web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Misha Omar, Aina Abdul Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 

Selain dikuasai lagu-lagu balada yang dipersembahkan penyanyi-penyanyi wanita hebat, pengumuman 10 lagu kedua ini turut menyaksikan kolaborasi menarik  di antara penyanyi dan band atau 'rapper'. 

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 4:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengumuman 10 lagu kedua yang layak mara ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36 sebentar tadi menyaksikan penguasaan karya balada yang dipersembahkan penyanyi-penyanyi wanita tanah air yang bukan calang-calang.

Antaranya Sepi yang dipersembahkan Aina Abdul, 'Tanpa Rela' (Misha Omar), 'Tetap Aku Cinta' (Ara Johari) dan 'Cinta Khayalan' (Wany Hasrita). 

Kehadiran Misha Omar di dalam senarai ini menjadi perhatian kerana penyanyi senior ini bakal bersaing hebat dengan beberapa penyanyi junior yang kini semakin melakar nama dalam industri muzik tanah air. 

Apa yang menarik, pengumuman 10 lagu kedua ini  turut menyaksikan kolaborasi menarik di antara penyanyi wanita pop tanah air dengan band muzik dan rapper

Dalam lagu 'Pelukan Angkasa' misalnya, SOG berkolaborasi dengan Shila Amzah, manakala menerusi agu 'Aewo', Shiha Zikir menampilkan Noki K-Clique. 

Kesemua 10 lagu kedua yang terpilih adalah 'Sepi' nyanyian Aina Abdul (komposer: Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), 'Tetap Aku Cinta' - Ara Johari (komposer: Amy Bong, Nahruf dan MFMF, lirik: Amy Bong dan Ara Johari), 'Cinta' - Marsha Milan (komposer: Bunga Cantik dan Hang Nadim, lirik: Hang Nadim), 'Cinta Khayalan' - Wany Hasrita (komposer: Berlin, lirik: Tokyo Angkasa). 

Lima lagu lain yang terpilih adalah 'Durha' - Khai Bahar (komposer dan lirik: Iqie Hugh, Omar K dan Khai Bahar), 'Pelukan Angkasa' - SOG X Shila Amzah (komposer: Raja Nazrin Shah, lirik: Fazleena Hishamuddin), 'Karma' - Kaka Azraff dan Jaz Hayat (komposer: Farouk Roman, lirik Asihah Teno), 'Tanpa Rela' - Misha Omar (komposer: Misha Omar dan Sze Wan, lirik: Misha Omar, Slen Fadzil dan Zul Husni), 'Aewo' - Shiha Zikir Menampilkan Noki (komposer: Ezra Kong, lirik: Ezra Kong dan Noki), 'Goodbye Hello' - Syamel dan Ernie Zakri (komposer dan lirik: Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir dan Mike Chan).

Pengumuman tersebut dibuat hos program Muzik-Muzik, Alif Satar dan Sissy Iman pagi tadi dengan kehadiran MK K-Clique dan Pasya sebagai tetamu jemputan. 

Keseluruhannya, terdapat 30 lagu yang akan bertanding dalam pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36. Pengumuman 10 lagu lagi akan dibuat pada 5 Disember nanti. 

Manakala pertandingan akhir separuh akhir Muzik Muzik 36 bakal berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.  - Getaran, 28 November 2021

Gambar: TV3

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini