web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adiwira Thor, Chris Hemsworth Bakal Berehat Dari Dunia Lakonan, Disahkan Hidap Alzheimer 

Chris Hemsworth mendapat tahu mengenai penyakit itu ketika menjayakan dokumentari Disney terbaharunya, Limitless yang berkisar tentang kematian. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 10:15AM

Chris Hemsworth - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Chris Hemsworth akan bercuti daripada kerjaya lakonan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer. 

Dia mendapat tahu mengenai penyakit tersebut ketika menjayakan siri dokumentari Disney terbaharunya, 'Limitless' yang berkisar tentang kematian. 

Menurut laporan Vanity Fair, ketika menjayakan penggambaran siri dokumentari itu, Hemsworth mendapati dia mempunyai kecenderungan sebanyak 8 hingga 10 kali untuk mendapat penyakit Alzheimer berbanding individu lain. 

Dalam episod kelima siri dokumentari ini, Hemsworth telah menemui Dr Peter Attia iaitu pakar perubatan dan menjalani beberapa siri ujian genetik. 

“Kami telah membuat setiap ujian darah dan anda mempunyai dua Salinan APOE4. Satu set daripada ibu anda dan satu set daripada bapa anda,” kata Attia memberitahu Hemsworth di dalam siri itu.

APOE4 adalah gen yang mempunyai korelasi terkuat terhadap perkembangan penyakit Alzheimer namun tidak banyak yang diketahui mengenainya.

"Memikirkan bahawa saya tidak akan dapat mengingati kehidupan yang saya pernah lalui, atau isteri saya, anak-anak saya, ia mungkin ketakutan terbesar saya," kata Hemsworth. 

Bintang Avengers ini juga mendedahkan bahawa datuknya juga menghidap penyakit yang sama. 

“Dia tidak dapat mengingati cucu-cucunya, bahkan anak-anaknya selama bertahun-tahun. Ia sungguh menyedihkan,” katanya. 

Sehubungan itu, aktor yang berasal dari Australia,  yang berusia 39 tahun ini telah mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan dan menumpukan masa untuk keluarganya.

Adiwira Thor ini memiliki tiga cahaya mata iaitu anak perempuannya India,10, dan anak lelaki kembar, Tristan serta Sasha, 8, hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Elsa Pataky, 46 tahun. – Getaran, 24 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Gaya 7 bulan yang lalu

Itam: A Sun Bear Story, Dokumentari Ikon Ekopelancongan Negara Sempena VM2026

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Tonton Dokumentari Khas Menjunjung Kasih Tuanku Terbitan BERNAMA TV

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walkabout Asia Galak Lebih Banyak Penghasilan Dokumentari Tempatan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Berehat dan Manjakan Diri Ke Hotel Yang Menjanjikan Pemandangan KLCC

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa