web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Itu Rakyat Sendiri Yang Mahu, Saya Tak Nak Komen - Ahmad Said

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 5:27PM

Ahmad Said - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said enggan mengulas lanjut mengenai isu ketiadaan Menteri Besar Terengganu yang didakwa bercuti ketika rakyatnya, ‘menderita’ akibat banjir buruk melanda negeri berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Mantan Menteri Besar Terengganu itu berkata, beliau tidak mahu memberikan komen kerana Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih sendiri rakyat di negeri itu.

“Itu yang mereka (rakyat) mahu, saya tak nak komen lah,” katanya ringkas kepada Getaran.

Ahmad berkata, beliau mahu memberikan tumpuan terhadap banjir besar melanda beberapa daerah di negeri berkenaan, termasuk Kemaman.

Jelasnya, Kemaman menjadi daerah paling teruk terjejas dalam banjir pada tahun ini apabila lebih 11,000 mangsa dipindahkan akibat kediaman mereka dinaiki air.

Bagaimanapun, katanya, banjir pada tahun 2013 dan 2014 adalah lebih buruk, berbanding ketika ini.

“Setakat ini sudah lebih 11,000 dipindahkan, Kemaman paling teruk, tapi tidaklah seteruk tahun 2013 dan 2014.

“Namun saya harap semua pihak, terutama penduduk supaya tetap berwaspada sepanjang masa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, spekulasi mengenai keberadaan Ahmad Samsuri ketika rakyat Terengganu berdepan banjir hangat diperkatakan, apabila beliau tidak kelihatan ketika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melawat beberapa PPS di negeri itu, semalam.

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi siaran langsung di media sosial turut mendakwa Ahmad Samsuri Mokhtar sedang bercuti bersama keluarga di Auckland, New Zealand.

Beliau menegaskan, pemimpin itu serta isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Disember lalu dan dijangka pulang esok.

Dia juga mendakwa mempunyai maklumat terperinci berhubung percutian Ahmad Samsuri di negara berkenaan, termasuk resit kereta sewa.

“Maknanya, bulan madu dengan isteri dia itu lebih penting daripada ini (penderitaan rakyat),” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan Terengganu yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun Ahmad Samsuri tiada di dalam negeri, beliau mempengerusikan mesyuarat secara dalam talian setiap hari.

“Untuk berlaku adil, MB (Menteri Besar) tetap memantau semua (perkembangan) melalui mesyuarat online (dalam talian) setiap hari. Bukan hanya banjir, tapi semua perkara.

“Daripada aspek pengurusan dan kerja lapangan, SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Pegawai Daerah (DO) yang buat kerja,” katanya.

Namun, beliau mengakui kerajaan tidak menjangkakan mangsa banjir akan membabitkan lebih 40,000 mangsa di negeri tersebut, namun pengurusannya masih terkawal.

“Yang 40,000 (mangsa) itu kita tak jangkakan, tapi kita masih boleh menguruskan semuanya, fasiliti semua mencukupi dan tiada malapetaka besar terhadap mangsa.

“Ini bermakna segala persediaan dan SOP (prosedur operasi standard) memang ditepati,” katanya.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 40,456 orang daripada 11,097 keluarga, berbanding 39,311 orang daripada 10,937 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan, semua mangsa itu sedang berlindung di 299 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.

Kemaman merekodkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 9,147 orang yang ditempatkan di 30 PPS, Besut (8,536 orang, 88 PPS), Hulu Terengganu (5,893 orang, 49 PPS) dan Dungun (4,419 orang, 40 PPS).

Manakala, Setiu membabitkan seramai 4,352 orang di 52 PPS, Kuala Nerus (3,597 orang, 16 PPS), Kuala Terengganu (2,777 orang, 12 PPS) serta Marang (1,735 orang, 12 PPS). - Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad