Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bicara Warna Irama Nusantara Di Ipoh Music Symposium 2021

IMS2021 yang dianjurkan selama tiga hari berturut-turut ini turut memuatkan program-program menarik lain seperti forum, bengkel, sidang meja bulat dan sebuah konsert khas.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 9:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lalu, Ipoh Music Symposium (IMS) 2021 (Simposium Muzik Ipoh) yang bertemakan ‘Nusantara: Menelusuri Tradisi dan Kontemporari’ telah dilangsungkan dalam talian menerusi laman Facebook rasmi Ipoh Music Symposium dan PORT Ipoh.

IMS2021 yang dianjurkan selama tiga hari berturut-turut ini juga turut memuatkan program-program menarik lain seperti forum, bengkel, sidang meja bulat dan sebuah konsert khas.

Persidangan Meja Bulat semasa IMS 2021
Persidangan Meja Bulat semasa IMS 2021
Sesi kedua pembentangan simposium IMS 2021
Sesi kedua pembentangan simposium IMS 2021
Diskusi Buku '48 Years of Blues Gang'
Diskusi Buku '48 Years of Blues Gang'

Simposium yang menjadi pengisian utama acara ini menampilkan 23 orang panel pembentang yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, pengkaji budaya dan penggiat seni.

Forum ‘Loloq Dalam Kenangan’ merupakan salah satu acara di dalam IMS 2021 ini. Ia dianjurkan khas bagi menyelami keperibadian, seni dan sumbangan besar Allahyarham Loloq sepanjang hayatnya.

Barisan ahli panel forum itu terdiri daripada Mamat Khalid, Hasnul Rahmat dan Seir Rashid, yang cukup mengenali penulis lirik hebat itu dan sering bekerjasama dengannya.

Mereka bercerita mengenai awal perkenalan mereka bersama Allahyarham Loloq sehinggalah sisi peribadi dan kreatifnya, serta karakternya dan seni yang dihasilkan olehnya. 

Forum 'Loloq Dalam Kenangan'
Forum 'Loloq Dalam Kenangan'


Salah satu hal yang diungkapkan oleh Seir Rashid, mengatakan bahawa idea kreatif Loloq datang secara spontan dan kita takkan sedar bahawa beliau menciptakan (karya) yang solid. 

Seir Rashid kemudiannya mengimbas kembali ketika mewujudkan sebuah syarikat yang bernama ‘Skrip Kilat’, di mana idea nama tersebut datangnya dari ‘Awas Kilat’ di kotak pencawang elektrik.

Tidak hanya membentangkan hal seputar muzik semata, identiti Nusantara dalam sesebuah muzik filem melayu era studio ada dibincangkan dalam sesi pembentangan makalah dan kajian Nusantara. 

Pembentangan oleh Muhammad Farid bin Abdul Rahman cukup menarik perhatian penulis kerana ia membincangkan hasil kerja Zubir Said, seorang komposer muzik yang mementingkan identiti budaya sambil mengimbangi nilai komersial tanpa melupakan elemen Nusantara setelah pengaruh dari luar mempengaruhi kerja-kerja penghasilan latar muzik filem melayu era studio.

 

MALAM KEMUNCAK, KONSERT NUSANTARA

Konsert Nusantara merupakan acara kemuncak program Ipoh Music Symposium 2021 yang menampilkan persembahan istimewa daripada barisan artis termasuk pelopor muzik Nusantara seperti Datuk M. Nasir, Sada Borneo, Margasatwa, Herry & Alang (Luhiew Renaweij), Kumpulan Selendang Perak, Space Gambus Experiment dan Adiguru Che Mat Jusoh dan Ondo Handpan.

Raksar
Raksar

Pada malam tersebut, kugiran rock tempatan yang sedang meningkat naik, Raksar, menjadi penampilan pertama sebagai penghormatan kepada tema Ipoh Music Symposium pada tahun lepas iaitu ‘Rock Kapak’. 

Raksar beraksi dengan penuh bertenaga dengan lagu mereka ‘Bentala’ pada malam itu. Kumpulan Selendang Perak mengambil alih pentas selepas itu sebagai tanda perasmian malam Konsert Nusantara. 

Kumpulan Selendang Perak
Kumpulan Selendang Perak

Pada malam itu, mereka mempersembahkan beberapa lagu rakyat negeri Perak, antaranya ‘Cempaka Sari’, ‘Joget Pak Kadok’ dan medley ‘Pong Pong Along dan Ayam Putih Punggor’.

Kemunculan Sada Borneo, sebuah kumpulan muzik yang mengetengahkan elemen muzik tradisional Sabah dan Sarawak dan kontemporari ke dalam muzik mereka memberi nuansa bunyian alam pada malam tersebut dengan lagu mereka ‘Hills of Gold’, ‘Kowulunon’ dan lagu terakhir dari mereka untuk malam itu bertajuk ‘Sadabration’. 

Sada Borneo
Sada Borneo

Meskipun Konsert Nusantara ini hanya bersiaran secara maya, variasi pelbagai latar belakang dan bunyian yang dipersembahkan merancakkan lagi konsert yang berlangsung antaranya dengan kemunculan seniman Orang Asli iaitu Herry dan Alang Luhiew Renaweij, dari suku kaum Semai, memperluaskan lagi bunyian Nusantara dengan bunyian dari alat muzik kaum Semai sendiri. 

Herry dan Alang Luhiew Renaweij
Herry dan Alang Luhiew Renaweij

Begitu juga dengan penampilan dari Ondo Handpan, memukau dengan bunyian dari alat muzik bernama 'handpan'. Bunyinya seakan gamelan, tetapi alat muziknya mempunyai bentuk yang berbeza, menunjukkan sisi lain kekayaan muzik dari Nusantara sendiri. 

Ondo Handpan
Ondo Handpan

Seterusnya, persembahan diteruskan dengan wayang kulit berlatarbelakangkan muzik dari Space Gambus Experiment. 

Space Gambus Experiment dan Adiguru Che Mat Jusoh
Space Gambus Experiment dan Adiguru Che Mat Jusoh

Hampir satu jam setengah berlangsung, tiba giliran M.Nasir pula mengambil tempat untuk membuat persembahan. Lagu-lagu hits beliau seperti ‘Di Balik Cermin Mimpi’ dan ‘Apokalips’ dipersembahkan pada malam itu dengan set akustik.

M. Nasir
M. Nasir

Kugiran Margasatwa, sebuah kugiran yang senantiasa mementingkan elemen tradisional dan teaterikal ke dalam karya-karya mereka, menyanyikan ‘Gemersik Hilai’, ‘Alam Sendiri’ dan ‘Asmara Botol Kaca’ sebagai penutup tirai Konsert Nusantara. - Getaran, 10 September 2021

Margasatwa
Margasatwa


Semua gambar: Ihsan PORT

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

3

Budaya 5 bulan yang lalu

Pesta Bola Ngoca Sasar 35,000 Pengunjung, Perkasa Sektor Pelancongan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar