Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tarikan Proton Persona 2022, Cukup Mempesona!

Baca ulasan lanjut mengenai Proton Persona 2022 oleh Shazreeq Alhadi.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2021 11:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengeluar kereta tempatan, Proton telah melancarkan Proton Persona terbaharu, yang digelar Proton Persona 2022, bulan lepas. Ianya dilancarkan bersama-sama dengan Proton Iriz 2022.

Untuk edisi terbaharu ini, Proton telah melakukan beberapa penambahbaikan kepada reka bentuk serta penambahan ciri-ciri istimewa.

Selain daripada itu, peningkatan ciri-ciri keselamatan juga menjadi salah satu daripada titik penjualan Proton Persona 2022.

Ia didatangkan dalam tiga varian iaitu iaitu Standard, Executive dan Premium yang dijana enjin 1.6L VVT dengan transmisi automatik CVT.

 

PRESTASI & PEMANDUAN

Ketiga-tiga varian menjana kuasa kuda sebanyak 107hp serta 150nm tork daripada enjin 1.6L VVT  dengan menggunakan sistem kotak gear CVT.

Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Torsion Beam (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan, lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar bersaiz 185/55R16 (Executive dan Premium) dan 185/55R15 (Standard).

Selain daripada itu, Mod ECO juga didatangkan bagi menggalakkan pemandu memandu lebih cekap dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Dengan kehadiran Eletric Power Steering (EPS), saya merasakan pemanduan akan menjadi lebih lancar serta kos penjagaan berkurang kerana tidak perlu menukar minyak stereng.

Menurut risalah pengedar, Proton Persona 2022 mencatatkan 6 liter per 100 km untuk penggunaan petrol. Ini menjadikan ia sebagai salah sebuah kereta yang jimat petrol.

KESELAMATAN

Sama seperti Proton Iriz 2022, Proton Persona 2022 juga diberi pengiktirafan ASEAN NCAP sebanyak 5-bintang dan dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif seperti struktur badan yang diperkuat menggunakan keluli Hot Press Formed (HPF), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Pegun Bukit (HHA).

Ciri-ciri keselamatan lain yang terdapat ialah enam beg udara untuk varian Executive dan Premium dan empat beg udara untuk model Standard, ABS/EBD, Stability Control, Alarm, Immobilizer dan Isofix untuk kerusi kanak-kanak.

Tambahan pula, kesemua varian ditampilkan dengan kamera dan sensor parkir bagi memberikan bantuan visual dan audio semasa menempatkan kereta di tempat parkir.

 

KABIN

Proton Persona 2022 didatangkan dengan unit infotainment skrin sentuh kini bersaiz 8 inci (untuk Executive dan Premium sahaja).

Ventilator penyaman udara direka baharu, dengan panel kawalan dalam paparan digital. Penyaman udara juga didatangkan dengan penapis N95, untuk kualiti udara dalaman yang lebih baik.

Kesemua varian didatangkan dengan enam port USB, iaitu tiga di depan dan dua di belakang, serta satu lagi pada cermin pandang belakang untuk kegunaan kamera pemuka (dashcam).

Selain daripada itu, ciri-ciri khas seperti Smart Key dan Push Start Button juga didatangkan hanya untuk varian Executive dan Premium.

Malah, pembeli varian Premium juga akan mendapat keistimewaan lain seperti rekaan kabin dipertingkat dengan kemasan kulit sintetik (leatherette) coklat, sama warna seperti model SUV X70,  khidmat Voice Command untuk kawalan penyaman udara dan tingkap pemandu serta fungsi navigasi dalam talian.

 

REKA BENTUK

Reka bentuk Proton Persona 2022 tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan model sebelumnya. Ianya masih mengekalkan rekaan lampu utama dan lampu belakang terdahulu serta masih mengekalkan gril Infinite Weave dengan frame Ethernal Bow.

Apa yang menarik, ruangan but belakang sangat luas. Ia menawarkan ruang but sebanyak 510 liter yang boleh diperluaskan dengan melipat tempat duduk belakang.

Bahagian roda menampilkan rekaan menarik untuk varian Standard dengan rim bersaiz 15 inci. Bagi varian Executive dan Premium pula, kedua-duanya diberikan rim bersaiz 16 inci, dengan rekaan yang berbeza.

Untuk bahagian lampu, varian Standard dan Executive diberikan headlights jenis halogen berserta dengan Daytime Running Lights. Manakala Premium didatangkan dengan lampu utama jenis LED. Tambahan untuk varian Premium adalah bumbung berwarna hitam.

 

RUMUSAN

Proton Persona 2022 adalah sebuah kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia. Dengan harga yang berpatutan serta tawaran yang diberikan, ianya sangat sesuai untuk dijadikan kereta eksekutif malah sesuai juga untuk keluarga kecil.

Dengan kos penyelenggaran yang tidak begitu tinggi, kereta ini amat sesuai dijadikan kereta harian untuk perjalanan dekat dan jauh.

Harga bermula pada RM45,200 atas jalan (tanpa insurans) bagi varian Standard, manakala Executive pula RM50,100 dan varian tertinggi Premium pula dijual pada harga RM54,900.

Warna-warna yang ditawarkan: Armour Silver, Rosewood Maroon, Ruby Red, Jet Grey, Snow White dan Space Grey.

Untuk lebih info, layari https://www.proton.com/  - Getaran, 18 September 2021

Semua gambar: Proton.com

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Proton Sasar Jual Model S70 2,000 Unit Sebulan

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Anwar Rakam Terima Kasih Sumbangan Tun Mahathir Dalam Proton

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Belanjawan 2023: PROTON Harap Persekitaran Kondusif Buat Pembangunan EV

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Proton Hantar 1,000 Unit Ke Afrika Selatan Selepas 2 Bulan Kembali Ke Pasaran

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan