Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Perkara Perlu Buat Sebelum Keluar Bercuti

Jangan tinggalkan rumah begitu sahaja kalau hendak pergi bercuti. Ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan keselamatan rumah anda terjamin.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 6:20PM

Gambar: Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah sekian lama kita tidak bercuti akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Rata-rata warga Malaysia sudah menghadapi tempoh berkurung hampir dua tahun di kawasan masing-masing akibat perintah kawalan pergerakan.

Kini, kita dapat lihat sektor pelancongan sedang perlahan-lahan dibuka bagi menstabilkan ekonomi negara. Sebagai contoh, Langkawi adalah kawasan yang pertama dibuka pada 16 September 2021 dan hanya khusus kepada rakyat Malaysia sahaja. 

Bukan itu sahaja, kini kelonggaran rentas negeri juga telah dibenarkan untuk mereka yang telah lengkap dua dos vaksin. Tentunya ramai orang mahu pulang menziarahi keluarga di kampung.

Tenggelam dalam rasa teruja, kita mungkin terlupa hal-hal penting yang perlu dilakukan sebelum kita melangkah keluar dari rumah untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman. 

Ini lima perkara yang perlu anda ingat: 

 

Pastikan Semua Pili Air Ditutup Dan Matikan Elektrik

Air dan elektrik di dalam rumah adalah perkara yang sangat penting. Setiap penghuni rumah haruslah sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain tentang kepentingan menjimat kedua-dua tenaga ini. 

Tidak kira sekecil lampu atau paip air di rumah, pastikan semuanya ditutup dan dimatikan sebelum anda melangkah keluar. 

Litar pintas boleh berlaku bila-bila masa pada barang sambungan sumber elektrik seperti kipas, televisyen, wayar lanjutan pada plag yang tidak dicabut dan lain-lain. Ia boleh menyebabkan kebakaran di rumah anda. 

Manakala jika air tidak ditutup, bil air akan melambung tinggi kerana air mengalir di dalam rumah tanpa henti. 

Bayangkan anda tinggalkan rumah anda tiga hari, selama 72 jam air anda mengalir di dalam rumah. Jadi pastikan semua paip dan pili ditutup rapat. Kalau mahu lebih selamat lagi, tutup terus sumber air utama di rumah. 

 

Kunci Rumah Dengan Teliti

Sering kali kita mendengar kes rompakan berlaku ketika musim cuti perayaan atau cuti sekolah setiap tahun. Langkah keselamatan perlu diambil bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

Kunci semua jenis pagar serta tingkap yang ada di rumah. Termasuklah tingkap tandas mahu pun bilik stor atau bilik pembantu yang boleh dibuka dari luar. 

Gunakan mangga atau rantai jika perlu. Lebih molek lagi jika anda mempunyai sistem penggera keselamatan. 

Ini kerana kita tidak tahu dalam tempoh kita tiada di rumah, siapa yang memerhatikan atau lalu lalang di kawasan perumahan kita.  

Betul malang tidak berbau dan kes rompakan tetap terjadi walaupun semuanya sudah dikunci. Setidak-tidaknya, inisiatif perlu diambil bagi mencegah perkara ini berlaku.

 

Mengosongkan Takungan Air

Perhiasan atau landscape rumah amat penting kepada kebanyakan pemilik rumah tidak kira rumah flat, teres, pangsapuri dan lain-lain. 

Namun perlu dilihat jika anda mempunyai kawasan takungan air seperti bekas pasu, tayar bunga yang dijadikan perhiasan, awas! Anda sedang mengundang pembiakan nyamuk aedes ketika anda tiada di rumah. 

Pastikan anda membuang air takungan yang berada di kawasan rumah anda bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik. 

Bagi rumah yang mempunyai tanaman air di dalam kolam, masukkan ubat tanaman air atau letakkan beberapa ekor ikan perhiasan bagi mengelakkan nyamuk singgah bertelur. 

Bukan itu sahaja, kawasan-kawasan air takungan seperti air di tandas dan kolah air juga perlu dikosongkan atau ditutup ketika anda keluar bercuti. 

 

Semak Semula Persiapan

Perkataan 'lupa' atau 'alpa' kerap kali berlaku kepada segelintir individu. Selalunya berpunca daripada situasi yang kelam kambut atau terlalu banyak perkara untuk difikirkan dalam satu masa. 

Majoriti individu akan sibuk berkemas apabila sudah mendekati tarikh untuk mereka keluar bercuti. Kuantiti barang yang perlu dibawa jika anda mahu keluar bercuti bergantung kepada individu. 

Tidak kisah la berapa banyak pun barang yang anda bawa, sebelum bertolak, pastikan anda membuat semakan semula terutamanya barangan penting seperti pasport, tiket penerbangan atau telefon bimbit bagi yang ingin bercuti di luar negara. 

Bagi yang sudah berkeluarga, suami sebagai ketua rumah perlulah mengambil tanggungjawab ini untuk mengelakkan ada barang yang tertinggal. 

Tiada masalah untuk membuat semakan dua hingga tiga kali sebelum anda meninggalkan rumah. 

Waktu perjalanan akan terganggu jika anda terpaksa berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal akibat tidak membuat semakan semula sebelum bertolak.

 

Berpesan Kepada Jiran

Berpesan-pesan adalah satu amalan yang mulia di sisi agama dan ini langkah terakhir yang disarankan ketika hendak keluar rumah untuk bercuti. 

Tujuannya adalah untuk memaklumkan yang anda akan tiada di rumah untuk beberapa hari dan dapat bantu untuk memperhatikan rumah ketika anda tiada. 

Komunikasi sesama jiran sangat penting kerana anda boleh bertanya keadaan semasa rumah ketika bercuti. Terdapat kes pecah masuk rumah yang berlaku tanpa disedari sedangkan jiran anda berada di rumah kerana mereka beranggapan orang sebelah mahu berpindah rumah.

Tuntasnya, diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua orang supaya menghindari perkara-perkara yang tidak diingini berlaku semasa kita tinggalkan rumah untuk bercuti.

Semoga sentiasa jaga diri dan selamat bercuti. - Getaran, 24 Oktober 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Antara 10 Destinasi Pilihan Pelancong China

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Itu Rakyat Sendiri Yang Mahu, Saya Tak Nak Komen - Ahmad Said

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Adiwira Thor, Chris Hemsworth Bakal Berehat Dari Dunia Lakonan, Disahkan Hidap Alzheimer 

4

TARA 1 tahun yang lalu

Bercuti Ke Kota Bandung, Destinasi Popular Sesuai Untuk Semua

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu