web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sayangi Kulit, Guna Produk Yang Memberi Penghidratan Maksimum 

Antara penyebab kulit sensitif adalah alahan kepada makanan, persekitaran dan juga aroma wangian daripada produk-produk penjagaan diri.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 7:51PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Antara tanda kulit sensitif adalah ia terasa tegang, kering dan gatal. Mereka yang memiliki kulit sensitif pasti sangat berhati-hati dalam menggunakan produk rawatan kecantikan. Ini kerana jika tersalah pilih, kulit mudah menjadi kemerah-merahan, terlalu kering serta kegatalan yang melampau.

Antara penyebab kulit sensitif adalah alahan kepada makanan, persekitaran dan juga aroma wangian daripada produk-produk penjagaan diri.

Adakah anda di antara mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif? Masih tidak pasti? Okay, mereka yang memiliki kulit kering, mempunyai liang pori yang hampir tidak kelihatan serta kulit nampak kusam dan kasar.

Berkemungkinan juga terdapat tompok-tompok kemerahan dan garisan halus serta kedutan pada kulit. Jika semua ciri-ciri itu ada pada anda, sah anda memiliki kulit kering.

Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan kulit kekal hidrat dalam tempoh yang panjang? Jawapannya sudah tentu, anda perlu menggunakan produk rawatan wajah yang tepat, selain perlu memastikan pengambilan air kosong yang secukupnya.

Cetaphil Optimal Hydration Untuk Kulit Kering, Ternyahhidrat Dan Sensitif!

Jenama yang terkenal dengan rangkaian produk penjagaan kulit sensitifnya, Cetaphil baru-baru ini memperkenalkan rangkaian Optimal Hydration. Dengan kepakaran lebih 70 tahun dalam bidang penjagaan kulit sensitif, dan sebagai jenama penjagaan kulit berasaskan dermatologi nombor satu di Malaysia, Cetaphil memahami bahawa untuk mencapai penghidratan kulit yang optimum, proses penghidratan yang dinamik adalah satu keperluan. 

Oleh itu rangkaian Optimal Hydration baharu ini membawakan penghidratan selama 48 jam yang akan meningkatkan kualiti kulit secara menyeluruh. Rangkaian ini mengandungi kombinasi inovatif asid hialuronik yang menambahkan kelembapan secara mendalam dan HydroSensitiv™ Complex, kompleks yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan kulit dan bunga daisi biru yang melegakan, yang akan membantu menghidrat dan melegakan kulit sensitif secara mendalam. 

Dengan komitmen jenama ini untuk menyediakan penjagaan lengkap bagi kulit yang kering, ternyahhidrat dan sensitif, rangkaian Optimal Hydration menjanjikan manfaat penjagaan penghidratan yang tahan lama untuk melegakan kulit sensitif dan meningkatkan penghidratan dinamik yang mendalam dengan meningkatkan kandungan air pada kulit dan mengekalkan kelembapan selama 48 jam di bahagian yang memerlukan, dan lama-kelamaan keadaan kulit sensitif akan menjadi bertambah baik.

Rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration baharu ini terdiri daripada tiga item iaitu Optimal Hydration 48 Hour Hydration Serum, Optimal Hydration Refreshing Eye Serum dan Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream.

Optimal Hydration 48 Hour Hydration Serum merupakan serum ringan yang mampu menyerap serta-merta apabila disapukan pada kulit wajah. Mengandungi asid hialuronik, minyak biji bunga matahari, minyak shea, pro vitamin B5 dan vitamin E untuk menambahkan penghidratan kulit secara mendalam selama 48 jam dan memperbaiki kualiti kulit dengan menyeluruh.

Optimal Hydration Refreshing Eye Serum pula berfungsi untuk mengurangkan lingkaran gelap dan kesembapan supaya mata kelihatan segar. Serum mata ini mengandungi asid hialuronik, peptida, jojoba dan ekstrak alga, vitamin B5 dan vitamin E.

Sementara Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream mengandungi HydroSensitiv™ Complex, asid hialuronik, niasinamida, vitamin B5 dan antioksidan vitamin E untuk meningkatkan penghidratan kulit dengan giat selama 48 jam, dengan kesan yang lebih lama supaya kulit terasa lembut dan halus.

“Matlamat rangkaian produk ini adalah untuk menyediakan penjagaan penghidratan kulit optimum yang tahan lama, sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, ternyahhidrat dan sensitif. Kini, dengan adanya rangkaian produk Cetaphil Optimal Hydration yang baru dilancarkan ini, mereka yang mengalami masalah kulit kering dan ternyahhidrat boleh menarik nafas lega!  Semua orang memerlukan penghidratan supaya kulit berada dalam keadaan yang terbaik dan kelihatan elok tanpa mengira jenis kulit anda,” ujar Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia, Jessica Chan. 

Duta jenama yang telah lama menggemari jenama ini, Lisa Surihani, turut berkongsi tentang pengalamannya menggunakan rangkaian produk ini. 

“Saya yakin dan percaya, Cetaphil membangunkan produk menerusi pasukan penyelidikannya yang berdedikasi ketika mencipta penyelesaian penjagaan kulit yang baharu ini. Dalam tempoh seminggu sahaja, saya mendapati kulit saya kelihatan lebih licin, sekata dan lembut,” ujar Lisa. 

Lizz Chloe, penyampai radio MYFM turut mengakui manfaat rangkaian ini.

"Saya gembira bila mendapat tahu tentang rangkaian Cetaphil Optimal Hydration baharu. Ia memberikan penghidratan mendalam sehingga 48 jam. Rangkaian produk ini juga membersihkan kulit tanpa kesan yang buruk seperti menjadikan kulit kering serta menghapuskan minyak semulajadi yang penting untuk kulit,” ujar Lizz.

Untuk maklumat terkini mengenai Cetaphil, anda boleh ikuti @cetaphilmy di Instagram atau layari laman sesawang mereka. - Getaran, 26 April 2022

Gambar: Pexel.com / Cetaphil

Berita Berkaitan

1

Gaya 9 bulan yang lalu

Cetaphil Perkenal Rangkaian Baharu Untuk Kulit Sensitif, Ada Sokongan Pakar

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

3

TARA 3 tahun yang lalu

Lelaki Juga Perlu Titik Beratkan Penjagaan Diri Dan Wajah

4

TARA 4 tahun yang lalu

6 Masker Dari Korea Untuk Wajah Yang Berseri!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN