Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 8:55AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aneka tontonan kami kongsikan minggu ini. Ada filem Hindi, tetapi tanpa nyanyi-nyanyian, ada siri keagamaan bersulam supernatural dari Hollywood, ada juga dokumentari tentang sebuah kejadian tragis di India. 

Jom, teruskan membaca. Mungkin ada cadangan kami yang boleh temani anda minggu ini. 

 

The House of Secrets: The Burari Deaths (Netflix)

Dokumentari arahan Leena Yadav dan Anubhav Chopra ini berkisar tentang kejadian benar yang berlaku di Burari, India pada 2018 apabila 11 ahli keluarga telah ditemui mati beramai-ramai dalam keadaan yang penuh misteri.

Lebih aneh apabila kesemua ahli keluarga tersebut mati dalam keadaan leher tergantung menggunakan kain-kain sari panjang di suatu sudut di dalam kediaman mereka. Sari-sari panjang yang bergantungan rapat itu kelihatan seperti akar-akar pokok Banyan.

Pada awalnya, pihak polis Delhi mengesyaki kejadian ini adalah suatu jenayah pembunuhan tetapi siapa yang mahu membunuh kerana keluarga ini amat disenangi di kalangan semua penduduk di kejiranan mereka.

Dan, jika mereka dibunuh, mengapa terdapat bangku-bangku di sekitar mereka kematian mereka itu? Kematian 11 ahli keluarga ini telah mengejutkan seluruh masyarakat di India. Saksikan, House of Secrets: The Burari Deaths di Netflix. - Ellyna Ali

 

'Anne With An E' (Netflix)

‘Anne With An E’ adalah sebuah drama bersiri Netflix yang diadaptasi daripada karya klasik terbitan tahun 1908 berjudul ‘Anne of Green Gables’ oleh Lucy Maud Montgomery. Siri ini dibintangi oleh barisan pelakon berbakat seperti Amybeth McNulty, Geraldine James, R. H. Thomson dan Dalila Bela.

Drama ini mengisahkan tentang seorang anak yatim berumur 13 tahun yang sedang mencari cinta dan tempatnya di dunia ini.

Cerita ini mengajak para penonton untuk melihat dunia dari perspektif seseorang kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarganya sendiri dan ketika berada dalam rumah anak yatim, Anne sering dihina dan dilontarkan perkataan keji kerana penampilannya yang kurang cantik.

Namun, ternyata Anne seorang yang bijak dan mempunyai daya imaginasi luar biasa yang mampu mengubah dunia. 

Bagi penulis, cerita ini berhasil memadukan kisah klasik Anne dengan elemen-elemen modern yang sesuai dengan peredaran masa.

Malah jalan cerita drama ini mampu mencuri dan menyentuh hati para penonton. Jika anda berminat, siri ini boleh ditonton di platform penstriman Netflix. - Sara Mack Lubis

 

Pad Man (Netflix)

Adaptasi dari kisah benar, filem komedi Hindi namun berat ini diarahkan oleh pengarah, R. Balki. Ia menampilkan bintang papan atas Bollywood seperti Askhay Kumar, Sonam Kapoor dan Radhika Apte sebagai pemeran utama.

Pad Man berkisahkan tentang kehidupan Arunachalam Muruganantham (Askhay Kumar), seorang pemuda kampung Coimbatore, Tamil Nadu yang bercita-cita besar dalam menyelesaikan permasalahan tuala wanita dalam kalangan penduduk kampung yang miskin.

Atas cintanya terhadap si isteri Pari Walia (Sonam Kapoor), Arunachalam berikrar untuk mencipta satu jenama tuala wanita kos rendah untuk kesenangan isterinya serta kaum wanita serta gadis kampung yang daif.

Namun atas faktor sosial dan budaya, niat baik Arunachalam dipandang serong oleh penduduk kampung, sehingga mengakibatkan terjadi sengketa antara dia dengan isterinya yang malu akibat perbuatan suaminya itu.

Apakah yang terjadi setelah itu? Apakah Arunachalam akan berputus asa dan meninggalkan niat baiknya ini dek desakan masyarakat yang jumud dan kolot? Jom tonton Pad Man di Netflix! -  Zaidi Che

 

25 Filem Ikonik James Bond (Astro GO)

Siapa yang tidak kenal dengan watak perisik fiksyen tersohor dunia, James Bond, ejen 007.

Dari novel nukilan Ian Fleming, watak fantasi ini telah difilemkan dan sehingga kini sudah ramai yang memainkan perisik ikonik tersebut sejak ia difilemkan pada tahun 1963.

Sehingga 7 November ini anda boleh menonton 25 buah filem James Bond tanpa henti di saluran Astro dan aplikasi Astro Go.

Jika anda peminat tegar ejen 007 anda pasti ingin mengalami semula semua babak dan aksi yang pernah James bond lewati. - Shah Shamshiri

 

 

'Midnight Mass' (Netflix)

Semasa ia mula ditayangkan, 'Midnight Mass' menarik perhatian umum kerana menampilkan watak seorang syerif yang beragama Islam.

Bukan hanya itu, ada juga babak di mana syerif ini solat berjemaah bersama anaknya serta ada babak-babak perbincangan agama bersama penduduk dan bapa dan anak.

Midnight Mass ialah siri yang sebenarnya berlatarbelakangkan penduduk sebuah pulau kecil dan gereja yang menjadi ‘pusat aktiviti’ pulau itu.

Tak ada apa yang luar biasa sebenarnya, sehingga paderi utama di gereja pulau ‘sakit’ dan digantikan dengan paderi lebih muda.

Selepas itu, ada pula watak seorang wanita yang obses dengan agama yang cuba mengapi-apikan pelbagai jenis sentimen. Membawa kepada penghujung siri ini, yang penulis syak mereka yang sudah tonton akan kata, ‘padan muka’.

Sebagai seorang peminat siri dan filem dengan unsur supernatural, penulis merasakan siri 'Midnight Mass' ini menghiburkan. Seram? Tidak terlalu.

Tetapi boleh membuatkan kita berfikir sejenak tentang keadaan kita sekarang, adakah kita boleh berfikir secara rasional? Cukup beranikah kita untuk menjauhkan diri daripada kesesatan walaupun semua orang berkata itu kebenaran? - Ili Farhana - Getaran, 31 Oktober 2021

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini