Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Banyak Putarkan Lagu TikTok, Pemuzik Tempatan Dianaktirikan Radio?

Jika radio memutarkan lebih banyak lagu tempatan, ia sekali gus dapat membantu para pengkarya kita menerusi pembayaran royalti juga promosi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 8:59AM

Gambar Hiasan, Unsplash

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini hakikat yang perlu diketahui, industri kreatif menjadi topik yang diberi perhatian dalam pelan pembangunan lima tahun negara. Mana tidaknya, industri ini menyumbang 20 peratus kepada keluaran kasar negara iaitu kira-kira 31 billion dari segi nilai. 

Pendek kata, industri ini penting untuk menjana pendapatan negara. Namun adakah pengkarya kita diberi peluang dan perhatian yang selayaknya untuk kekal tumbuh dan terus menyumbang? 

Dalam sebuah perbincangan secara maya di platform Twitter, pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez membangkitkan satu persoalan penting mewakili suara para pengkarya khususnya pemuzik dan komposer tanah air mengenai waktu siaran yang diperuntukkan untuk lagu-lagu tempatan dimainkan di radio.

Ini kerana, jika radio memutarkan lebih banyak lagu tempatan, ia sekali gus dapat membantu para pengkarya kita menerusi pembayaran royalti juga promosi. 

“Kita perlukan suatu pembaharuan untuk memajukan industri. Ramai pemuzik tanah air tidak dapat waktu siaran di radio kerana ia lebih banyak didominasi oleh lagu-lagu dari luar negara. Jika stesen radio lebih banyak mainkan lagu luar negara, maknanya kita bayar kepada artis dan komposer luar negara.

Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez
Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez

“Di Korea Selatan, mereka akan menetapkan kuota di mana stesen radio perlu memainkan 50 peratus lagu pengkarya tempatan. Di Malaysia, kita ada ramai pengkarya dan pemuzik. Maka karya mereka perlu di perbanyakkan di radio,” katanya.

Ekosistem sesuatu lagu itu dipilih dan dimainkan di radio adalah bergantung kepada sejauh mana ia tular dalam kalangan masyarakat.

Dengan kehadiran platform TikTok hari ini yang banyak mempromosikan lagu luar negara, maka tidak hairanlah stesen radio banyak memainkan lagu-lagu daripada platform media sosial tersebut.

Pengkarya dan pemuzik tempatan harus bersaing dengan lagu-lagu ini memandangkan radio akan memainkan sesuatu lagu itu jika ia sudah mencapai tontonan yang tinggi di YouTube. 

Dalam kata lain, artis dan pemuzik terlebih dahulu perlu memastikan lagu mereka laku dalam kalangan pendengar untuk meyakinkan stesen radio memutarkan lagu mereka.

Komposer tempatan Sirkhan Danial turut berkongsi pandangan terhadap isu ini apalagi sejak wabak melanda, para pengkarya kita berdepan dengan situasi getir.

Stesen radio boleh membantu memainkan lebih banyak lagu daripada pemuzik tempatan bagi membantu industri.

Sirkhan Danial
Sirkhan Danial

“Saya faham stesen radio memerlukan lagu-lagu trending untuk dapatkan iklan.

“Namun saya cadangkan untuk cari keseimbangan iaitu mendapatkan nilai komersial di samping memberikan peluang kepada para pengkarya di Malaysia dengan memutarkan lagu mereka,” katanya yang terkenal dengan lagu ‘Tergantung Sepi’.

Menurut Sirkhan lagi ketika dihubungi Getaran, jika stesen radio memainkan lagu pengkarya tempatan, maka ia sebenarnya telah membantu kerja-kerja promosi yang semestinya sangat besar impaknya.

“Bila kita mainkan lagu dari luar negara, kita sebenarnya sedang bantu dari aspek promosi dan pada masa yang sama, kita bayar royalti kepada komposer dan artis mereka. Bukan hanya kita, malah negara lain juga akan melakukan perkara yang sama. 

“Manakala pengkarya kita hanya ada radio tempatan sahaja yang diharapkan boleh membantu dari aspek promosi lagu. Saya harap stesen radio boleh beri keseimbangan antara trend semasa juga memberi ruang kepada pengkarya untuk biarkan lagu ke udara,” tambahnnya. 

Namun begitu, komposer kepada lagu ‘Mahakarya Cinta’, Audi Mok pula berpendapat radio memang sebuah parameter bagi menunjukkan lagu siapa yang popular. Bukan tanggungjawab radio untuk menjadikan mana-mana lagu terkenal. 

Audi Mok
Audi Mok

“Stesen radio pun business. Kalau boleh, sebagai komposer, saya nak mereka mainkan semua lagu-lagu saya.

“Tapi, saya tak boleh begitu. Kalau ternyata masyarakat tak mahu dengar lagu saya, saya tak boleh paksa, nanti tiada siapa pula yang nak dengar radio. Komposer kena hasilkan sesuatu yang sesuai dengan permintaan khalayak,” katanya. 

Manakala bagi komposer yang baru sahaja mengeluarkan lagu bersama Sarimah Ibrahim bertajuk ‘Harapan’, Damian Mikhail merasakan sebuah projek kolaborasi antara stesen radio dan pengkarya tempatan perlu dilakukan bagi mencari solusi kepada isu ini.

Damian Mikhail
Damian Mikhail

“Perlu ada tolak ansur. Kita faham pihak radio memerlukan satu katalog lagu yang mempunyai peminat. Manakala pengkarya pula boleh menghasilkan lagu yang lebih relevan dan menangkap perhatian pendengar.

“Kalau tak ada orang dengar radio, mereka pun akan mati. Sebagai pengkarya kita kena akui bahawa media sosial adalah cara baharu untuk memasarkan lagu dan menjadikannya lebih popular.  

“Saya tak setuju kalau hadkan kuota lagu luar kerana kita boleh belajar banyak daripada lagu-lagu mereka. Pengkarya kita boleh mempunyai lebih banyak ruang idea.

“Soal lagu ini, kita tak boleh paksa orang dengar apa. Tapi sebuah program boleh dijalankan untuk membincangkan bagaimana nak menghasilkan lagu yang diterima masyarakat. 

“Kadangkala isu lagu itu tidak popular bukanlah sebab ia tak bagus, tapi cara pemasaran yang kurang berkesan,” tambahnya.

Perkara itu sudah sampai kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Panglima Annuar Haji Musa dalam sesi perbincangan yang sama di Twitter. 

Beliau memerlukan masa untuk mengkaji data dan pada masa yang sama mengalu-alukan sebarang buah fikiran untuk menghasilkan garis panduan yang wajar bagi membantu penyanyi, komposer dan pengkarya tanah air. 

“Saya menyokong idea ini, mungkin kita kena cari keseimbangan yang munasabah bagi memberi keutamaan kepada pencipta lagu dan pemuzik tempatan,” katanya. 

Mungkin dengan usaha ini bakal membantu lebih ramai pengkarya tempatan seterusnya merancakkan kembali industri selepas kelesuan pandemik. Hanya dengan itu, industri seni dapat menyumbang lebih daripada 20 peratus dalam pertumbuhan ekonomi negara. - Getaran, 2 Oktober 2021

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam