Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 5:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Variasi cadangan minggu ini agak menarik! Ada sorotan acara fesyen, filem dari Filipina, filem seram 80-an, siri zombi Korea Selatan dan filem Hindustan. Mana satu pilihan anda?

 

Highlight Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (YouTube)

Minggu lalu telah berlangsung Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 atau lebih dikenali sebagai KLFW. Ramai pencinta fesyen berhimpun di Pavilion KL untuk menyaksikan pementasan koleksi terbaru dari puluhan pereka fesyen tempatan. 

Bagi yang terlepas, anda boleh saksikan highlight sepanjang KLFW yang dirangkumkan khas menerusi saluran YouTube Hurr.TV.

Selain menjamu mata dengan helaian-helaian berwarna-warni, anda juga boleh menonton temu ramah bersama setiap pereka fesyen yang mengambil bahagian di mana mereka menceritakan ilham di sebalik setiap koleksi.

Selamat menonton! - Helmi Anuar

 

Sooryavanshi (Panggung wayang tempatan)

Jika anda ingin menonton wayang, kami ingin cadangan filem terbaharu Hindustan ini bertajuk Sooryavanshi.

Ia mengisahkan tentang seorang polis lakonan hebat Akshay Kumar yang ditugaskan menyelesaikan sebuah misi mencari kumpulan pengganas yang merancang untuk meletupkan Mumbai.

Kalau sudah namanya Hindustan, sudah tentu ia tidak hanya menyajikan aksi, anda akan terbuai dalam babak tarian yang romantis. Percayalah, anda tidak akan bosan kerana ada beberapa dialog lucu yang tiba-tiba dilafazkan pelakon. 

Pendek kata, filem ini lengkap segala rencah dan tidak membosankan. Cerita ini membawa mesej yang jelas bahawa setiap orang memiliki peranan untuk memperjuangkan negara mereka. - Wafa Aula 

 

I’m Drunk, I Love You (YouTube)

I'm Drunk, I Love You adalah sebuah filem bebas dari Filipina yang bergenre komedi romantik. Filem ini merupakan arahan sutradara JP Habac dan ditulis oleh Habac dan Giancarlo Abrahan. 

Ia dibintangi oleh dua pelakon berbakat, Maja Salvador dan Paulo Avelino, yang sebelum ini pernah bekerja bersama dalam drama  televisyen bertajuk ‘Bridges of Love’ pada tahun 2015. 

I'm Drunk, I Love You mengisahkan tentang cinta tidak terbalas antara dua sahabat baik bernama Carson (Salvador) dan Dio (Avelino). Tetapi ia bukan sekadar kisah cinta seperti yang dianggapkan. 

Beberapa hari sebelum menamatkan pengajian universiti, kedua sahabat baik ini mengambil keputusan untuk melancong bersama bagi menyelesaikan perasaan yang terbuku selama ini. 

Filem ini diakhiri dengan babak yang mampu mencuit jiwa para penonton sambil membuat anda gelak ketawa. Jika anda berminat, anda boleh menonton filem ini lewat profil rasmi TBA Studios di YouTube. - Sara Mack Lubis

 

‘Happiness’ (iQiyi & Viu)

Drama terbaharu Korea Selatan ini menyaksikan kemunculan semula Park Hyun Sik selepas tamat khidmat ketenteraan pada 4 Januari lalu. 

Bergandingan dengan bintang hebat Han Hyo Joo dan Jo Woo Jin, persembahan mereka ‘outstanding’ sehingga mendapat pujian banyak pihak. 

‘Happiness’ bukanlah sebuah drama romantik sebaliknya karya thriller penuh aksi dan mendebarkan. Ia tentang betapa sukarnya untuk bahagia serta keghairahan manusia yang akhirnya mengundang petaka besar apabila ramai menjadi mangsa dan berubah menjadi pemangsa menakutkan. 

Sekiranya anda penggemar zombi dan dahagakan karya sarat aksi, ini pilihan tepat. Ia diolah dengan baik dan tidak klise. 

Dua episod pertama yang berputar sekitar watak Yoon Sae Bom (Han Jyo Joo), Jung Yi Hyun (Park Hyun Sik) dan Han Tae-Seok (Jo Woo-Jin) membuatkan anda tidak sabar menunggu episod seterusnya. 

Ikuti kupasan misteri di sebalik petaka menakutkan ini dan bagaimana tiga watak utama drama ini bergelut menyelamatkan keadaan dengan menonton ‘Happiness’ di iQIYI dan Viu. Highly recommended! - Shakilawati Abd. Rahman

 

Misteri Rumah Tua (MUBI)

Noorkumalasari memang ratu filem seram. Poster filem 80-an ini saja sudah cukup untuk menceritakan tahap keseraman filem ini. 

Mungkin dek mata buntang nan tajam seniwati ini (kebetulan beliau memang mempunyai lagu bertajuk ‘Mata’) atau riak wajahnya. 

Untuk para penonton muda, janganlah pula membandingkan kualiti efek khas serta runut bunyi filem 80-an seperti ini dengan era sekarang. Pasti berbeza dan agak corny.

Tetapi Misteri Rumah Tua versi yang ditayangkan di MUBI ini memang versi yang ditunggu para peminat filem seram-- tidak ditapis dan babak paling ikoniknya kekal untuk ditonton ramai. 

Misteri Rumah Tua sebenarnya filem seram dengan unsur balas dendam. Bermula dengan kisah sekumpulan anak muda keluar yang keluar berkhemah tetapi bertemu dengan batu misteri di dalam sebuah gua.

Apa kaitan batu itu dengan Salmi, watak yang dibawakan Noorkumalasari? Pastikan anda tonton Misteri Rumah Tua secepat mungkin untuk mengetahui kisah selanjutnya. - Ili Farhana - Getaran, 13 November 2021

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kemenangan Korea Selatan Ke Atas Australia Bukan Balas Dendam - Son

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini