Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Islam, Pandemik Dan Sikap Optimis

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah bersikap optimis terhadap semua qada dan qadar daripada Allah SWT. Seterusnya, tetap yakin dengan segala janji Allah SWT kepada orang yang beriman.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 8:58AM

Gambar: Pablo Guerrero, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang yang optimis adalah orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan dan lain-lain) (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Sikap ini terhasil daripada keimanan yang teguh kepada Allah SWT. Seterusnya mereka sentiasa tetap dengan jalan yang benar dan menerima segala ketetapan Allah SWT serta bersangka baik.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu". (Surah Fussilat, ayat 30)

Kebetulan kita sedang melalui fasa pandemik dan akan beralih kepada fasa endemik tidak lama lagi.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, endemik bermaksud penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu. Bermakna, kita akan hidup bersama COVID-19 dalam masyarakat.

Berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, kita akan mula memasuki fasa endemik ini selewatnya pada akhir Oktober 2021 setelah tercapainya herd immunity (imuniti kelompok) di seluruh negara. 

Namun, ada sebahagian masyarakat yang bersikap pesimis dengan apa yang sedang berlaku.

Melihatkan kepada kes yang masih tinggi dan ‘kedegilan’ segelintir pihak yang belum mendapatkan suntikan vaksin, keadaan ini seolah-olah menggambarkan sikap negatif sebahagian warga kita terhadap usaha-usaha pihak berkuasa.

Ataupun, dengan kata lain seakan-akan sudah merasa lemah dan berputus asa.

Sedangkan Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”. [Surah Ali-Imran, ayat 139]

Sikap optimis adalah tanda seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Gambar: Mohd Azim Abd Rahman
Gambar: Mohd Azim Abd Rahman

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seorang hamba sehingga beriman kepada takdir baik dan buruknya, sehingga ia mengetahui bahawa apa yang menimpanya (yang sudah ditakdirkan) tidak akan terlepas darinya, dan (mengetahui) apa yang belum menimpanya (yang belum ditakdirkan) nescaya tidak akan pernah terkena kepadanya”. [Hadis Riwayat Tirmidzi]

Tegas Rasulullah SAW, sebagai seorang Muslim, mestilah bersikap optimis terhadap semua qada dan qadar daripada Allah SWT. Seterusnya, tetap yakin dengan segala janji Allah SWT kepada orang yang beriman. Itulah kekuatan sebenar seorang mukmin.

Dengan sikap ini pasti kita akan berjaya melalui segala ujian Allah SWT dengan hati yang reda.

Allah SWT berfirman:

“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. [Surah Faathir, ayat 2]

Apatah lagi sekarang kita sudah memasuki bulan Safar. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim untuk bersikap pesimis dengan bulan Safar sebagaimana berlaku kepada masyarakat Jahiliyah.

Mereka telah mengaitkan pelbagai perkara buruk terhadap bulan Safar. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada perkara sial dalam bulan Safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu”. [Muttafaqun Alaih]

Tegasnya, seorang Muslim mestilah bersifat optimistik dengan semua ketetapan daripada Allah SWT. Setiap ciptaan Allah SWT pastinya ada sebab dan ada gunanya kepada manusia. 

Terpulang kepada kita menilai sesuatu perkara dan mengambilnya dengan sikap yang positif dan optimis.

Jika sebaliknya, maka akan menyebabkan putus asa dan tidak bersangka baik dengan qada dan qadar Allah SWT. - Getaran, 3 Oktober 2021

Semua gambar hiasan lain: Pexels

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM