Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


15 Selebriti Berbangsa India Terkenal Malaysia

Industri hiburan Malaysia tidak terlepas daripada menikmati warna-warni kepelbagaian kaum dan bangsa. Ceria dunia lakon layar dan muzik kita dengan kehadiran penggiat seni yang datang daripada pelbagai bangsa.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Oct 2021 11:50AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelebihan dan keunikan negara Malaysia terletak pada rakyatnya yang berbilang kaum dan bangsa. Dengan kepelbagaian ini kita hidup harmoni dan berkongsi bermacam perkara termasuklah makanan, hari cuti, fesyen, sukan dan apa sahaja perkara yang boleh menaikkan nama negara. 

Industri hiburan juga tidak terlepas daripada menikmati warna-warni kepelbagaian ini apabila dunia lakon layar dan muzik kita diceriakan dengan kehadiran penggiat seni yang datang daripada pelbagai bangsa. 

Berikut kami senaraikan antara selebriti berbangsa India yang terkenal di Malaysia.

 

Santesh

Pemilik nama sebenar Shanthesh Kumar ini mula mencuri perhatian ramai apabila lagu nyanyiannya bertajuk 'Amalina' mendapat sambutan hangat di YouTube.

Hasil daripada kejayaan itu, dia terus dipanggil untuk menjadi salah seorang peserta program pertandingan popular Malaysia iaitu 'Big Stage' pada musim kedua.

Sebenarnya, sebelum lagu 'Amalina', Santesh memang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni apabila dia pernah menghasilkan lima album dalam bahasa Tamil.

 

Jaclyn Victor

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai vokal yang sangat dikagumi ramai ini. Jaclyn Victor mula dikenali menerusi program 'Malaysian Idol' pada tahun 2004.

Sejak itu, bintangnya terus bersinar cemerlang dalam bidang nyanyian apabila pernah memenangi hampir kesemua anugerah besar di Malaysia.

Jac selalu disebut sebagai penyanyi kelas pertama negara sebaris dengan Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar.

Sebelum bergelar penyanyi papan atas, Jac membantu ibunya menyara keluarga dengan bernyanyi di hotel dan kelab malam.

 

Resh (Reshmonu)

Sebut sahaja Resh atau dahulu lebih dikenali sebagai Reshmonu, pasti kita akan teringat gaya rambutnya yang ikonik itu. Berbeza dengan penyanyi yang lain, Resh terkenal kerana menyanyikan dan menghasilkan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

Antara lagunya yang terkenal ialah 'Cintaku Pergi', 'Hey Waley' dan 'Walk Away'. Lagu 'Walk Away' pernah dinyanyikan dalam bahasa Melayu dengan tajuk 'Kiranya Tiada Lagi'.

 

Kenchana Devi

Jika anda menonton sitkom 'Puteri' yang terkenal pada tahun 2005, pasti anda masih ingat dengan watak Kamala yang dibawakan Kenchana Devi.

Ketika itulah bermulanya puncak populariti Kenchana yang tidak hanya sebagai seorang pelakon, malah juga sebagai seorang pelawak.

Kenchana disenangi ramai kerana sifatnya yang mudah mesra dan pernah beberapa kali dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular. 

 

Neeta Manisha

Sebelum bergerak solo, Neeta terkenal dengan band yang bernama iamNEETA yang ditubuhkan sekitar tahun 2011. Banyak juga lagu daripada band itu yang terkenal dan dimainkan di corong radio seperti 'Sakit' dan 'Terima Kasih'.

Kemudian Neeta bergerak solo dengan memasuki pertandingan nyanyian 'Big Stage'. Selepas itu, dia mula berkecimpung dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

 

Denes Kumar   

Gambar Fail Bernama
Gambar Fail Bernama

Merupakan pelakon Malaysia yang banyak membintangi filem berbahasa Tamil. Antara filemnya yang menjadi perhatian ialah Vedigundu Pasangge serta beberapa projek lain seperti Ere Vazhi Ille and Vetti Pasanga.

Kini, Denes Kumar tidak hanya bergelar seorang pelakon, malah pengacara dan penerbit. Walaupun beliau belajar dalam bidang kejuruteraan komputer, namun impiannya untuk berada dalam industri perfileman sudah bertapak lama. 

 

Sangeeta Krishnasamy

Gambar Fail
Gambar Fail

Gadis yang fasih berbahasa Tamil, Melayu dan Inggeris ini tidak hanya berbakat, malah bijak. Sangeeta merupakan mahasiswa jurusan undang-undang Universiti of London.

Kerjayanya dalam bidang hiburan bermula apabila dia mula membintangi filem Tamil Vetti Pasanga dan Vennira Iravugal dan pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa.

Pada tahun 2017, namanya mula dikenali di Malaysia apabila memegang watak utama dalam filem Adiwiraku arahan Eric Ong.

 

C. Kumaresan

Dia pernah membintangi filem Ennaval bersama Sangeeta yang memenangi Anugerah Juri di Filem Aksi Jenayah Terbaik di Filem Festival Tamil di Toronto.

Di Malaysia, C.Kumaresan mula dikenali sebaik sahaja melakonkan watak DSP Kumar dalam drama bersiri 'Gerak Khas'. Lama kelamaan, tawaran yang diterimanya semakin banyak apabila turut membintangi pelbagai drama Melayu seperti 'Anak Merdeka' dan 'Mata Ketiga'.

 

Bala Ganapathi William

Dia yang lebih dikenali sebagai BGW dilahirkan di Sungai Petani, Kedah. Walaupun belajar dalam bidang kejuruteraan, namun cintanya terhadap bidang lakonan tidak boleh disangkal lagi.

Kini, dia tidak hanya menjadi seorang pelakon, malah turut terlibat dalam hal-hal penerbitan filem, pengagihan filem, penghasilan muzik dan juga penerbitan kandungan digital. Setakat tahun ini, BGW telah menjadi watak utama untuk 20 filem Tamil di Malaysia.

Pada umur 19 tahun, dia sudah menjadi pengacara di ASTRO Vaanavil. BGW juga pernah memenangi banyak anugerah seperti Most Promising Artist of the Year, Sivaji Ganesan Award.

 

Jasmin Michael

Dia merupakan pelakon yang mula popular dengan filem seperti Athma.

Kemudian, Jasmin Michael mula berlakon menerusi filem Estet arahan Mamat Khalid. Kerana filem itulah dia dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.

Dia kemudian berlakon di filem Undercover Rascals pada tahun 2011.

 

Kavita Sidhu

Tidak hanya seorang pelakon, Kavita Sidhu sebenarnya seorang peragawati, pengacara dan penerbit filem. Kerana wajahnya yang jelita, Kavita merupakan model tersohor di pentas peragaan.

Antara filem terbaik yang dibintanginya adalah Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, 1957: Hati Malaya dan Tanda Putera.

 

Arwind Kumar 

Terkenal dengan watak Makcik Rosmah, Arwind Kumar adalah selebriti media sosial yang mencuri perhatian ramai. Di sebalik keperibadian umumnya yang lantang dan ceria, Arwind Kumar pernah dibuli menyebabkannya mengalami social anxiety.

Kini, Arwind perlahan-lahan membina keyakinan dirinya menerusi watak Makcik Rosmah di Instagram. Dia mencuri tumpuan pengguna media sosial kerana sering mengupas isu-isu semasa. 

 

Mugen Rao 

Lebih dikenali dengan gelaran MGR, Mugen Rao mewarisi bakat seni daripada ayahnya yang juga merupakan seorang penghibur. Kerana sejak kecil mendekati muzik, dia mula berkecimpung dengan dunia penulisan lirik dan membuat persembahan pentas.

Sebagai pelakon, yang bermula dengan watak kecil dalam filem Senandung Malam, nama Mugen kini semakin tersohor dek memenangi rancangan realiti 'Bigg Boss' musim ke-3 di India. Menurut laporan Bernama, Mugen juga telah menandatangani kontrak tiga filem Kollywood.

 

K. Karnan G

Lebih dikenali sebagai seorang rapper dan pelakon, nama Karnan mula melonjak menerusi filem Jagat dan Geethaiyin Raadhai. Dia turut membintangi beberapa filem pendek, antaranya, 'Kick-Start' arahan S. Balasundaram. Filem pendek ini telah memenangi BMW Shorties People’s Choice Award pada tahun 2010.

Video muziknya bersama kumpulan The Outlaw yang sering menjadi perhatian ialah 'En Tamilzhaada' yang memberi tribute kepada para pemuisi dan penulis dan kepentingan memelihara bahasa untuk anak cucu mereka.

 

CJL (Logeswara Rao)

Membesar di Johor, CJL selalu mendengarkan lagu-lagu daripada AR Rahman, Ilaiyaraaja dan Yuvan Shankar Raja.

Bapanya pula memang selalu menyanyikan lagu hip hop. Sejak di bangku sekolah, dia telah membuat persembahan dan antara yang paling utama, persembahan di hadapan Keluarga Diraja Johor.

CJL kemudian berjinak-jinak menulis lirik. Antara lagu yang menjadi perhatian ramai ialah 'Lepak Mamak' yang dinyanyikannya bersama-sama Santesh.

Seronok melihat bagaimana tekad dan semangat para selebriti ini memajukan industri seni di negara kita. Syabas! - Getaran, 31 Oktober 2021

Gambar utama: Instagram Jaclyn Victor, Mugen Rao, Sangeeta Krishnasamy

Semua gambar lain: Instagram setiap selebriti, kecuali tertera

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini