web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bingkisan Khas Buat Blinks Dan Army!

Blinks, Army dan warganet bergembira dalam talian apabila kumpulan BTS dan Lisa Blackpink menghadiahkan video muzik baharu buat para peminat mereka.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 2:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari yang penuh dengan kegembiraan buat para peminat K-pop apabila dihadiahkan dengan dua pelancaran video muzik oleh artis-artis ternama industri muzik Korea Selatan. 

Setelah sekian lama menunggu, Lisa Blackpink akhirnya debut sebagai penyanyi solo secara rasmi melalui pelancaran video muzik perdananya, berjudul ‘Lalisa’. Untuk pengetahuan semua, Lisa merupakan anggota Blackpink ketiga yang menjejaki dunia solo selepas Jennie dan Rose.

Malahan, debutnya ini sangat dinantikan dan telah mendapat perhatian di peringkat global selepas pelancaran video teasernya bulan lepas. 

Dalam masa 24 jam, video muzik ini telah meraih lebih 70 juta tontonan dan menjadi perbualan hangat antara warganet sehingga menduduki tangga trending teratas di Twitter.

Ruangan media sosial juga dibanjiri dengan kata-kata pujian terhadapnya. Bahkan ramai Blinks turut mengajak pengguna media sosial untuk mendengar lagu tersebut lewat platform penstriman dan ada juga dilihat menggunakan pelbagai alat elektronik untuk menyumbang kepada bilangan penonton di YouTube.

Mungkin ramai tidak tahu, lagu ‘Lalisa’ ini menceritakan tentang dirinya sendiri. Justeru itu, ia dipilih sebagai single debutnya.

Video muzik yang berdurasi 3 minit ini berhasil menonjolkan bakat luar biasa Lisa sebagai seorang penyanyi dan penari sambil menampilkan sisi Lisa yang lebih berani. 

Selain daripada koreografi yang menarik mengikut rentak muzik yang rancak, Lisa juga menerapkan budaya negara asalnya di dalam video klip ini.  Lisa terlihat mengenakan busana tradisional berwarna emas dan beberapa aksesori seperti mahkota yang melambangkan budaya Thailand.

Apa yang lebih menarik, Lisa juga turut mengeluarkan video belakang tabir pembikinan ‘Lalisa’ khas buat para peminatnya.

Dalam sebuah sidang media, YG Entertainment mengumumkan bahawa 'single-album' pertama Lisa bakal diisi dengan dua buah lagu iaitu ‘Lalisa’ dan ‘Money’. Bukan itu sahaja, kedua-dua lagu ini turut mempunyai versi instrumental. 

Semasa tulisan ini ditulis, Lisa baru sahaja menyelesaikan persembahannya di rancangan 'The Tonight Show' kendalian Jimmy Fallon. Dan ya, semestinya internet sedang 'riuh' dengan sorakan digital para peminatnya.

Pada hari yang sama, kumpulan BTS juga telah melancarkan kompilasi video ‘Permission to Dance Shorts Challenge’ di YouTube rasmi mereka. Video tersebut menampilkan sejumlah Army dari seluruh penjuru dunia yang menari mengikuti rentak muzik ‘Permission to Dance’.

Ramai peserta menggunakan kreativiti mereka untuk memuat naik klip pendek berdurasi 15 saat ke YouTube dengan mengambil inspirasi pergerakan tarian dari video muzik asal lagu ‘Permission to Dance’.

Ada yang dilihat melakukan challenge ini bersendirian, berpasangan, berkumpulan dan ada juga mengajak ahli keluarga lain untuk menari bersama.

Semasa parti pelancaran ‘Permission to Dance’ bersama tetamu undangan, Chris Martin, vokalis Coldplay, BTS juga memasukkan beberapa klip video Army yang berkongsi pendapat mereka tentang lagu tersebut. 

Dalam satu babak video ini, seorang peminat mengatakan bahawa dia menemui kekasihnya lewat video reaksinya kepada lagu kumpulan ini.

Menurut BTS gerak tari yang dilakukan ini membawa maksud keamanan dan kegembiraan manakala liriknya pula bertujuan bagi menggalakkan para pendengar untuk bertindak mengikut gerak hati masing-masing.

“Lagu ini menjadi simbol galakan buat semua untuk mengekspresikan diri mengikut cara unik tersendiri. Selain itu, ia mengingatkan kita tentang pentingnya semangat kebersamaan dalam usaha untuk mendekati antara satu sama lain,” kata Chris Martin.

Bagi kami lagu dan challenge ini berhasil untuk meniup semangat positif sambil memberi senyuman kepada sesiapa yang mendengarnya. - Getaran, 11 September 2021

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini