Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cara Cuci Kereta Dengan Betul

Kaedah mencuci kereta yang betul tidak sukar untuk diikuti. Ia bukan sahaja bakal menjadikan kereta anda tampil lebih bersih, malah boleh membantu mengekalkan cat asal kereta untuk tempoh waktu yang lama.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Oct 2021 9:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktiviti mencuci kereta sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan wang ringgit, namun ia boleh dijadikan aktiviti riadah dan senaman sihat bersama keluarga yang tersayang.

Namun begitu, amalan mencuci kereta yang betul perlu diikuti bagi mengelakkan kerosakan pada cat kereta untuk jangka masa panjang.

Kaedah mencuci kereta yang betul tidak sukar untuk diikuti. Ia bukan sahaja bakal menjadikan kereta anda tampil lebih bersih, malah boleh mengekalkan cat kereta asal untuk tempoh waktu yang lama.

 

Tip Cuci Kereta dengan Betul dan Perkara yang Perlu Dielakkan Semasa Mencuci Kereta

Amalan mencuci kereta yang salah boleh mengakibatkan calar pada bahagian luaran kereta serta merosakkan dan memudarkan cat kereta. Ikuti tip mudah di bawah semasa mencuci kereta bagi memastikan cat kereta anda tahan lebih lama: 

1. Cuci kereta di tempat teduh

Ramai beranggapan mencuci kereta semasa cuaca panas terik adalah waktu yang terbaik. Namun demikian, bahang cahaya matahari akan menyebabkan sisa sabun dan kotoran kering dengan lebih cepat sekaligus meninggalkan tompokan air (water spots).

Masa yang paling sesuai untuk mencuci kereta adalah pada awal pagi, lewat petang atau ketika cuaca redup atau sejuk.

2. Basuh dan bilas dari bahagian atas ke bawah

Selain itu, anda disarankan untuk cuci kereta bermula dari bahagian bumbung ke bahagian bawah.

Elakkan mencuci kereta bermula dari bawah ke bahagian atas, ia akan menyebabkan air sisa kotoran mengalir ke bawah semula dan meninggalkan kotoran yang boleh melekat pada bahagian yang sudah dicuci, lalu menyebabkan kerosakan pada cat kereta anda.

3. Sabun cuci kereta

Pemilihan sabun dan bahan pencuci kereta yang elok dapat mengelakkan kerosakan pada cat kereta anda. Bahan pencuci khusus untuk kereta mempunyai pH yang seimbang yang direka khas untuk melindungi dan mengelakkan calar pada permukaan bercat.

Kebanyakan pemilik kereta memilih untuk menggunakan sabun pencuci pinggan atau baju untuk mencuci kereta. Meskipun sabun pencuci pinggan jauh lebih murah dan boleh menghilangkan kotoran dan minyak pada badan kereta, ia boleh memberi impak negatif terhadap lapisan cat kereta anda.

4. Guna kain yang bersesuaian

Selain pemilihan sabun yang betul, penggunaan kain yang sesuai memainkan peranan penting dalam penjagaan cat kereta anda dalam jangka masa panjang. Penggunaan kain biasa bukanlah pilihan yang baik dan ianya tidak sesuai digunakan untuk mencuci kereta.

Anda disarankan untuk menggunakan span lembut atau kain jenis mikrofiber untuk mencuci kereta anda. Ia dapat menjaga bahagian luaran kereta dan mengelakkan kesan calar, kerana ia mudah menyerap air sekali gus menjadikan hasil cucian lebih kemas dan bersih.

5. Guna kaedah cucian dua baldi

Amalkan kaedah dua baldi semasa membasuh kereta anda – satu baldi digunakan untuk mengisi air sabun (basuhan) manakala satu lagi baldi digunakan untuk mengisi air bilasan.

Penggunaan air dari baldi yang sama boleh mencalarkan permukaan cat dan menjadikan cat kelihatan kusam disebabkan oleh pasir, batu-batu halus dan sisa kotoran yang tertinggal.

Kotoran yang melekat pada baldi akan bercampur dengan air bilasan dan boleh merosakkan dan mengotorkan kembali kereta anda.

Kaedah cucian dua baldi merupakan salah satu kaedah terbaik untuk memastikan anda tidak mencalarkan cat kereta secara tidak sengaja semasa mencuci kereta anda di samping dapat menjimatkan penggunaan air.

6. Keringkan dan kilatkan

Antara kesilapan yang sering dilakukan semasa membersihkan kereta ialah membiarkan sisa air bilasan kering dengan sendirinya. Sisa air ini akan meninggalkan kesan tompokan air pada badan kereta dan ia boleh merosakkan cat kereta anda.

Elakkan penggunaan tuala biasa – gunakan kain seperti kulit chamois (jenis sintetik atau asli) untuk mengelap badan kereta anda kerana ia mempunyai daya serapan kelembapan yang tinggi dan tidak menjejaskan cat kereta.

Selain itu, anda juga disarankan untuk melakukan polish dan wax kereta secara berkala untuk memastikan bahagian luaran kereta sentiasa berada dalam keadaan baik.

 

Cara Cuci Enjin Kereta

Enjin kereta juga memerlukan perhatian anda, jika kebersihannya tidak dijaga, ia boleh merosakkan komponen-komponen tertentu dalam jangka masa panjang. Oleh itu, ikutilah langkah mencuci enjin seperti berikut:

1. Kenal pasti bahagian komponen elektrik yang boleh menyebabkan litar pintas dan balut dengan plastik untuk mengelakkan daripada terkena air.

2. Sembur enjin menggunakan air bertekanan rendah untuk menghilangkan debu atau kotoran terutamanya pada bahagian yang sukar dijangkau.

3. Letakkan bahan cucian khas yang boleh menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin. Anda juga boleh menggunakan bahan alternatif seperti minyak tanah.

4. Kemudian, gosok bahagian ini menggunakan berus halus dengan perlahan. Anda juga boleh menggunakan berus gigi atau mana-mana jenis berus yang dijual di kedai perkakasan untuk membersihkan di bahagian celah-celah.

5. Bilas enjin menggunakan air bersih untuk menghilangkan sisa kotoran termasuk sisa sabun yang melekat pada enjin.

6. Jika ada pistol angin, gunakan untuk membersihkan sisa air di bahagian celah.

7. Untuk mengelakkan kesan tompokan air (water spots) dan memastikan enjin kering dengan sempurna, biarkan bonet berada dalam keadaan terbuka selama beberapa jam.

8. Setelah kering sepenuhnya, buka balutan plastik pada komponen elektrik.

9. Kemudian, hidupkan enjin dan periksa semua komponen elektronik seperti lampu depan, lampu kecemasan, lampu brek, isyarat dan lain-lain berfungsi dalam keadaan baik.

 

Cara Cuci Tempat Duduk Kereta

Biasanya, cucian tempat duduk kereta di pusat cucian kereta menelan belanja yang agak mahal. Harga cuci tempat duduk kereta biasanya antara RM150 hingga RM300 bergantung pada jenis kereta dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Namun begitu, jika anda ingin membersihkan sendiri tempat duduk kereta anda, sila rujuk panduan berikut:

1. Buka kerusi, keluarkan dan basahkan kusyen.

2. Kemudian lumurkan sabun atau bahan pencuci serbaguna pada bahagian yang ingin dibersihkan dan biarkan selama beberapa minit. Pastikan terlebih dahulu bahawa bahan pencuci yang digunakan sesuai dengan jenis fabrik atau kulit tempat duduk kereta anda.

3. Gosok bahagian yang ingin dibersihkan hingga hilang segala kesan degil dan kekotoran. Gunakan berus lembut untuk mengelakkan kerosakan pada fabrik atau kulit tempat duduk kereta anda.

4. Setelah selesai, jirus dengan air sehingga bersih.

5. Jemur kusyen untuk sekurang-kurangnya dua hari sehingga kusyen kereta betul-betul kering di bawah cahaya matahari.

6. Selepas kering, pasangkan semula kerusi.

Semoga tip cuci kereta yang dihuraikan di atas dapat dijadikan panduan buat pemilik-pemilik kereta.

Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk menjual kereta lama atau berminat untuk mendapatkan kereta terpakai baharu, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan harga terbaik dengan perkhidmatan yang dipercayai, mudah dan pantas. - Getaran, 16 Oktober 2021

Rencana ini diinspirasikan daripada “Cara Cuci Kereta, Tips Cuci Enjin dan Polish Kereta dengan Betul” di Carsome.my.

Semua gambar: Ihsan Carsome

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu