat juga syarikat pembersihan yang datang dari Kuala Lumpur bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan di sebuah bank di bandar berkenaan yang dilanda banjir beberapa hari lepas.

“Terpaksa buat kerja pembersihan dua hari, semalam dan hari ini kerana keadaan terlalu kotor dengan banyak lumpur perlu dibersihkan di setiap ruangan bank,” kata penyelia syarikat pembersihan, S. Periyanna dan menambah, ada mesin ATM di bank berkenaan yang rosak akibat banjir. 

Segamat, yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari Johor Bahru, merupakan antara kawasan yang terjejas teruk dilanda banjir dengan jumlah mangsa 11,023 orang setakat 8 pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

2

Semasa 2 hari yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini