web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketahui Kehebatan Poco M4 Pro 5G

Berbateri kuasa tinggi dengan kebolehan sistem 5G, telefon pintar terkini keluaran Poco ini sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan dalam talian.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 2:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini jenama telefon pintar Poco telah melancarkan satu lagi model terbaharu iaitu Poco M4 Pro 5G. 

Berbanding model M3 sebelumnya, telefon pintar ini ada beberapa penambahbaikan.

Mari kita lihat apakah kelebihan model ini.

Apabila melihat reka bentuk model ini, ia seakan-akan sama dengan model Poco X3 GT. Berbentuk empat segi tepat, Poco M4 Pro 5G tampil dalam tiga warna iaitu kuning, biru dan hitam.

Ia juga menggunakan sistem 5G untuk rangkaian internet yang laju dan lancar.

Poco M4 Pro 5G mempunyai skrin yang jelas dilihat. Ia menggunakan paparan berdefinisi tinggi penuh atau Full HD dan paparan IPF LCD yang bersaiz 6.6 inci. 

Bagi model ini, kekuatan baterinya tidak dapat disangkal kerana ia memberikan ketahanan yang agak lama. Telefon pintar ini mempunyai kuasa bateri sebanyak 5000mh serta menggunakan teknologi pengecas pantas atau fast charging 33 watt.

Jadi anda mempunyai masa guna yang lebih lama sebelum perlu mengecasnya semula.

Dari pandangan kasar kelihatan seolah-olah model ini mempunyai empat lensa kamera tetapi apabila dilihat dengan teliti, ia hanya mempunyai dua lensa sahaja.

Ia menampilkan lensa kamera utama (50MP), kamera ultra lebar (8MP) dan kamera swafoto atau selfie (16MP). 

Mungkin sesetengah individu menganggap kejelasan pada kamera tidak sebagus model yang lain tetapi bagi penulis, apabila merakam video, visual yang dihasilkan agak stabil dan tidak bergetar.

Dari segi kualiti gambar pula, boleh dikatakan hasil tangkapan foto berada dalam tahap yang memuaskan untuk gambar dengan subjek yang tidak terlalu jauh.

Jika anda seorang penstrim permainan dalam talian, model ini memberikan kelebihan kepada anda kerana ia menampilkan sistem yang sangat menarik.

Dengan menggunakan chipset terbaharunya iaitu Mediatek Dermensity 180 yang dilengkapi dengan GPU Mali G57, ia menyokong penggunaan sistem 5G. 

Jadi tiada masalah untuk anda memuat turun dan bermain permainan dalam talian yang menggunakan kandungan data yang banyak.

Tambahan pula model ini menampilkan satu kelebihan pada sistem getarannya. Dengan menggunakan X-Axis Linear Motor yang jarang kita lihat pada telefon pintar lain, ia memberikan getaran yang lembut dan selesa ketika anda menaip atau bermain permainan dalam talian. 

Pada harga RM849 bagi storan 4GB+64GB dan RM 999 bagi storan 6GB+128GB serta fungsi yang terbina, model Poco M4 Pro 5G ini boleh dianggap berada di peringkat sederhana baik namun memuaskan dari segi penggunaan. 

Dari segi kesesuaian, penulis berasa ia lebih sesuai buat individu yang gemar bermain permainan dalam talian. 

Poco M4 Pro 5G boleh didapati di kedai-kedai Xiaomi berdekatan anda atau melalui Shopee dan Lazada untuk pembelian secara atas talian. - Getaran, 13 November 2021

Gambar: Poco

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

2

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

3

Karier 2 tahun yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

4

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini