web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedai Tutup Dek Pandemik, Jejaka Ini Ambil Langkah Drastik!

Amirul nekad hasilkan Debut Homme, produk penjagaan diri lestari khas untuk lelaki Asia daripada lelaki Asia.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 9:08AM

Amirul O’oi Ashraf Mokhtar (Kiri), pengasas Debut Homme

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 yang membadai seluruh dunia sememangnya memberi kesan kepada semua. Ia tidak hanya melumpuhkan sektor kesihatan, malah sektor ekonomi juga turut terkesan. 

Malahan kesan domino ini turut membuatkan sebuah perniagaan kedai gunting rambut yang terkenal di Ipoh, Debut Barber & Shop milik Amirul O’oi Ashraf Mokhtar hampir terpaksa gulung tikar.

“Apabila wabak bermula, saya terpaksa membuat keputusan perniagaan yang paling sukar bagi saya iaitu terpaksa menutup salah satu kedai gunting rambut saya,” akui Amirul. 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan akibat ancaman COVID-19 juga turut menjadi faktor penyumbang utama kepada penutupan tersebut. 

“Walaupun kami berjaya mengatasi semua rintangan yang ada, lockdown dan PKP telah meninggalkan kesan mendalam terhadap perniagaan kami. 

“Mujurlah kami mempunyai pasukan yang kuat. Setiap halangan yang kami tempuhi, kami anggap seperti cabaran yang harus kami takluki,” jelas Amirul.

 

Debut Homme: Set penjagaan diri lelaki lestari

Untungnya pandemik ini tidak berjaya mematahkan semangat Amirul untuk bangkit semula. Dia dan pasukannya berusaha menghasilkan Debut Homme iaitu tiga produk asas penjagaan diri seperti pembersih badan, syampu dan deodoran, khusus bagi memenuhi keperluan lelaki moden.

Dibungkus dalam rona hitam dan putih monokrom, set penjagaan ini dihasilkan untuk membantu golongan lelaki menjaga kebersihan, kesejahteraan dan penampilan mereka. Ia juga dicipta untuk mereka yang inginkan sesuatu yang lain daripada produk-produk sedia ada di pasaran.

Amirul yang juga pengasas dan ketua strategik bagi kedua-dua jenama turut menambah, “Ia memakan masa selama dua tahun untuk dihasilkan. Dengan bantuan pakar dan ahli kimia, kami menjalankan penyelidikan berdasarkan kajian saintifik dalam proses pembuatannya.

“Debut Homme direka khusus untuk memperkasakan lelaki sambil menyediakan produk penjagaan diri yang mereka boleh gunakan secara berkesan. Untuk tampil segak dan bergaya, kita perlu terlebih dahulu merasa yakin dan selesa.

“Berpegang kepada kepercayaan ini, kami menerapkan nilai-nilai itu ke dalam pembuatannya. Kami juga memanfaatkan pengalaman kami sebagai warga tempatan dan orang Asia untuk membangunkan satu produk yang benar-benar sesuai dengan rantau kita,” jelasnya.

Menariknya, ketiga-tiga produk mandian ini diperbuat daripada bahan semula jadi dan lestari, “Walaupun banyak produk lelaki lestari di luar sana, kami yakin masih ada ruang untuk kami tembusi dalam pasaran ini.

“Terutamanya kerana kami berasal dari Ipoh yang sememangnya terkenal dengan warisan dan mempunyai tarikan keajaiban alamnya yang tersendiri. Penambahan Debut Homme dalam operasi kami merupakan satu perkembangan strategik bagi syarikat kami,” terang Amirul lagi.

Menamakan Datuk M. Nasir dan Yohji Yamamoto sebagai idola, Amirul turut berkongsi akan memperkenalkan lebih banyak lagi produk-produk penjagaan lelaki di masa hadapan. Antaranya seperti minyak rambut, minyak jambang, produk penjagaan kulit dan haruman.

“Inovasi memerlukan masa. Terutamanya pada masa-masa sekarang kerana perniagaan kami baru sahaja bermula untuk pulih selepas lockdown. Selain keluarga, perniagaan adalah keutamaan saya.

“Walaupun telah mencuba bermacam-macam perniagaan sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menamakan kedai dan set penjagaan ini sebagai 'Debut' (penampilan pertama). Ia bagi membuktikan betapa seriusnya saya mengecapi kejayaan menerusi perniagaan ini,” ujarnya.

Amirul berharap agar set penjagaan lestarinya ini tampil sebagai produk penjagaan lelaki terbaik dalam liganya. Dia turut berharap Debut Barber & Shop menjadi destinasi pilihan utama untuk penjagaan dan perapian diri buat semua lelaki, terutamanya di Ipoh.

“Kami menghargai setiap individu dan setiap seorang daripada kita adalah unik. Saya percaya setiap jejaka mempunyai peluang untuk menaiktarafkan penampilan dan rutin penjagaan diri mereka melalui Debut Homme,” akhiri Amirul dengan senyuman. 

Layari Debut Homme untuk maklumat lanjut. - Getaran, 18 Disember 2021

Semua gambar: Debut Barber & Shop

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini