Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Impak Pandemik COVID-19 Kepada Penggiat Kreatif Tempatan

Getaran sempat bertanya dua orang selebriti tempatan tentang bagaimana mereka mencari rezeki di kala wabak COVID-19 melanda.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 9:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 terus bermaharajalela. Ekonomi dunia dibelasah parah. Semua pihak dan industri terjejas tanpa belas kasihan. Di Malaysia ramai yang terpalit dengan wabak ini sehingga ada yang terpaksa menghentikan perniagaan mereka kerana tidak mampu untuk bertahan.

Tidak terkecuali, para penggiat industri seni kreatif dan hiburan.

Di laman media sosial Twitter pada 2 Februari lalu, penyanyi dan pelakon popular Adibah Noor berkongsi kicauan di dalam bahasa Inggeris yang berbunyi “Allah I don’t know if I can get through this.. I need work..” (terjemahan : Allah saya tak tahu jika saya mampu menempuhi semua ini, saya perlukan pekerjaan).

Itu hanyalah satu daripada ratusan keluhan penggiat seni dan juga para selebriti yang terjejas dengan pandemik ini. Atas rasa panasaran dan ingin tahu, kami di Getaran sempat bertanya dua orang selebriti tempatan tentang bagaimana mereka mencari rezeki di kala wabak COVID-19 membayangi dunia.

Tony Eusoff

Buat pelakon, pengacara dan penerbit popular Tony Eusoff, beliau mengakui terpaksa beradaptasi dengan situasi yang berlaku.

Sibuk kini menerbit dan juga mengacara sebuah rancangan bual bicara baru berjudul ‘Dunia Insan Kreatif’ untuk TVS (TV Sarawak ), Tony mengakui bahawa dia menghadapi beberapa kesulitan.

“Saya terpaksa mengendalikan segala-galanya dari rumah kerana kami tak dapat berada di studio secara fizikal. Memang sulit buat seseorang seperti saya yang masih terbiasa dengan cara lama. Tapi kami tiada pilihan dan terpaksa akur.

Saya rasa sangat janggal menjadi pengacara yang menemubual tamu secara maya. Ia tidak sama dengan set studio jika tamu itu di sebelah saya. Kita boleh ‘rasa’ atau memahami gerak badan tamu tersebut. Namun itu hakikat yang perlu saya hadapi,” jelas Tony tentang keadaan pekerjaannya sekarang.

Selain itu dia juga berkongsi bahawa ada beberapa penggambaran yang tergendala.

“Lakonan juga masih mata pencarian utama saya. Jadi saya ada beberapa penggambaran yang tergendala gara-gara PKP. Malah ada filem juga yang seharusnya disiapkan. Tapi dengan keadaan sekarang kami terpaksa menunggu tanpa kepastian,” tambahnya lagi.

Sungguhpun begitu Tony tidak menafikan bahawa situasi norma baharu ini ada manfaatnya juga.

“Sebagai contoh banyak kandungan hebat yang diterbitkan di bawah musim pandemik ini. Gara-gara terperap di rumah banyak idea luar biasa yang terhasil. Mesyuarat juga lebih cepat dan mudah. Tak perlu nak lari keluar rumah dan sebagainya,” ujar Tony.

Walau bagaimanapun Tony masih berharap keadaan akan pulih seperti sediakala namun dia tahu ia akan mengambil masa yang panjang. Sementara itu dia hanya mampu melakukan yang terbaik.

Fazley Yaakob

Buat Dato Fazley Yaakob pula yang kini aktif sebagai pengusaha bidang penyediaan makanan, dia mempunyai cabaran yang berbeza. 

“Dalam pandemik ini saya terus berusaha semampu saya. Terbaharu, saya membuka sebuah restoran daun pisang bernama Bala’s Banana Leaf di Bangsar. Kami menyediakan makanan popular India selatan seperti tosai, nasi daun pisang dan seumpamanya (selain beberapa resepi baru yang kami cuba cipta sendiri). 

Di samping itu saya tetap sibuk dengan restoran Minangkapau serta Selero Kito yang hanya aktif di atas talian. Maklumlah di musim pandemik ini, jumlah jualan tidak sebanyak yang diharapkan. Tidak semua mampu memesan secara atas talian dan tak semua sanggup menghabiskan wang. Ramai yang dah mula belajar memasak dan menyediakan makanan sendiri di rumah demi berjimat-cermat,” kata Fazley kepada pihak Getaran.

Fazley tidak menafikan walaupun perniagaannya berjalan, banyak risiko yang perlu dihadapi.

“Bayangkan jika seorang pekerja disahkan positif COVID, semua terpaksa menjalani ujian penyaringan dan seluruh tempat kerja perlu disanitasi dan dinyahkuman. Bagi mereka di dalam pusat membeli-belah, satu bangunan terkesan dengan situasi sedemikian,” tambahnya lagi.

“Selain itu ada sahaja mata yang memandang dan membuat laporan di media sosial. Kadangkala gara-gara salah faham, lain yang terjadi."

"Jika ada yang terserempak pekerja restoran menanggal pelitup muka untuk merokok atau makan sebentar, gambar itu mungkin ditularkan dan premis mungkin dituduh tidak mengikut SOP sedangkan sebenarnya ia adalah salah faham semata-mata."

"Gara-gara tidak percaya pada sesebuah perniagaan, jumlah pelanggan boleh jatuh mendadak dan sebagainya,” jelas Fazley panjang lebar tentang masalah yang dihadapinya.

Fazley juga berharap kebajikan para penghantar makanan tetap dijaga.

“Mereka juga ada keluarga, jadi banyak perkara harus dipermudahkan untuk mereka. Khasnya yang menunggang motorsikal."

"Di samping itu, daripada premis perniagaan terpaksa menutup operasi untuk melakukan pemeriksaan pekerja di pusat yang ditetapkan, apa kata wakil Kementerian Kesihatan yang datang ke premis perniagaan dan menyediakan pusat penyaringan yang lebih dekat supaya lebih mudah untuk para pekerja baris hadapan mendapat kepastian tentang kesihatan mereka dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Dia juga berharap pihak media akan terus membantu dengan berkongsi maklumat selain menyampaikan saranan yang mungkin akan diendahkan oleh pihak bertanggungjawab. 

Kami di Getaran berharap semua penggiat industri kreatif dan lain-lain akan tetap tabah dan terus mengharungi wabak ini sebaik mungkin. – Getaran, 20 Februari 2021.

Isu Pada

Nabila Razali

20 Feb 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara