Berita Terkini

2 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 2 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 2 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 2 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 2 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


Melancong Jadi Makin Mudah Dan Jimat Apabila Menyewa Bilik Di Rumah Warga Tempatan

Airbnb memperkenalkan Airbnb Bilik, Airbnb sebagai persediaan ‘menyambut’ 300 juta orang yang akan melancong di seluruh dunia tahun ini. 

TARA Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 4:00PM

Kini aktiviti melancong bukanlah hak milik golongan ‘T20’ sahaja, sesiapa sahaja boleh lakukannya, asalkan bijak membuat perancangan. - Gambar Airbnb

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan berakhirnya pandemik, semakin ramai yang mula ‘bertebaran’ mengintai negara-negara yang belum pernah dijejaki. Lihat platform media sosial yang ada, sana-sini anda boleh lihat kenalan anda sedang bercuti. 

Ada yang melancong di dalam negara, ada yang ke Thailand, ada yang ke Indonesia, malah ada juga yang ‘terbang’ ke benua yang lebih jauh.

Kini aktiviti melancong atau mengembara bukanlah menjadi hak milik golongan ‘T20’ sahaja, bahkan sesiapa sahaja boleh lakukannya, asalkan bijak membuat perancangan. 

Baru-baru ini Airbnb berkongsi perkembangan terbaharu dengan memperkenalkan Airbnb Bilik, Airbnbsebagai persediaan ‘menyambut’ 300 juta orang yang akan melancong di seluruh dunia tahun ini. 

Selain itu, platform tempahan penginapan itu juga akan melancarkan lebih 50 ciri dan peningkatan baharu yang menangani maklum balas yang paling kerap diterima daripada tetamu dan hos, merentasi keseluruhan pengalaman Airbnb. 

Jadi, apa yang anda perlu tahu tentang Airbnb Bilik ini? Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Airbnb bermula dengan pengasasnya menyewakan bilik di dalam rumah untuk orang lain. Idea asal perkongsian penginapan ini menawarkan dua faedah unik. 

Pertama, ia lebih berpatutan untuk tetamu. Lebih daripada 80 peratus  bilik persendirian berharga di bawah $100 (lebih kurang RM443.70) semalam, dengan kadar purata $67 ( lebih kurang RM 297.30) semalam. Kedua, menginap dengan hos adalah cara terbaik untuk bertemu dengan orang baharu dan meneroka sesebuah bandar seperti warga tempatan. 

Tahun ini, AirBnb memperkenalkan kembali idea asal ini setelah menyedari ramai yang mahu mengembara pada harga berpatutan. Maklumlah ekonomi dunia sekarang tidaklah begitu positif. Malaysia misalnya mengalami kemerosotan dalam nilai matawang. Jadi, impaknya cukup terasa apabila mahu berjalan ke luar negara. 

Airbnb Bilik serba baharu adalah hasil maklum balas daripada tetamu sendiri. Setiap Airbnb Bilik mempunyai Pasport Hos, jadi tetamu boleh mengenali hos mereka sebelum membuat tempahan. Terdapat lebih daripada 1 juta penyenaraian, penapis (filter) yang direka semula dan menambah ciri privasi baharu.

Brian Chesky - Gambar Airbnb
Brian Chesky - Gambar Airbnb

“Dengan Airbnb Bilik, kami kembali kepada idea yang memulakan segalanya - kembali kepada etos perkongsian yang menjadi asas penubuhan kami," ujar pengasas bersama dan CEO Airbnb, Brian Chesky. 

“Airbnb Bilik biasanya lebih murah berbanding hotel, dan ia cara yang paling tulen untuk mengalami sesebuah bandar. Inilah jiwa Airbnb,” tambah beliau.

Berikut adalah ciri-ciri Airbnb Bilik yang anda perlu tahu: 

1) Pasport Hos - Eksklusif untuk Airbnb Bilik, Pasport Hos membantu anda mengenali hos sebelum menempah penginapan anda. Hanya klik Pasport Hos untuk melihat gambar yang lebih besar dan butiran yang hos telah kongsi tentang diri mereka, termasuk kampung halaman mereka, pekerjaan mereka, fakta menarik tentang diri mereka, dan banyak lagi. 

2) Kategori Bilik - Bilik di Airbnb mudah ditemui, dengan kategori baharu yang menampilkan 1 juta bilik tidur persendirian yang dipilih khas. Setiap penyenaraian merangkumi akses kepada ruang berkongsi seperti dapur, ruang tamu dan halaman belakang. 

3) Penapis yang direka semula - Airbnb mereka semula penapis ‘jenis penginapan’ untuk memudahkan anda bertukar antara Airbnb Bilik, seluruh kediaman atau semua jenis penginapan. 

Melihat harga purata untuk setiap jenis penginapan kini lebih mudah menerusi penapis harga yang dipertingkatkan yang dikemas kini berdasarkan pilihan anda.

3) Ciri privasi baharu - Semua Airbnb Bilik akan menunjukkan dengan jelas sama ada pintu bilik tidur mempunyai kunci. Halaman penyenaraian juga menunjukkan sama ada bilik mandi berkongsi atau peribadi, dan memaklumkan seandainya ada orang lain selain daripada hos di kediaman semasa anda ingin menginap.

Dianggarkan 300 juta orang yang akan melancong di seluruh dunia tahun ini. - Gambar Airbnb
Dianggarkan 300 juta orang yang akan melancong di seluruh dunia tahun ini. - Gambar Airbnb

50+ ciri dan peningkatan baharu berdasarkan maklum balas anda 

Sebagai persediaan untuk musim perjalanan yang bakal memecah rekod ini, platform ini turut mempertingkatkan hampir setiap aspek perkhidmatan, dan ia dilakukan berdasarkan maklum balas langsung daripada komuniti Airbnb sendiri.

Berikut hanyalah beberapa daripada 50+ ciri dan peningkatan baharu yang dilancarkan untuk tetamu.

1) Paparan harga keseluruhan - Tetamu boleh melihat harga keseluruhan dengan yuran, sebelum cukai, di seluruh aplikasi termasuk dalam hasil carian, penapis harga, peta dan halaman penyenaraian. 

 2) Arahan daftar keluar yang telus - Tetamu kini boleh melihat arahan daftar keluar di halaman penyenaraian sebelum membuat tempahan, dan mereka akan menerima peringatan sebelum mereka meninggalkan kediaman. 

Semasa proses ulasan, tetamu boleh memaklumkan sebarang permintaan yang keterlaluan. Penyenaraian dengan penarafan rendah berulang kali akibat tugasan yang tidak munasabah akan dibuang daripada Airbnb. 

3) Peta yang dipertingkatkan - Digunakan oleh lebih daripada 80 peratus tetamu. Airbnb telah mengemaskini peta dengan prestasi yang lebih pantas, dan lebih banyak hasil semasa carian.

4) Kegemaran yang direka semula - Kegemaran kini termasuk antara ciri yang direka semula, menyimpan dengan satu klik, serta kalendar yang dipertingkatkan yang menunjukkan ketersediaan kediaman dalam senarai kegemaran. 

Tetamu juga boleh menambah catatan pada mana-mana penyenaraian dalam kegemaran, yang memudahkan mereka untuk mengingati sebab mereka menyukainya.

5) Penginapan bulanan yang lebih mudah dan berpatutan - Untuk penginapan melebihi tiga bulan, anda boleh berjimat kerana caj perkhidmatan tetamu akan dikurangkan selepas bulan ketiga.

6) Kredit tempah semula segera – Jika hos membatalkan tempahan dalam masa 30 hari sebelum ketibaan, kebanyakan tetamu akan menerima kredit segera yang boleh digunakan untuk menempah semula penginapan lain dengan serta-merta. - Getaran, 7 Mei 2023 

Untuk maklumat lanjut tentang Airbnb, anda boleh layari Airbnb Newsroom.

Isu Pada

Aiswarya Rai: Aura Nandini Dan Women Empowerment

06 May 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 minggu yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

2

TARA 1 bulan yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

3

TARA 3 bulan yang lalu

Palais Garnier, Lokasi 'The Phantom Of The Opera' Kini Di Airbnb

4

Selebriti 4 bulan yang lalu

Dilantik Sebagai Duta ‘Salam Taiwan 2023’, Ayda Jebat Rancang Bawa Puteri Sulungnya Ke Sana Selepas Ini

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar