web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Jalan Daft Punk: Imbasan 5 Lagu Terbesar Mereka

Selamat jalan, dua pemuzik 'robot' hebat. Semoga perpecahan Daft Punk ini bersifat sementara, kerana sudah ramai peminat serata dunia yang merindui mereka.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 2:43PM

Daft Punk sewaktu membuat persembahan di Festival Coachella pada tahun 2006. Gambar: Karl Walter / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Duo elektronika legenda, Daft Punk, baru-baru ini mengumumkan perpecahan mereka. Berita mengejutkan ini disampaikan melalui sebuah video yang bertajuk ‘Epilogue’ dan disahkan oleh pegawai seranta mereka, Kathryn Frazier, kepada AFP lewat email. 

Berita perpecahan mereka dengan pantas tersebar di alam maya dan di laman Twitter, ia telah mencetuskan pelbagai jenis ciapan, ada yang sedih, ada yang lucu dan ada yang penuh ibrah. 

Daft Punk yang dianggotai oleh Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo mula dikenali dunia melalui album Homework yang dikeluarkan pada tahun 1997. Imej ikonik mereka berhelmet robot pantas melekat dalam minda pengamat muzik. 

Lagu-lagu awal mereka seperti ‘Around the World’ dan ‘Da Funk’ sering menjadi pilihan utama untuk memenuhi corong pembesar suara kelab-kelab malam sedunia. Album mereka yang seterusnya bertajuk Discovery dan dikeluarkan pada tahun 2001. Ia diisi dengan lagu-lagu seperti 'One More Time' dan 'Harder, Better, Faster, Stronger 'yang banyak diputarkan di serata tempat. Tidak lagi hanya di kelab malam. 

SingleGet Lucky’ yang dikeluarkan pada tahun 2013 menjadi lagu terbesar mereka. Lagu yang dibuat bersama Pharrell Williams dan Nile Rodgers ini berjaya meraih dua anugerah Grammy. Daft Punk turut memenangi dua buah anugerah yang sama untuk album Random Access Memories

Di sini, kami ingin mengajak anda menelusuri jalan kenangan bersama karya-karya terbesar Daft Punk sepanjang hampir 30 tahun kewujudan mereka. Jika ada yang mahu jadikan playlist bersenam, silakan. 

'Around the World' (1997) 

Boleh jadi lagu dengan lirik paling mudah di dunia. Ayat "Around the World" diulang-ulang sepanjang lagu dan berjaya mendapat tempat ketujuh di carta 'Dance Anthem Sepanjang Zaman MTV.'

Pengarah ternama Michel Gondry telah membuat video muzik untuk lagu ini dan ia diisi dengan mumia menari, jerangkung, makhluk asing dan perenang berirama. Kata beliau, “Saya rasa mereka genius kerana mengulang-ulang ayat yang sama dan berhenti sebelum keterlaluan.” 

 'Da Funk' (1995) 

Lagu instrumental dengan asas groove ini diambil daripada album pertama Daft Punk. Ia merupakan hit pertama duo ini dan menjadi lagu klasik muzik house 1990-an. 

Daft Punk yang memang menyembunyikan wajah mereka di belakang helmet motorsikal telah berjaya mendapat pencalonan Grammy pertama mereka lewat lagu ini. 

Video muziknya sedikit sebanyak membantu melariskan single ini juga. Diarahkan oleh pengarah asal Amerika Syarikat, Spike Jonez, videonya menampilkan seorang lelaki bertelinga anjing yang membawa sebuah boom box di jalanan kota New York. 

 'One More Time' (2000) 

Lagu ini memang lagu wajib di lantai dansa sejak 20 tahun lalu. Sebaik sahaja dikeluarkan, ‘One More Time’ terus meraih tangga satu di carta-carta lagu Perancis dan tempat keenam di UK. Vokal auto-tune sumbangan DJ Romanthony menjadikan lagu ini mudah dinyanyikan bersama oleh semua orang. 

Liriknya mudah saja, dan kami pasti anda tahu. "One more time/ We're gonna celebrate/ Oh yeah, all right/ Don't stop the dancing."

Mungkin sebab inilah para pembaca majalah Rolling Stone Amerika Syarikat telah mengundi untuk menjadikan lagu ini Lagu Dance Terbaik tahun 2012. 

 'Harder, Better, Faster, Stronger' (2001) 

Lagu elektro-pop rancak ini diambil dari album kedua Daft Punk dan telah menyumbang satu daripada enam anugerah Grammy milik duo Perancis ini. Seperti lagu-lagu hits Daft Punk lain, liriknya mudah dan berulang-ulang juga. Suara robotik menyanyikan, "Work it harder, make it better," dalam lagu ini turut digunakan oleh rapper Kanye West dalam lagu ‘Stronger’ yang dikeluarkan pada tahun 2007. 

 'Get Lucky' (2013) 

Single yang satu ini menjadi antara lagu mereka yang paling banyak dinyanyikan semula. Cari saja di YouTube. Ada beratus video parodi dan nyanyian semula.

Lagu ini menampilkan penyanyi Pharrell Williams dan melodinya memang mudah melekat di kepala. Khabarnya, Presiden Perancis, Emmanuel Macron pernah bangkit dari kerusinya untuk menari mengikut rentak single ini apabila ia dimainkan oleh kugiran tentera semasa perarakan ketenteraan Hari Bastille tahun 2017.

Penonton lain juga turut kelihatan menikmatinya, kecuali seorang-- mantan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Mungkin beliau mempunyai citarasa muzik yang berbeza. - AFP, 27 Februari 2021

Isu Pada

Syahir Rosdi

27 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 18 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

2

Muzik 2 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

4

Muzik 3 minggu yang lalu

4 Dekad Fauziah Latiff: Kembara Kejujuran, Nostalgia Malar Segar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini