web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ABPBH 34 Kembali Secara Virtual Dengan Tema #KitaBersama

ABPBH 34 membawa kelainan apabila mempertandingkan 14 kategori utama dan enam kategori 'online.' Pemilihan artis kegemaran telah dibuka sejak 10 September sehingga 3 Oktober 2021, menerusi laman web ABPBH 34.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 3:18PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengangkat tema #KitaBersama untuk menerapkan mesej kekitaan atau penyatuan, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan tahun ini secara maya untuk memberi keceriaan kepada peminat acara anugerah ini dan juga penonton di rumah.  

ABPBH 34 membawa kelainan apabila mempertandingkan 14 kategori utama dan enam kategori dalam talian. Pemilihan artis kegemaran telah dibuka sejak 10 September lalu dan dibuka sehingga 3 Oktober 2021 menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my

Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, atau melalui pakej langganan BH digital dan akhbar cetak.

Syafiq Kyle - antara calon bagi kategori Pelakon Lelaki Popular
Syafiq Kyle - antara calon bagi kategori Pelakon Lelaki Popular

Pengurus Besar, Pemasaran, Komunikasi dan Sokongan Jualan NSTP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, semua perancangan penganjuran ABPBH pada tahun ini dilakukan dengan teliti dan apa juga penyesuaian dan penambahbaikan dibuat, dilakukan selaras dengan SOP terkini.

“Kami mahu ABPBH terus relevan sebagai pengukur populariti dan penghargaan kepada karya yang dihasilkan penggiat seni.

“Penganjuran ABPBH 34 pastinya mematuhi segala SOP yang ditetapkan dan pada masa yang sama, tetap memberi impak dan meninggalkan memori manis kepada semua artis serta pihak lain yang terbabit,” katanya.

Nabila Huda - antara calon bagi kategori Pelakon Wanita Popular
Nabila Huda - antara calon bagi kategori Pelakon Wanita Popular

Beliau menambah bahawa segala penyesuaian membabitkan promosi dan publisiti ABPBH 34, termasuk pakej tajaan, kandungan, mekanisme penganjuran, pencalonan, pengundian sehinggalah aktiviti bersama artis serta kelab peminat dikendalikan dengan mengoptimumkan penggunaan platform digital termasuk media sosial.

Malah, bagi menghangatkan lagi ABPBH pada kali ini, pihak penganjur akan menerbitkan program eksklusif bersama penaja utama, Xiaomi dan artis jemputan yang disiarkan secara virtual, tidak lama lagi.

Joe Flizzow - antara calon bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular
Joe Flizzow - antara calon bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular

Pada malam kemuncak ABPBH 34, antara 14 kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi dan Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi.

Kategori lain termasuklah Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.

Turut dipertandingkan adalah enam kategori dalam talian iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular.

Ernie Zakry - antara calon bagi kategori Penyanyi Wanita Popular
Ernie Zakry - antara calon bagi kategori Penyanyi Wanita Popular

Walau bagaimanapun, undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular hanya akan dibuka mulai bulan Oktober nanti.

Malam kemuncak ABPBH 34 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, serta YouTube TV3 dan BH dan laman web ABPBH di www.abpbh.com.my pada hari Sabtu, 13 November 2021. 

Malam kemuncak ini akan dilaksanakan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP yang ditetapkan pihak MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Getaran, 11 September 2021

Semua gambar, kecuali Nabila Huda: Gambar Fail

Gambar Nabila Huda: Instagram @kupu_kupu

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Fattah Amin Ulang Kejayaan, Dolla Pertama Kali Menang Di ABPBH 34

2

Gaya 4 tahun yang lalu

Kuala Lumpur Fashion Week 2021 Kembali Bersinar!

3

Teknovasi 4 tahun yang lalu

Mizz Nina Mahu Hasilkan Banyak Pengisian Halal Menerusi QalbyApp 

4

Budaya 4 tahun yang lalu

Raikan Perarakan Animasi Virtual Merdeka Bersama Suria FM 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat