Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kala Mumbai Melambai...

Pengarang Gaya Hidup dan Hiburan Getaran menceritakan suasana hiruk-pikuk kota Mumbai di India.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Oct 2021 6:38PM

Stesen Kereta Api Victoria Terminus, Mumbai. Gambar: Sonika Agarwal, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acap kali menonton filem Hindustan, kota ini pasti menjadi latar belakang utama. Manakan tidak? Nama Bollywood lahir di sini dan dari situlah ia dijulang sebagai pusat perfileman India. 

Namun, di sebalik kemilau glamor Bollywood, Mumbai turut menempa nama sebagai salah sebuah kota di India yang paling chic dan trendy seiring dengan ekonominya yang semakin pesat membangun. 

Semua ini berkat sejarahnya yang kaya serta jumlah populasinya yang tinggi. 

Sekiranya belum pernah ke India, pasti ramai yang mempunyai tanggapan tersendiri mengenai kota Mumbai ini. 

Ada yang membayangkan kemegahan Bollywood dan ada juga yang menyangka ia dicemari kemiskinan. Saya yakin, ini juga gara-gara fenomena filem Slumdog Millionaire yang telah merangkul anugerah berprestij Academy Awards di Hollywood dahulu. 

Yang pasti, kesemua gambaran ini hanyalah hasil daripada apa yang pernah didengari atau dilihat di media massa. Kalau bertanya pada sahabat handai, mungkin jawapannya berbeza juga. 

Penerbangan yang hanya memakan masa lima jam lebih dari Kuala Lumpur ke Mumbai memudahkan perjalanan. Malah semakin dekat dengan detik pendaratan, penumpang di pesawat pasti dapat melihat dari jendela kapal terbang betapa padatnya penempatan seluruh kota Mumbai. 

Gambar: Alfarnas Solkar, Unsplash
Gambar: Alfarnas Solkar, Unsplash

Perjalanan dari lapangan terbang ke pusat kota Mumbai memakan masa yang lama juga. Almaklum, keadaan lalu lintas serta kesesakan jalan raya mereka memang tidak terurus. 

Dari apa yang dilihat, hanya yang 'berani' sahaja dapat memandu di Mumbai. Harus juga bijak bermain hon kalau mahu sampai ke destinasi dengan selamat tanpa kemalangan. 

Trafik di Mumbai
Trafik di Mumbai

Pemandangan sepanjang jalan mirip filem-filem Bollywood yang sering ditonton. Jurang perbezaan di antara yang kaya dan miskin benar-benar ketara. Kemiskinan di kiri-kanan bergaul dengan cebisan kemewahan serta kemodenan di setiap pelusuk kota. 

Bangunan-bangunan lama berdiri megah di sebelah gedung-gedung baru dan ribuan manusia keluar masuk merata-rata. Pengaruh peninggalan zaman penjajahan Inggeris begitu kental kelihatan pada setiap penjuru namun sayang, kebanyakan kompleksnya tidak dipelihara dengan baik.

Sejuta aroma dapat dihidu sambil menyaksikan pemandangan serta mendengar pelbagai bunyian dan suara di kota. 

Untuk pengalaman makan yang enak pergi ke daerah Colaba dan carilah Leopold Cafe. Sebuah kafe di Mumbai yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong seluruh dunia. 

Kafe ini menyajikan makanan asli India utara dan kesemuanya enak belaka. Harganya juga berpatutan maka tidak hairanlah sekiranya ia sering disebut oleh pelancong dan media dunia secara meluas. 

Makanan India Utara di Leopold Cafe
Makanan India Utara di Leopold Cafe

Perlu diingati bahawa sekiranya berkunjung ke India, anda dinasihatkan supaya makan di restoran yang 'sempurna' untuk mengelakkan keracunan makanan kerana makanan jalanan mereka belum tentu dijamin kebersihannya. 

Jadi janganlah kedekut soal selera kerana tiada siapa yang mahu sakit semasa mengembara. 

Lebih menarik lagi, kesemua restoran di India mempunyai pilihan sajian vegetarian bagi mereka yang tidak makan daging. Dan sajian makanan tanpa daging dimasak secara berasingan kerana ramai penganut Hindu yang tidak makan daging. 

Lantas, mencari makanan mesra Muslim sangat mudah. Malah kesemua restoran segera mereka juga mempunyai hidangan alternatif kepada daging, sehinggakan orang yang tak sukakan sayur juga bakal menikmati hidangan berlandaskan sayuran di sini.

Ini kerana setiap sajian vegetarian disediakan dengan cara yang begitu enak dan unik sekali!

Jangan lepaskan peluang ke mercu tanda Mumbai sendiri iaitu gerbang Gateway of India. Tempat ini dipenuhi ribuan manusia yang terdiri daripada penduduk tempatan sehinggalah pelancong asing. 

Gateway of India
Gateway of India

Berhadapan dengan lautan, ia merupakan gambar utama yang sering digunakan di dalam poskad dan cenderahati Mumbai yang lain.

Tidak berapa jauh dari kawasan itu juga adalah deretan butik-butik mewah jenama antarabangsa dan juga tempatan. 

Nama-nama butik para pereka terkenal India turut kelihatan di samping nama-nama Eropah yang lain seperti Giorgio Amani dan sebagainya. 

Di situ juga terletaknya butik pereka fesyen tersohor India Tarun Tahiliani yang mereka busana bagi filem Hindi tersohor Devdas lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.

Bercakap soal busana, tidak lengkaplah perjalanan ke Mumbai jika tidak membeli pakaian asli India. Antara tempat-tempat membeli-belahnya termasuklah Bandra, Linking Road dan juga kedai tersohor, Fab India. 

Kawasan membeli-belah Bandra
Kawasan membeli-belah Bandra

Ajnas rekaan dan corak sari yang boleh ditemui dari harga yang paling mahal sehinggalah yang paling murah. 

Bagi para gadis, terdapat jutaan rekaan serta corak sari manakala bagi para jejaka pula pilihan kurta yang disogokkan juga tidak kurang hebatnya. Sekiranya rakyat Malaysia pulang dari membeli-belah di sana pasti sudah ada pakaian untuk perayaan masing-masing. 

Kain sari cantik dijadikan pakaian tradisional Melayu bagi lelaki dan wanita, manakala kurta lelaki India sesuai buat majlis-majlis rasmi dan digayakan di masjid serta acara-acara keagamaan. Baju Melayu saya sendiri ada yang dibuat menggunakan bahan sari yang telah dibeli di sana.

Membeli-belah aksesori di Mumbai
Membeli-belah aksesori di Mumbai

Selain membeli-belah, pengunjung berpeluang ke Muzium Seni Moden Mumbai untuk menyaksikan karya seniman tempatan dan antarabangsa. Pelawat muzium seni juga diberi peluang melakar hasil seni masing-masing dan meninggalkannya sebagai kenangan.

Sesudah berbelanja, cubalah melawat stesen kereta api Mumbai yang terkenal dan penuh bersejarah iaitu Victoria Terminus. Biarpun sudah lama dibina, ia masih digunakan sebagai salah satu stesen utama untuk mengangkut penduduk dan barangan keluar masuk Mumbai. 

Victoria Terminus
Victoria Terminus

Unsur-unsur sejarah memang kuat di kota ini, kerana ia memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem politik India hari ini.

Di Mumbai juga, anda boleh berkunjung ke Mani Bhavan, rumah agam yang pernah didiami ikon dunia iaitu Mahatma Gandhi, bekas perdana Menteri India yang pernah memperjuangkan hak dan menyatukan rakyatnya di zaman penjajahan Inggeris. 

Mani Bhavan, rumah agam yang pernah didiami Mahatma Gandhi
Mani Bhavan, rumah agam yang pernah didiami Mahatma Gandhi

Rumah yang terletak sekitar 40 minit dari hotel tersohor, Taj, pernah menjadi pusat aktiviti politik Gandhi dari tahun 1917 sampai 1934. Rumah dua tingkat ini menyimpan pelbagai peninggalan sejarah Gandhi, termasuk surat-surat, buku-buku dan pelbagai dokumen penting milik tokoh sejarah itu.

Ruang dalam Mani Bhavan
Ruang dalam Mani Bhavan

Setelah mendalami sedikit sejarah India dan dunia, para pelancong juga berpeluang melihat kehebatan impak agama-agama terpenting di India kala melawati Masjid Haji Ali yang menjadi tempat ramai penduduk setempat memohon doa. 

Bahagian luar Masjid Haji Ali
Bahagian luar Masjid Haji Ali

Makam beliau bukan sahaja dikerumuni mereka yang beragama Islam tetapi penganut agama lain juga yang mempercayai kuasa keramatnya. 

Ruang makam di Masjid Haji Ali
Ruang makam di Masjid Haji Ali

Jika punya waku sempatkan minum petang di Hotel Taj yang terkenal sebagai hotel golongan elit yang kerap didiami para pemimpin serta selebriti dunia. Dengan pemandangan lautan di luar serta gerbang Gateway of India, high-tea petang di situ benar-benar berbaloi!

Hotel Taj dari luar
Hotel Taj dari luar

Dari pengalaman menaiki auto rickshaw atau lebih dikenali sebagai 'tuk-tuk' dengan kadar tambang yang sangat murah, sehinggalah detik mahu pulang tika berada di lapangan terbang, Mumbai akan sentiasa meninggalkan seribu satu kenangan manis bagi mereka yang tahu menikmati suasananya. - Getaran, 31 Oktober 2021

Gambar: Shah Shamshiri dan Zalia Shamsul Bahar

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

2

TARA 1 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Membanggakan! Model Kelahiran Malaysia, Shikin Gomez Dipilih Untuk Berjalan Di Pertunjukan Fesyen Dior

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu