Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Awas Leptospirosis! Kenali Penyakit Kencing Tikus Pasca Banjir

Wahai mangsa-mangsa banjir, ayuh cegah Leptospirosis selepas banjir!

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 2:29PM

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seluruh Malaysia turut berduka setelah beberapa negeri di Semenanjung ditimpa bencana banjir besar luar biasa pada penghujung tahun ini.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah kematian di Selangor mencatatkan seramai 46 kematian, manakala seramai 48 kematian dicatatkan di Pahang, sementara lima lagi dilaporkan hilang.

Ramai yang hilang tempat berteduh, tidak terkecuali harta benda mereka seperti kereta dan barangan rumah lainnya turut musnah dek bahana bah ini.

Tak berhenti di situ, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengingatkan mangsa banjir supaya berwaspada dengan ancaman satu penyakit berjangkit pasca banjir iaitu Leptospirosis! 

Apa itu Leptospirosis? Mungkin ramai yang tidak mengenali nama penyakit berjangkit yang satu ini kerana ia lebih popular dengan nama lainnya iaitu Penyakit Kencing Tikus. 

 

Leptospirosis boleh membawa maut!

Menurut KKM, Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) yang disebabkan oleh bakteria dari genus leptospira.

Leptospirosis boleh menjangkiti manusia apabila mereka terdedah kepada air, makanan atau tanah yang dicemari dengan air kencing tikus, babi, anjing, kucing dan haiwan-haiwan liar lain. 

Pengesahan jangkitan Leptospirosis melalui dua cara:

Pertama: Pengesanan bakteria Leptospira melalui kultur daripada sampel darah, air tulang belakang dan air kencing

Kedua: Ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian Microscopic Agglutination Test, teknik ujian Immunofluorescent dan ELISA

 

Gejala Leptospirosis

Tempoh masa inkubasinya antara dua hingga sepuluh hari. Leptospirosis memperlihatkan pelbagai gejala klinikal. 

Antara gejala itu seperti demam yang tinggi, gigilan, jaundis (penyakit kuning), radang mata, cirit-birit, batuk dan ruam serta sakit kepala, otot dan perut. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Leptospirosis boleh dikategorikan dalam empat kategori klinikal berdasarkan tanda-tanda berikut:

Pertama: Penyakit yang menyerupai influenza ringan

Kedua: Sindrom Weil seperti jaundis, kegagalan ginjal, pendarahan dan peradangan otot jantung dengan denyutan tidak sekata

Ketiga: Meningitis/Mengingoencephalitis (peradangan selaput otak/peradangan otak)

Keempat: Pendarahan Pulmonari (paru-paru) dengan kegagalan pernafasan

Infografik KKM
Infografik KKM

 

Apakah Leptospirosis boleh dirawat?

Bagi mereka, khususnya mangsa banjir yang menunjukkan gejala seperti di atas, hendaklah segera ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.

Leptospirosis boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik khusus. Rawatan awal dapat menghindarkan komplikasi dan kematian. 

Profilaksis (ubat pencegahan penyakit) seperti Antibiotik Doxycycline juga boleh diberikan kepada sukarelawan, petugas keselamatan dan tentera yang berada di lapangan ketika pasca banjir.

Namun, perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil profilaksis. 

 

Langkah-langkah pencegahan

Elakkan diri daripada bermain air banjir. Waspada luka atau kudis di kulit. Tutupnya dengan plaster kalis air dengan sempurna.

Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Elak meminum air sungai yang tidak dijerang atau air yang tidak dirawat.

Buat golongan sukarelawan dan agensi penguatkuasaan, hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian sempurna, sebaiknya pakaian jenis kalis air.

Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelak kehadiran tikus. Sampah sarap dan sisa makanan perlu dilupuskan dengan sempurna sewaktu pasca banjir.

Mangsa banjir dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika menghidapi sebarang gejala Leptospirosis dalam masa dua minggu dari tempoh banjir. - Getaran, 31 Disember 2021

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia 



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Waspada Pakej Badal Haji, 'Jangan Mudah Percaya Kalau Bawah RM5,000'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

ASF Di Pulau Pinang Merebak Ke Daerah Barat Daya, 62,197 Babi Dijangkit Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Negeri Diramal Hujan Hingga Rabu - MetMalaysia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

2022: Malaysia Selangkah Menuju Fasa Endemik COVID-19

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN