Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


16 Buku Kontroversi Di Malaysia

Berikut kami senaraikan beberapa judul buku yang pernah mencipta kontroversi dalam dunia pembukuan tanah air.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 9:12AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang penulis tidak akan menghabiskan banyak masa menaip sebuah buku hanya kerana dia bosan. Setiap naskhah yang dihasilkan menawarkan sebuah pemikiran dan juga beberapa pandangan yang ingin dikongsikan kepada pembaca walaupun kadangkala kita merasakan ia ditulis dengan cara yang paling bersahaja.

Tugas seorang pembaca pula adalah untuk cuba memahami isi kandungan buku yang dibaca kemudian menimbang sama ada untuk menerima pandangan yang diberikan penulis atau tidak. 

Namun begitu, kadangkala isu atau tema penulisan mereka begitu berbeza dengan sentimen masyarakat sehingga ia mencetuskan provokasi dalam kalangan pembaca. 

Berikut kami senaraikan beberapa judul buku yang pernah menciptakan kontroversi dalam dunia pembukuan tanah air.

 

Putera Gunung Tahan 

Sumber foto: ITBM
Sumber foto: ITBM

Karya Putera Gunung Tahan tulisan Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad pernah menjadi kontroversi apabila ia diharamkan oleh British sebelum kemerdekaan negara ini. 

Novel yang diterbitkan pada tahun 1938 itu mengisahkan tentang Putera Gunung Tahan yang berdepan dengan penjajah iaitu Tuan Robert dan Tuan William.

Pendek kata, novel itu mengkritik penjajah di samping menjentik pemikiran dan mencipta kesedaran bangsa pada waktu itu. 

 

Black Widow

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Novel yang ditulis Raja Azmi ini merupakan antara yang paling laris apabila ia terjual sebanyak 70,000 naskah pada tahun 1993. 

Namun, ia juga mengundang kontroversi memandangkan ia mengandungi unsur seksual dalam tulisannya. Setelah 22 tahun, Black Widow telah diterbitkan semula oleh Merpati Jingga.

 

SHIT

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Salah seorang Sasterawan Negara, Datuk Dr Shahnon Ahmad pernah menulis sebuah novel satira kontroversi bertajuk SHIT sekitar tahun 1999. 

Novel itu ditulis kerana menyindir Tun Dr. Mahathir yang pada waktu itu berada dalam situasi yang sangat tegang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Watak utama dalam cerita itu juga bernama 'PM' yang disifatkan sebagai bukan pemimpin yang baik. Buku ini kemudian diharamkan kerana membawa propaganda, jenayah dan menyentuh sentimen perkauman.

 

Amanat Haji Hadi

Sumber foto: buletinonline
Sumber foto: buletinonline

Buku setebal 52 halaman ini mengandungi beberapa amanat yang ditulis sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Haji Awang bagi memberi penjelasan terperinci mengenai isu seperti perpecahan umat, jihad dan sebagainya.

Namun begitu, ia telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

 

Hadis Satu Penilaian Semula

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Kassim Ahmad menulis buku ini dengan menuangkan pandangan yang kritikal terhadap hadis yang menjadi hukum kedua tertinggi dalam Islam selepas Al-Quran.

Buku tersebut mengundang perdebatan sehingga akhirnya ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1986 kerana dikatakan boleh mengelirukan akidah.

 

Permata Yang Hilang

Sumber foto: Slideshare
Sumber foto: Slideshare

Buku ini pernah menjadi buku terlaris ketika dicetak buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 1992. Buku ini menerangkan secara ringkas mengenai seni nafkah batin buat pasangan suami isteri. 

Ia mengundang kontroversi kerana kandungan yang menceritakan tentang pengetahuan seksual ini tidak sesuai untuk penjualan umum. Apalagi ia disertakan dengan ilustrasi yang terperinci. 

Bukan itu sahaja, memandangkan ia dikaitkan dengan amalan kuno dan mistik, ia dikhuatiri membawa kesesatan akidah.

 

Cinta 100 Ela

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Novel tulisan Raja Azmi yang pernah diterbitkan pada tahun 1999 ini pernah mengundang kontroversi apabila karyanya dikatakan menceritakan aksi lucah berlebihan dalam tulisannya.

Dalam novelnya, Raja Azmi selalunya menggabungkan tiga elemen iaitu agama, cinta dan seks. Akibat menerima banyak kecaman, novel itu diharamkan penjualannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Namun begitu, sambungan naskah ini difilemkan pada tahun 2002 dan dibintangi oleh Rashid Sidek, Wardina Safiyyah dan Man Bai dengan tajuk Cinta 200 Ela.

 

Sebongkah Batu Di Kuala Berang

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Tulisan Faisal Tehrani ini menceritakan tentang pelajar tahun akhir di Akademi Seni Islam yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu.

Naskhah ini turut menyentuh bagaimana negara kita kekurangan filem bergenre Islam. Namun begitu, buku ini mencipta kontroversi kerana dikatakan mengandungi unsur Syiah.

 

Kalau Jodoh Takkan Lari Kemana 

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Sekitar tahun 2006, gosip hubungan cinta antara Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K menjadi bualan hangat negara. Entah mengapa tiba-tiba sebuah buku menceritakan kisah percintaan mereka muncul di tengah khalayak. 

Penulis buku itu pula bukan calang-calang, ia ditulis oleh S.H Alattas yang sebelum ini banyak menulis buku kontroversi politik. Buku Kalau Jodoh Takkan Lari Kemana itu menjadi perhatian ramai terutamanya dalam kalangan para peminat yang tertanya-tanya kisah sebenarnya percintaan dua sejoli itu.

Namun begitu, sehingga hari ini, ramai yang tertanya-tanya apakah sebab utama buku mengenai Siti dan Datuk K itu tiba-tiba dihasilkan.

 

Interlok

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Novel tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussain ini pernah dipilih sebagai bahan bacaan wajib Komponen Sastera (KOMSAS).

Namun begitu, ia mencipta kontroversi apabila terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam novel itu dikatakan mengandungi unsur perkauman dan tidak disenangi oleh kaum India.

Buku itu kemudian telah diedit semula tetapi akibat desakan daripada pelbagai pihak, buku tersebut telah digugurkan sebagai teks wajib sastera bermula tahun 2012.

 

Perempuan Nan Bercinta

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Juga merupakan buku tulisan Faisal Tehrani. Pada tahun 2012, beliau menghasilkan sebuah buku setebal 410 halaman bertajuk Perempuan Nan Bercinta.

Buku itu menjadi perbincangan hangat pembaca kerana ia membawa wacana pemikiran fahaman Syiah yang bertentangan dengan fahaman rakyat Malaysia iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Shafie. 

Bukan itu sahaja, pada waktu itu buku tersebut turut dibincangkan fatwanya di Jabatan Mufti Negeri Selangor sebelum akhirnya Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan kerana novel tersebut dikatakan memudaratkan ketenteraman awam.

 

Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Zul Fikri Zamir menjadi perhatian umum apabila bukunya bertajuk Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang menemui pembaca pada tahun 2013. 

Buku tersebut menghimpunkan artikel yang mengkritik aspek pendidikan, politik dan sosiobudaya di Malaysia. Bahagian penting yang dibincangkan dalam buku ini ialah mengenai fungsi mahasiswa yang dilihat gagal untuk kembali membantu masyarakat. 

Buku ini sudah semestinya menjentik golongan pendidik serta institusi pendidikan yang dianggap gagal membentuk jati diri mahasiswa.

 

99 Kata-Kata Fattah Amin

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Pada tahun 2017, pelakon Fattah Amin melancarkan sebuah buku yang menghimpunkan kata-kata yang diselang-selikan dengan gambar swafoto miliknya. Dalam satu temu ramah, Fattah mengakui tulisan yang termuat dalam bukunya itu merupakan kata semangat yang dikumpulkannya sepanjang bergelar anak seni.

Buku yang berharga RM58 itu kemudian mendapat kecaman netizen yang rata-rata merasakan harga buku itu terlalu mahal dan tidak setimpal dengan isinya. Kerana buku ini, nama Fattah Amin sempat menjadi trending di laman sosial.

 

Aku_______, Maka Aku Ada!

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Buku tulisan Faisal Tehrani terbitan Dubook Press ini menghimpunkan artikel, esei dan luahan perasaan penulis terhadap beberapa isu. Kritikan yang diberikan beliau sangat tajam.

Antara isu yang dikupas dalam buku ini ialah bagaimana pemikiran ahli politik semasa banjir di Kelantan, bagaimana sifat ingin tahu anak-anak disekat, tentang Hang Tuah yang juga seorang pemabuk, reaksi pemimpin Syiah mengenai isu pendudukan haram Yahudi dan lain-lain.

Buku ini kemudian diharamkan oleh pihak berkuasa. 

 

Syahadah Kedua

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Buku setebal 191 muka surat tulisan Syazreen Mohd ini mengajak pembaca untuk menilai semula maksud kalimat syahadah. 

Dalam bukunya, Syazreen mengatakan syahadah yang dilafazkan di dalam solat harus difahami dan berfungsi dalam kehidupan. Penulis turut mengkritik sikap ekstremis yang menggunakan perkataan 'lailaha illallah' untuk menyebarkan kekerasan.

Selain itu dia juga mengupas bagaimana salah faham syahadah boleh menimbulkan perbalahan.

Namun begitu, buku ini tidak terlepas kritikan kerana ada yang menganggap beberapa dakwaan Syazreen terlalu keras seperti ketika dia mengkritik Nabi Nuh dan membandingkannya dengan Nabi Muhammad. Juga, pemahaman mengenai ‘tauhid universal’ yang ditulis Syazreen.

 

My Story: Justice in The Wilderness

Sumber foto: Goodreads
Sumber foto: Goodreads

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menulis sebuah buku yang dikatakan telah mendedahkan beberapa perkara sulit yang termasuk dalam undang-undang kerahsiaan. 

Buku setebal 500 muka surat itu menceritakan pencapaian dan kegagalan Pakatan Harapan, 1MDB, isu Zakir Naik, Tun Razak mendalangi insiden hitam negara dan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan itu sahaja, ada pihak yang mengatakan buku itu mengandungi kesalahan fakta. 

Agaknya, adakah di antara anda yang pernah membaca salah satu buku di atas? Jika ya, apa pandangan anda mengenai buku-buku tersebut? - Getaran, 17 September 2021

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Sorotan Kes Ahli Politik Digugurkan Mahkamah: Daripada Lim Guan Eng Hingga Muhyiddin Yassin 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Lafaz Taklik Kerana Taksub Politik Amat Tidak Bertanggungjawab, Sila Dapatkan Pengesahan Segera Hakim Syarie

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera