web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Hal Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Apabila Menonton Di Pawagam

Sungguhpun kini terdapat pelbagai platform penstriman, tetapi masih ada yang lebih suka menonton filem di pawagam. Ini lima peraturan yang mungkin anda tidak tahu apabila menonton filem di pawagam.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 7:45PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sungguhpun kini terdapat pelbagai platform penstriman seperti Netflix, Mubi dan macam-macam lagi, masih ada yang lebih suka menonton filem di pawagam. Katanya lebih puas menonton di layar lebar.  

Bahkan ia menjadi satu hobi atau terapi bagi sesetengah individu apabila menonton di pawagam secara bersendirian atau bersama keluarga dan rakan. 

Hari ini kami berkongsi lima peraturan yang mungkin anda tidak tahu apabila menonton filem di pawagam. 

 

Vaping tidak dibenarkan

Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa merokok di dalam premis pawagam dilarang sama sekali. Akan tetapi, ramai yang ambil mudah dan beranggapan menghisap vape dibenarkan di dalam premis pawagam kerana tidak mengeluarkan bau yang busuk. 

Vape adalah sejenis rokok elektrik yang mengeluarkan asap berperisa bagi menggantikan pengambilan rokok. Penggunaannya sedang meningkat naik dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kesalahan menghisap vape adalah sama seperti merokok walaupun anda menghisapnya di dalam tandas pawagam. Tambahan pula, ia boleh mengaktifkan sistem penggera di dalam panggung gara-gara asap tebal yang dikeluarkan.

 

Kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah masuk percuma

Kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran tiket. Bayaran tiket harga kanak-kanak dikenakan untuk kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun. 

Jadi ibu bapa atau penjaga boleh menjimatkan wang jika membawa anak berumur dua tahun ke bawah.

Tetapi harus diingatkan, kanak-kanak dan bayi tidak digalakkan untuk masuk ke tayangan untuk filem dengan rating 18 tahun ke atas. Bunyi-bunyi yang kuat dalam filem-filem ini boleh membuatkan anak kecil terkejut dan menangis.

Situasi ini boleh menimbulkan keadaan kurang selesa untuk penonton lain.

Jadi ibu bapa yang mahu menonton filem aksi atau seram sambil membawa anak kecil mungkin harus mencari babysitter atau penjaga buat sementara waktu.

 

Semua jenis haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk

Kebiasaannya kita lihat peraturan ini mempamerkan logo larangan menggunakan imej kucing dan anjing yang merujuk kepada haiwan peliharaan. 

Akan tetapi, sebenarnya segala jenis haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk ke pawagam termasuk haiwan-haiwan kecil yang boleh disorok atau disimpan di dalam poket seperti hamster, kura-kura dan seumpamanya.

Ia bagi mengelakkan gangguan seperti bunyi haiwan semasa menonton wayang selain faktor kebersihan dan seumpamanya. 

 

Pakai pelitup muka dan harus divaksin lengkap dua dos

Gambar Fail
Gambar Fail

Seperti kita tahu, pada era pendemik COVID-19 in semua pawagam telah melaksanakan SOP terbaharu untuk menonton wayang.

Semua penonton perlu diperiksa suhu badan  terlebih dahulu sebelum memasuki premis. Pengunjung wajib memakai pelitup muka dan hanya pelanggan yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan masuk. 

Tambahan pula, kapasiti bagi setiap panggung wayang juga dikurangkan 50 peratus bagi mempraktikkan penjarakan sosial.

 

Buang sisa makan dan minuman sendiri selepas menonton wayang

Pasti tidak lekang makanan dan minuman seperti bertih jagung dan minuman ringan sebagai kudapan setiap kali menonton wayang.

Kebiasaannya selepas tamat wayang ditonton, ramai akan meninggalkan sisa makanan dan minuman di tempat duduk dan petugas diharap akan membersihkannya.

Kini, setiap individu akan diminta untuk membuang sampah makanan dan minuman ke dalam tong sampah yang disediakan di luar pawagam sebaik sahaja selesai menonton.

Ia adalah SOP terbaharu pawagam bagi mengelakkan sentuhan pada bekas makanan penonton yang boleh menyebabkan jangkitan COVID-19 semasa petugas membersihkan panggung. 

Maka, kepada semua individu anda perlulah mengikuti peraturan-peraturan panggung yang telah tercatat di semua premis panggung bagi mengelakkan sebarang masalah ketika berada di pawagam. Selamat menonton! - Getaran, 21 November 2021

Isu Pada

Gemilang Seni Iman Troye

20 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Velvet Bawa Penonton Mengimbau Pengalaman Sinematik Retro

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini