Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Adakah Dana Bantuan Industri Kreatif Hiburan Benar-Benar Membantu Industri?

Industri media kreatif Malaysia benar-benar terkesan oleh COVID-19. Walaupun diberi bantuan dan dana menerusi pelbagai program, adakah ia membantu industri dan para pekerjanya?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 8:27PM

Dolla membuat persembahan di konsert dalam talian Malaysia Live! awal tahun ini. Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak ada siapa yang dapat menjangkakan bahawa serangan berjuta-juta virus COVID-19 yang sekecil 0.12 mikron akan mampu melumpuhkan ekonomi dunia serta menyebabkan banyak sektor perniagaan terpaksa ditutup apabila ia tidak dapat beroperasi sepenuhnya. 

Di antara sektor yang benar-benar terkesan akibat pandemik COVID-19 ini adalah sektor industri media kreatif dan hiburan.

Sejak virus Corona baharu ini berterusan menyerang dunia tanpa henti hingga masih tidak ada kesudahannya, sektor ini semakin terus tenat serta tidak mampu bernafas. 

Daripada industri muzik, filem, pengiklanan dan penyiaran TV, persembahan dan pementasan budaya sehinggalah ke penganjuran acara hiburan dan konsert, semuanya terhenti! 

Impaknya, ramai karyawan, penggiat seni, selebriti dan pengurus acara mengeluh kerana mereka telah kehilangan punca pendapatan dan sebahagiannya pula sudah tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup kerana bergantung kepada projek kerja dan bayaran gaji hari. 

Keluhan karyawan, penggiat seni, selebriti dan pengurus acara ini nyata mendapat perhatian pihak kerajaan.

Bagi menjana semula industri kreatif dan hiburan negara, kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah melaksanakan beberapa program dan kemudahan kewangan berjumlah RM225 juta pada tahun lepas. 

Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures dan swasta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Peruntukan sebanyak RM225 juta itu merangkumi seni, budaya, hiburan dan acara industri. 

Malah, kerajaan turut memperuntukkan RM550 juta untuk Dana Kandungan Digital (DKD) bagi merancakkan industri kreatif termasuk filem, muzik dan animasi. 

Majlis anugerah untuk penerima manfaat inisiatif pemulihan Badan Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA). Gambar Fail
Majlis anugerah untuk penerima manfaat inisiatif pemulihan Badan Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA). Gambar Fail

Daripada jumlah ini, peruntukan DKD sebanyak RM5.54 juta telah disalurkan kepada 48 individu dan syarikat, melibatkan 54 projek industri muzik pada tahun lepas.

Manakala peruntukan DKD sebanyak RM13.927 juta telah disalurkan kepada 40 syarikat produksi menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

Pada tahun ini, kerajaan menerusi KKMM telah menyediakan sejumlah RM189.2 juta dana di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memberikan sokongan berterusan kepada penggiat seni. 

Peruntukan itu diberikan menerusi pelaksanaan 32 program di bawah KKMM, Radio Televisyen Malaysia (RTM), FINAS, MDEC, MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA).   

Malah, peruntukan sebanyak RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan kewangan telah disalurkan kepada lebih 8,000 penggiat seni menerusi PEMULIH. 

Peruntukan ini diagihkan kepada FINAS serta beberapa agensi lain termasuk MyCreative Ventures, MDEC dan CENDANA.

Menerusi DKD pula, peruntukan sebanyak RM46.99 juta telah disalurkan kepada 81 buah syarikat produksi, manakala 960 penggiat muzik tanah air menerima manfaat peruntukan DKD sebanyak RM6 juta untuk Program Hiburan Dari Rumah. 

Namun, dengan segala peruntukan yang disediakan ini, apakah ia benar-benar dapat membantu merangsangkan pertumbuhan ekonomi dalam industri kreatif seni, budaya, hiburan dan acara? 

Apakah ia dapat membantu penggiat seni untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan menjana pendapatan mereka semula yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19? 

 

Muzik 

Kugiran Masdo mengadakan konsert di Istana Budaya tanpa kehadiran penonton di lokasi. Gambar Fail
Kugiran Masdo mengadakan konsert di Istana Budaya tanpa kehadiran penonton di lokasi. Gambar Fail

Pandemik COVID-19 telah memaksa syarikat rakaman muzik tempatan atau antarabangsa untuk menukar modul perniagaan mereka dengan menggunakan platform digital sepenuhnya. 

Daripada proses penghasilan lagu, susunan muzik, rakaman vokal, tracking, suntingan, mixing dan mastering, mempromosikan serta menjual lagu, semuanya dilakukan secara digital dan tidak memerlukan tenaga kerja yang terlalu ramai. 

Disebabkan itu, ia dilihat masih berupaya menjana pendapatan buat komposer, penyanyi rakaman dan syarikat rakaman serta mereka yang bekerja di belakang tabir proses pembikinan lagu. 

Namun, pendapatan ini tidaklah menyeluruh kerana sebahagian pendapatan diperolehi daripada pusat karaoke dan beberapa premis perniagaan serta kelab hiburan.

Kesemua premis ini terpaksa menghentikan operasi mereka dalam tempoh waktu yang agak lama sepanjang PKP dan ia turut menjejaskan pendapatan industri muzik tempatan secara keseluruhan. 

Penganjur acara hiburan dan konsert juga cukup sengsara kerana ketiadaan projek sehingga ada yang terpaksa menutup syarikat atau beralih kepada perniagaan lain.

Festival Tari anjuran Yayasan Warisan Johor diadakan dalam talian tahun ini. Gambar Fail
Festival Tari anjuran Yayasan Warisan Johor diadakan dalam talian tahun ini. Gambar Fail

Ketiadaan acara hiburan dan konsert ini juga turut memberikan impak yang besar kepada pendapatan penyanyi, pemuzik serta kru acara.

Kebanyakan penyanyi dan pemuzik sememangnya bergantung kepada acara hiburan dan konsert untuk meraih pendapatan.

Situasi yang sama turut dialami penyanyi dan pemuzik kelab apabila semua premis hiburan terpaksa ditutup. Begitu juga dengan pemuzik jalanan (busker) yang mencari wang dengan menghiburkan orang di jalanan. PKP telah menyebabkan mereka juga tidak mampu cari makan.

Kerajaan menerusi DKD berusaha membantu golongan penggiat seni muzik termasuk penyanyi untuk melakukan program 'Hiburan Dari Rumah'. Tapi, apakah semua mereka ini dapat merasai dana ini? 

Jika tidak, masakan kita mendengar ramai pemuzik yang terdesak hidup dan memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Komposer Ross Ariffin, pemuzik Man Kidal dan Kid Search adalah antaranya dan ramai lagi yang tidak berani tampil ke hadapan kerana malu untuk berkongsi masalah mereka. 

 

Seni Budaya

Karya seniman tempatan, Bono Stellar, yang sempat dipamerkan di Tun Perak Co-Op awal tahun ini. Gambar Fail
Karya seniman tempatan, Bono Stellar, yang sempat dipamerkan di Tun Perak Co-Op awal tahun ini. Gambar Fail

PKP juga turut memberikan kesan kepada industri seni budaya. Penggiat seni budaya tidak dapat membuat sebarang aktiviti seni dan kebudayaan termasuk menjayakan pementasan teater, tarian mahupun puisi.  

Premis seni budaya seperti Matic, Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Istana Budaya. KLPac dan Dewan Filharmonik Malaysia pula terpaksa membatalkan beberapa program berkaitan seni budaya walaupun ia telah dirancang setahun lebih awal.

Golongan pelukis yang menjadikan beberapa premis sebagai tempat cari makan terutama di Kraftangan Malaysia dan juga di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur ini juga terjejas mata pencarian. Malah, galeri-galeri lukisan juga ditutup dan aktiviti berkaitan dengan karya seni lukis tidak dapat dilakukan. 

Sungguhpun terdapat usaha untuk membantu penggiat seni budaya dengan menyuntik dana agar mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti secara maya, namun tidak semua dapat merasai dana bantuan ini. 

Malah, masih ramai lagi penggiat seni budaya yang mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan pada saat dan waktu yang mencabar ini.

Namun, demi menjaga nama dan maruah, ada yang sanggup menahan derita mereka daripada tampil memohon bantuan dan mendedahkan keperitan hidup mereka.  

Tangkapan layar tulisan kami tentang penutupan Galeri Petronas di Suria KLCC
Tangkapan layar tulisan kami tentang penutupan Galeri Petronas di Suria KLCC

 

Filem 

Pandemik COVID-19 sememangnya satu tamparan yang cukup hebat buat warga industri perfileman tanah air. Sama ada produk drama, dokumentari, filem mahu pun iklan komersial, kesemuanya kerja pembikinan dilakukan secara berpasukan. 

Mulai dari saat prapenerbitan, penerbitan, pascapenerbitan sehinggalah pada saat ia ditayangkan di saluran atau medium bersesuaian, setiap orang mempunyai peranan masing-masing.

Atas sebab itu, pembikinan drama, dokumentari, filem mahu pun iklan komersial, harus mempunyai tenaga kerja yang ramai. 

Namun PKP telah menjadi penyebab kebanyakan syarikat produksi dan agensi tidak dapat menjalankan tugas serta kerja penggambaran dan keadaan ini telah menjejaskan pendapatan setiap pekerja seni yang terlibat secara langsung di dalam industri ini. 

Biarpun banyak dana telah diberikan kepada syarikat produksi untuk mereka berkarya, namun sebahagian aktiviti penggambaran masih lagi tidak dapat dilakukan terutama di kawasan Zon Merah (Zon Satu). 

Bagi syarikat produksi yang memilih untuk melakukan penggambaran di kawasan Zon Kedua atau Ketiga, mereka dibenarkan untuk merentas negeri.

Namun, halangannya adalah pelaksanaan SOP penggambaran yang cukup ketat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  

Pelaksanaan SOP yang ketat ini langsung tidak berpihak kepada penggiat seni kerana ia langsung tidak kira cara dan budaya kerja sesebuah produksi apabila melakukan penggambaran. 

Tangkapan layar tulisan kami tentang SOP ketat yang dikeluarkan oleh FINAS
Tangkapan layar tulisan kami tentang SOP ketat yang dikeluarkan oleh FINAS

Malah, perbelanjaan yang besar juga terpaksa dikeluarkan untuk menampung kos ujian calit untuk kesemua pekerja termasuk kos mereka dikuarantin apabila melakukan penggambaran di luar Kuala Lumpur. 

Pelaksanaan PKP yang terlalu lama juga menyukarkan kebanyakan penggiat seni untuk terus meneruskan kelangsungan hidup terutama sekali di kalangan krew produksi kerana mereka juga dibayar dengan gaji hari pada setiap projek yang dijayakan. 

Akhirnya, ramai pekerja seni yang menerima nasib malang kerana tidak mampu bayar sewa rumah hingga dihalau keluar, tidak mampu membeli susu dan lampin anak, tidak mampu bayar duit ansuran rumah hingga kereta ditarik dan bermacam-macam keperitan lain.

Apakah dana-dana ini sebenarnya membantu industri kita yang ketika ini sedang tenat? 

Tenatnya industri perfileman kerana ia sudah tidak mampu lagi menjana sebahagian pendapatan menerusi tayangan-tayangan filem di pawagam setelah syarikat pempamer filem menghentikan operasi mereka kerana PKP.

Malah, ada syarikat pempamer filem yang terpaksa ‘gulung tikar kerana tidak mahu bertahan lagi dengan perniagaan mereka. 

Saat ini juga dianggarkan terdapat lebih daripada 50 filem tempatan yang menanti wajib tayang di pawagam.

Jumlah keseluruhan lebih tinggi sebenarnya tetapi ia menjadi berkurangan selepas segelintir syarikat produksi mengambil keputusan untuk tidak menunggu lama dan menayangkan filem terbitan mereka di platform Astro First. - Getaran, 28 Ogos 2021

Isu Pada

Aspirasi Deborah Henry, Marsha Londoh Dan Douglas Lim

28 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah