Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Sebelum Dan Sesudah Setahun Yang Penuh Warna-Warni

Pengarang Gaya Hidup dan Hiburan mengenang rasa bersyukurnya sebelum dan selepas menyertai Getaran.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keadaan semasa, menggerakkan hati saya untuk mengabadikan nukilan ini. Setelah setahun berkhidmat bersama syarikat Petra News dan 10 bulan sejak laman sesawang Getaran dilancarkan, pelbagai perkara telah saya lewati dan harungi.

Saya masih ingat di awal kemunculan Getaran, ramai rakan-rakan sebidang dan seangkatan yang tercari-cari peluang baharu pekerjaan. 

Kemerosotan dunia percetakan dan kebangkitan era digital, majalah dan surat khabar kertas menjadi kisah lama yang kian lapuk. Lantas, ramai yang kehilangan pekerjaan kerana dunia digital tidak memerlukan tenaga kerja seramai syarikat media yang mencetak naskhah fizikal.

Organisasi media yang sudah berdekad lama pun ada yang tumbang, inikan pula yang baru nak bertatih.

Ditambah pula perniagaan media bukanlah satu perniagaan yang mudah meraih keuntungan dengan cepat. Semuanya perlukan waktu dan perancangan yang betul.

Ya, sebelum menyertai Getaran, saya termasuk puluhan wartawan lain yang mencari peluang baharu dan pekerjaan tetap.

Alhamdulillah, sebelum mendapat tawaran mencari rezeki di sini, saya sebenarnya bernasib baik kerana masih bekerja secara bebas atau freelance

Rupa-rupanya dalam kemelut pandemik COVID-19 yang menyebabkan ramai orang kehilangan sumber pendapatan, perkhidmatan penulis dan pencipta kandungan sangat diperlukan.

Penulis bersama beberapa orang selebriti yang pernah menjadi Wajah TARA
Penulis bersama beberapa orang selebriti yang pernah menjadi Wajah TARA

Banyak perniagaan dalam talian masih berjalan dan pelbagai informasi perlu disampaikan kepada pelanggan dan orang awam.

Jika ada sambungan internet dan komputer, semua orang boleh mencari pekerjaan zaman sekarang. 

Dalam diam, pelbagai laman sesawang tumbuh bak cendawan dan khidmat penulis ditagih ramai. Gara-gara itu, kemahiran penulis dan pencipta kandungan diburu pelbagai pihak yang tidak dijangka.

Kita hanya perlu bijak dan rajin mencari peluang-peluang ini.

Bayarannya mungkin tidak sebesar gaji bulanan dari syarikat besar namun jika dua atau tiga projek tetap dihimpunkan dalam sebulan, ia sebenarnya cukup (malah buat sesetengah orang lebih daripada cukup sampai akhirnya memilih untuk bekerja sendiri daripada makan gaji dengan syarikat).

Saya sendiri beruntung menemui satu kontrak tetap semasa bekerja secara bebas selain sering mendapat tawaran menulis dan mengacara majlis setiap bulan.

Syukur, rezeki saya waktu itu cukup dan tidak terputus. Biarpun tidak banyak tapi saya sama sekali tidak susah.

Tempoh saya bekerja bebas pun sebetulnya tidaklah terlalu lama. Sekitar empat bulan sahaja. Dan empat bulan itu saya tempuhi tanpa rasa bimbang yang besar.

Berbanding 15 tahun dahulu semasa baru mula mencuba bekerja secara bebas, sekarang pengalaman benar-benar mengubah pandangan saya.

Pada waktu usia lewat 20-an saya pernah cuba untuk bekerja secara bebas dan saya dapati ia tidak mudah kerana waktu itu saya baru bercambah dalam dunia profesional.

Nama saya tika itu baru sahaja hendak dikenali, rangkaian perhubungan dan kenalan juga belum luas. Jadi ia benar-benar satu kesulitan untuk bekerja sendiri.

Namun semasa bekerja secara bebas pada tahun lalu sekitar empat bulan itu, saya dapati saya tidak terlalu risau. Selain sudah lebih matang dalam pemikiran, usia juga mengajar saya untuk lebih berusaha dan reda dengan ketentuan Tuhan.

Penulis sewaktu sesi penggambaran Wajah TARA
Penulis sewaktu sesi penggambaran Wajah TARA

Saya diajar, dalam agama Islam bahawa setiap usaha yang baik serta ikhlas pasti akan dibalas dengan yang baik.

Jadi saya mencari apa sahaja projek yang ada dan Alhamdulillah rezeki berpihak pada saya saat itu. Saya masih mampu membayar wang bulanan untuk rumah yang saya beli selain kereta baharu yang saya perolehi tahun lalu.

Saya sempat pergi bercuti beberapa kali sedangkan tiada kerja tetap.

Tapi itulah yang saya maksudkan. Pada usia yang lebih tua, pada awal umur 40-an, bekerja secara sendiri tampak lebih mudah dan tidak sesulit awal 20-an dahulu.

Biarpun ramai manusia lain terpaksa bertungkus-lumus melakukan pekerjaan lain yang mereka tidak sukai demi sesuap nasi kala dilanda wabak durjana ini, saya berada di satu zon yang agak selamat. Dan saya tidak putus-putus bersyukur. 

Ramai yang berjawatan lebih tinggi sebelum dilanda pandemik berhadapan dengan keadaan yang lebih rumit sehingga terpaksa menjual harta dan seumpamanya. 

Hanya belas kasihan dan doa yang mampu saya sampaikan buat mereka.

Jadi, hujung tahun lalu, saat dihubungi bekas ketua saya (dari syarikat yang saya pernah berkhidmat dahulu) Encik M. Zulkifli yang kemudian menjadi pengarang urusan Getaran, saya begitu gembira kerana ditawarkan pekerjaan yang memang saya cintai.

Seperti kata salah seorang kolumnis kami Puan Wirda Adnan yang juga bekas Pengarang Urusan saya semasa menjadi penulis majalah dahulu, kami yang bergelar penulis dan wartawan, berjiwa besar.

Jika diberi tugas kami lakukan dengan sepenuh hati kerana mencintai profesi kami.

Walaupun gaji kami tidak sebesar rakan-rakan dari industri lain, namun kami Bahagia melakukan tugasan kami. We love our job.

Berkat cinta itulah yang membuat saya bersyukur kerana masih ada di sini. 

Dalam hampir setahun saya bersama Getaran, saya sempat bertemu ramai rakan selebriti dan personaliti. Saya sempat menghadiri pelbagai acara yang saya rindui.

Malah saya juga dapat merapatkan hubungan dengan ramai rakan lama seindustri lewat liputan dan kerjasama yang saya bina.

Sungguhpun ada beberapa bulan yang mengekang saya daripada melakukan sesi fotografi gara-gara perintah kawalan pergerakan (PKP), segmen gaya hidup dan hiburan kami tetap berjalan dengan pelbagai kandungan menarik.

Tetapi dalam banyak-banyak kenangan sepanjang setahun ini, yang paling saya hargai dan tidak akan lupakan adalah barisan sidang redaksi saya yang gigih memberikan terbaik dalam tugasan mereka.

Bermula dengan hanya empat orang sahaja dalam jabatan gaya hidup dan hiburan (termasuk saya), kami kini bersepuluh. Dan pasukan saya sekepala. Ada kerenah masing-masing, namun kami senada seirama.

Kami menikmati kerja kami dan tidak pernah lekang dengan hilai ketawa di pejabat (sampai kerap kali susah hendak fokus kalau semua masuk pada waktu yang sama).

Thank you Elly, Ili, Sha, Ayu, Emi, Zaidi, Wafa, Sara dan Bong! I love and appreciate all of you!

Namun itulah keindahan bekerja di sini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan saya dari jabatan berita yang tidak kurang siumannya seperti kami!

Semoga satu tahun saya ini menjadi permulaan yang baik buat kami dan seterusnya membuka tahun-tahun yang lebih indah di masa hadapan.

Kepada rakan-rakan selebriti dan pengamal perhubungan awam, jasa anda sangat kami hargai dan saya harap Kerjasama ini akan berterusan.

Dan buat anda yang setia menyokong dan membaca tulisan kami, terima kasih daun keladi! Kalau sudi bacalah lagi! Getaran, gema berita dan hiburan! – Getaran, 19 Disember 2021

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut