Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Atasi Masalah Kulit Kering Dengan 'Body Butter'

Jika anda memiliki kulit kering jangan susah hati, kerana anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dan lembap dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Kata kuncinya, jangan malas!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 8:59AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Untuk sentiasa tampil menawan, anda tidak boleh malas. Ada  beberapa rutin kecantikan yang tidak boleh diabaikan seperti penjagaan wajah dan kulit keseluruhannya. Jika malas, tidak mustahil anda akan berdepan masalah kulit kering. 

Kulit kering sudah pasti menjejaskan penampilan. Mana tidaknya, kulit nampak berkedut, kasar, kusam, mengelupas serta mengundang rasa gatal dan pedih jika digaru.

Jika anda memiliki kulit kering jangan susah hati, kerana anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dan lembap dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Kata kuncinya, jangan malas!

Gambar hiasan: Pexels
Gambar hiasan: Pexels

Salah satu cara untuk mendapatkan kulit sihat, lembap dan berseri ialah dengan menggunakan body butter. Mungkin ada di antara anda kurang pasti apa sebenarnya kegunaan body butter.

Adakah ia sama seperti losyen badan atau sebaliknya? Baiklah, body butter dan losyen badan tidaklah sama. Selain mempunyai tekstur berbeza, body butter juga tidak boleh mencerahkan kulit. 

Sebaliknya, body butter berfungsi untuk melembapkan kulit dengan kadar kelembapan paling tinggi.  Sebab itulah, teksturnya seperti ‘mentega’ kerana ia mengandungi kadar lemak padat yang tinggi daripada shea butter atau cocoa butter

Kandungan pelembap yang tinggi dalam body butter membantu menjaga kelembapan kulit, mencegah kulit menjadi kering, mencegah munculnya garis-garis halus, serta kedutan yang ada di kulit. 

Sangat ideal digunakan di bahagian siku, lutut, tumit dan kaki memandangkan bahagian ini paling terjejas jika kulit kering. 

Gambar hiasan: Pexels
Gambar hiasan: Pexels

Ada beberapa cara menggunakan body butter yang perlu anda ketahui agar mendapat hasil terbaik. Ikuti panduan berikut:

* Pakai atau oleskan body butter selepas mandi di waktu pagi, petang dan sebelum tidur. Ini kerana selepas mandi, pori-pori kulit terbuka dan ini membolehkan bahan-bahan yang terkandung dalam body butter menyerap dengan baik. Ini memberikan manfaat pada kulit tubuh untuk melakukan regenerasi sel.

* Oleskan body butter ke bahagian tubuh yang kering seperti siku, lutut, kaki, tumit dan bahagian-bahagian lain yang terjejas.

* Jika mempunyai masalah stretch mark, oleskan body butter di bahagian terbabit secara rutin untuk mengurangkan penampilan yang tidak cantik pada pandangan mata. 

* Selain itu, anda juga boleh menggunakan body butter untuk urutan badan. Wangian yang ada pada produk ini boleh memberi kesegaran serta menenangkan fikiran. 

Jika anda masih belum punya body butter di rumah, salah satu jenama yang boleh dijadikan pilihan ialah The Body Shop Body Butter.

Gambar: The Body Shop
Gambar: The Body Shop

Terdapat beberapa varian body butter yang tersedia daripada jenama antarabangsa ini iaitu Strawberry, Avocado, British Rose, Shea Butter, Argan, Almond Milk dan Olive.

The Body Shop Body Butter sebenarnya sudah lama menjadi pilihan ramai, terutamanya mereka yang mementingkan penggunaan bahan-bahan semula jadi dalam produk kecantikan yang mereka gunakan. 

Mula diperkenalkan pada 1992, produk yang sentiasa menjadi pilihan ramai ini sentiasa tampil dengan formula yang diperbaharui. Kali ini The Body Shop mempersembahkan ‘New Avocado Body Butter’.

Menggunakan buah yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan, kandungan avokado dalam body butter ini memberikan kelembapan kulit sehingga 96 jam dan ia sangat sesuai untuk jenis kulit kering dan sangat kering.

Gambar: The Body Shop
Gambar: The Body Shop

Penggunaannya memberikan kelembapan yang maksimum sehingga kulit terasa lebih lembut dan halus tanpa rasa melekit. 

Kesemua varian The Body Shop Body Butter diiktiraf oleh The Vegan Society dan ia dibuat dengan menggunakan sekurang-kurangnya 95 peratus bahan-bahan semula jadi, termasuklah shea butter buatan tangan dari Ghana.

Selain menggunakan body butter, anda juga boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mengatasi masalah kulit kering:

1) Elakkan menggunakan air yang terlalu panas ketika mandi

Jika cuaca sejuk, anda boleh mandi menggunakan air panas. Tetapi pastikan suhunya tidak melebihi suhu normal tubuh badan. Air panas akan menghilangkan lembapan semulajadi kulit. Selain itu, janganlah mandi terlalu lama dengan air panas. Memadai selama 5 hingga 10 minit.

2) Gunakan sabun khusus untuk kulit kering

Tidak semua sabun atau gel mandian sesuai untuk kulit kering. Jadi, carilah produk yang berlabel untuk melembapkan kulit. Jika kulit anda kering dan sensitif, elakkan sabun yang mengandungi pewangi kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan-merahan.

Jangan tak tahu, sabun yang bersifat antibakteria juga kadangkala boleh menyebabkan masalah kulit kering kerana bahan-bahan yang digunakan kadangkala mengandungi alkohol.

3) Jangan gunakan tuala daripada fabrik kasar

Jangan gunakan tuala daripada bahan atau fabrik kasar. Ini kerana fabrik yang kasar boleh menyebabkan lapisan kulit rosak dan menyebabkan iritasi. Selain itu, elakkan mengosok-gosok tubuh badan, sebaliknya keringkan badan dengan menepuk tuala secara perlahan-lahan di seluruh tubuh badan.

4) Minum air secukupnya

Jika tubuh badan kurang air, sudah pastilah kulit juga menjadi kering tidak bermaya. Jadi, jangan lupa untuk minum air kosong kira-kira dua liter sehari agar kulit sentiasa sihat dan lembap.

5) Ambil makanan berkhasiat

Pemakanan yang sihat juga menyumbang kulit yang sihat. Ambillah makanan yang mengandungi vitamin A, vitamin E dan Omega-3. - Getaran 23 Oktober 2021

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Lelaki Juga Perlu Titik Beratkan Penjagaan Diri Dan Wajah

2

TARA 1 tahun yang lalu

6 Masker Dari Korea Untuk Wajah Yang Berseri!

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Sayangi Kulit, Guna Produk Yang Memberi Penghidratan Maksimum 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Saya Akan Berterus Terang...” - Sweet Qismina

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah