Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Swafoto Memukau Bersama Vivo V23e 5G

Getaran berpeluang mencuba telefon pintar terbaharu keluaran Vivo dan berkongsi kelebihan yang ada pada peranti ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Dec 2021 9:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vivo telah memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya iaitu V23e 5G. Telefon pintar keluaran China ini sedang mendapat perhatian gara-gara ciri teknologi yang dipertingkatkan bagi memberi tambah nilai kepada pengguna.

Model ini menampilkan berat yang agak mengejutkan. Ia seberat 172g dan mempunyai reka bentuk yang agak nipis iaitu 7.36mm. Pastinya ringan apabila dibawa kemana-mana dan selesa dipegang.

Skrinnya pula berukuran 6.44 inci dan berbentuk segi empat tepat.

Teknologi pengecas pantas adalah menjadi keperluan kepada pengguna mana-mana telefon pintar. Model ini juga mengimplimentasikan sistem ‘Fast Charging’ pada peranti dan apa yang lebih menarik, dengan menggunakan kuasa bateri Li-Po 4050 mAh.

Ia mampu memberikan cas sehingga 69 peratus dalam masa 30 minit jika ia kehabisan bateri. Hal ini sangat membantu pengguna yang kerap menggunakan telefon pintar ini.

Chipset yang digunakan pula adalah MediaTek Dimensity 810 5G (6 nm) yang mempunyai kuasa yang tinggi.

Bagi pengguna yang menggunakan telefon pintar sebagai peranti untuk mengedit video, ia pasti tidak menjadi masalah kerana mampu menyediakan kuasa yang tinggi.

Malah ia juga sesuai untuk permainan dalam talian yang menggunakan data yang berat seperti PUBG.

Beralih pula kepada kamera, telefon pintar jenama Vivo ini, V23e 5G memang sinonim dengan hasil gambar yang menawan.

Model ini mempunyai kamera ultra lebar (8MP) dan makro (2MP) serta bagi kamera utamanya pula (64MP) ia dipasangkan teknologi PDAF yang menghasilkan fokus secara automatik pada objek yang dikunci. 

Selain itu, bahagian kamera swafoto pula menampilkan teknologi yang pasti memukau. Ia dipasangkan dengan resolusi sebanyak 50 MP.

Bagi mod potretnya pula, dengan resolusi 44 MP anda boleh melaraskan gambar anda melalui tetapan penapis, kecerahan ton warna dan kesan ‘bokeh’ yang membolehkan anda untuk menghasilkan gambar mengikut kreativiti pilihan.

Sebuah lagi teknologi yang menarik dipasangkan pada model ini ialah sistem Autofokus Mata yang bukan sahaja ada pada kamera hadapan, malah ia juga dipraktikan pada kamera swafoto.

Ia mampu mengimbas muka anda ketika berswafoto sama ada secara individu ataupun berkumpulan.

Seterusnya untuk bahagian videonya pula, pasti memberikan pengalaman yang hebat terutamanya kepada pencipta kandungan.

Sistem Video Dwi-Paparan yang dipasangkan pada model ini membolehkan anda merakam video secara serentak melalui kamera depan dan belakang.

Sangat sesuai untuk anda yang gemar membuat video berkonsepkan Vlog. Ia pasti meningkatkan daya kreativiti anda dalam menghasilkan video yang luar biasa.

Untuk bahagian bunyinya pula, model ini menggunakan teknologi Hi-RES Audio. Ini menjadi kelebihan kepada pengguna yang gemar mendengar muzik secara kuat atau menonton filem lewat telefon pintar.

Ia mampu memberikan kesan gema yang hebat tanpa merosakkan pendengaran.  

Didatangkan dengan dua jenis warna yang unik iaitu warna cahaya Pelangi dan Hitam Malam, anda boleh mendapat Vivo V23e 5G dengan harga Rm 1,599.00 untuk 8GB+128GB. 

Kesimpulannya, jika anda sedang mencari telefon pintar yang mempunyai kamera hebat, perisian yang lancar, ringan serta mempunyai reka bentuk yang premium, Vivo V23e 5G mungkin sesuai buat anda. - Getaran, 18 Disember 2021


Gambar: Vivo Malaysia

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

China Sokong Keanggotaan Penuh Palestin Dalam Majlis Keselamatan PBB

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan