web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fattah Amin Ulang Kejayaan, Dolla Pertama Kali Menang Di ABPBH 34

Selain Dolla dan Fattah Amin, Khai Bahar dan Aina Abdul telah memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular dengan lagu terbitan Universal Music Malaysia, 'Nafas Cinta'

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 2:32PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) yang melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni telah memberikan kejayaan yang cukup manis buat dua artis yang berada di bawah naungan Universal Music Malaysia iaitu Dolla dan Fattah Amin. 

Dolla yang yang dianggotai Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, manakala Fattah Amin memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. 

Mula dikenali menerusi lagu 'Dolla Make You Wanna', Dolla menyifatkan kejayaan sulung di pentas ABPBH 34 adalah pembakar semangat mereka untuk terus memberikan yang terbaik kepada industri dan peminat muzik tanah air.

Biarpun Dolla muncul ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), itu tidak menghalang kumpulan vokal wanita ini mengumpul peminat tersendiri.

Bahkan, kesemua single yang dilancarkan sepanjang tempoh dua tahun ini mendapat maklum balas positif.

“Dolla sangat berbesar hati sebab berjaya memenangi kategori Artis Baharu Wanita Popular. Kami rasa semua calon lain dalam kategori ini hebat dan layak untuk menang. 

“Tapi, apabila kami diumumkan pemenang, rasa sangat bersyukur kepada peminat iaitu iDollas yang sudah mengundi setiap hari sehingga kami berjaya sampai ke tahap ini,” kata mereka.

Bagi penyanyi dan pelakon, Fattah Amin, dia tidak menjangka memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Apatah lagi, kategori itu turut mencalonkan empat pelakon hebat lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri.

Kali terakhir Fattah, yang popular menerusi lagu 'Wanita Terindah' menang kategori sama adalah pada ABPBH 32 pada 2019.

“Alhamdulillah, syukur atas rezeki dan kejayaan ini. Saya tidak sangka menang kategori ini buat kali kedua. Terima kasih peminat dan penyokong kerjaya seni saya dari dulu hingga sekarang.

“Biarpun berdepan dengan nasib kurang baik apabila ada filem yang saya lakonkan (Miimaland) ditayangkan pada era pandemik COVID-19 hingga tidak ramai berani masuk pawagam, ada hikmah atas semua yang terjadi. 

“Saya beroleh rezeki lain dengan kemenangan pada acara festival filem luar negara. Sekarang ini, tertulis pula rezeki di ABPBH 34,” katanya.

Selain Dolla dan Fattah Amin, Khai Bahar dan Aina Abdul telah memenangi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular dengan lagu terbitan Universal Music Malaysia, 'Nafas Cinta'.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha keras kelab peminat saya, Khaibahar Empire dan Ainations (kelab peminat Aina). Tanpa kerja keras mereka, tidak mungkin saya dan Aina akan berada pada tahap ini,” kata Khai. - Getaran, 15 November 2021

Gambar: ABPBH 34

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

4

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN