web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raikan Perarakan Animasi Virtual Merdeka Bersama Suria FM 

Biarpun pandemik belum bernoktah, rakyat Malaysia masih boleh meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-64 menerusi Perarakan Merdeka, SuriaxKLSketchNation bermula jam 9.30 malam ini. 

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 2:22PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan Hari Kemerdekaan negara tidak akan lengkap tanpa perarakan merdeka. Menyedari hakikat ini, Suria FM dan KL Sketch Nation telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan perarakan animasi virtual yang digelar Perarakan Merdeka SuriaxKLSketchNation, bermula jam 9.30 malam ini. 

Perarakan merdeka animasi virtual untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 ini akan ditayangkan menerusi platform digital Facebook dan YouTube, Suria FM serta KL Sketch Nation. 

Menariknya, perarakan merdeka SuriaxKLSketchNation turut melibatkan kontinjen-kontinjen wakil Malaysia yang unik dan menarik menerusi karakter-karakter animasi digital yang dilukis sendiri rakyat Malaysia. 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, pengalaman berolaborasi bersama KLSketchNation untuk projek perarakan Merdeka ini merupakan pengalaman baharu buat Suria FM.

“Sebelum ini,kami tidak pernah menganjurkan konsep peraduan sebegini yang mana pendengar turut sama berpeluang menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan menghasilkan karakter animasi bertemakan patriotik.

DJ Lin.  Gambar: Instagram @djlinsuriacinta
DJ Lin. Gambar: Instagram @djlinsuriacinta

“Ini merupakan satu kelainan yang Suria FM mahu tonjolkan dalam penganjuran peraduan sekali gus ingin mendorong masyarakat Malaysia sama-sama meraikan Hari Kebangsaan dengan norma baharu dan secara virtual.

‘Suria FM berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menghantar penyertaan. Begitu juga rakan penganjur KLSketchNation yang sudi bekerjasama menerusi projek yang cukup unik dan menarik ini ,” katanya. 

Terdahulu, pendengar yang ingin menyertai perarakan Merdeka SuriaxKLSketchNation ini perlu menghantar lukisan atau ilustrasi unik karakter pilihan mereka mengikut template dan 9 jenis kategori yang disediakan di laman web Suria.

Hasil daripada penyertaan yang dibuka daripada 29 Julai hingga 20 Ogos lalu, Suria FM menerima lebih 1000 penyertaan. Karakter-karakter animasi yang dihantar akan menjadi sebahagian daripada barisan kontinjen mengikut kategori masing-masing. 

Antara kategori yang telah diperkenalkan adalah Olimpik, Patriotik, Super Heroes, Flora, Fauna, Hantu Malaysia, Selera Malaysia, Kebudayaan, dan Teknologi. Kontinjen Suria FM yang terdiri daripada karakter penyampai-penyampai Suria juga turut menyertai perarakan Merdeka ini. 

Sementara itu, Presiden KL Sketch Nation, Ahmad Hakym Ahmad Hilmy berkata, pihaknya sangat menghargai peluang dan kepercayaan yang diberikan pihak Suria FM untuk sama-sama merealisasikan projek yang boleh disifatkan berjaya ini. 

“Kami berbesar hati dapat bersama Suria FM untuk meneruskan legasi perarakan Malaysia sempena sambutan merdeka walaupun berdepan pandemik tahun ini. 

“Program ini juga diadakan untuk mengetengahkan kepakaran komuniti seni di Malaysia apabila dibarisi 10 sukarelawan seni di bawah KL Sketch Nation dalam pelbagai bidang termasuk reka bentuk grafik, animasi 2D dan 3D serta multimedia. 

“Jumlah penyertaan yang melebihi 1,000 lukisan yang dihantar orang ramai membuktikan kehebatan rakyat Malaysia yang berbakat besar dan punya kebolehan bertaraf antarabangsa,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN