Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Asalnya Gembira Bila Kerajaan Benarkan ‘Shooting’ Tapi Lepas Tengok SOP FINAS…”

Rata-rata penerbit drama berada dalam dilema melihat SOP ketat yang dikeluarkan FINAS kerana ia bakal menelan kos yang besar sehingga membebankan rumah produksi.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 4:01PM

Gambar hiasan oleh Le Minh, Pexels.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mendengar keluh-kesah warga industri, kerajaan telah mengumumkan aktiviti penggambaran boleh kembali dijalankan setelah negara memasuki fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Maka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengeluarkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu bagi sebarang aktiviti penggambaran. 

Menyemak kembali SOP berkenaan, rata-rata penggiat seni memberikan respons yang pelbagai terhadap garis panduan itu. Walaupun secara teorinya ia langkah yang baik namun secara praktikalnya, ia menelan kos yang besar sehingga membebankan rumah produksi. 

 

SOP terlalu ketat, lebih baik tak payah shooting

Pengarah Datuk A. Aida berpendapat SOP yang mewajibkan semua kru dan artis menerima dua dos suntikan vaksin sebelum bekerja adalah sesuatu yang wajar dipersetujui.

Namun, terdapat kepincangan dalam SOP lain seperti mewajibkan ujian calitan kepada semua kru serta sanitasi kawasan penggambaran sebelum dan selepas digunakan. Mana tidaknya, ia bakal menelan kos yang tinggi. 

Pengarah, Datuk A. Aida. Gambar: Instagram A. Aida
Pengarah, Datuk A. Aida. Gambar: Instagram A. Aida

Bukan itu sahaja, memandangkan penggambaran selepas ini hanya boleh dilakukan di kawasan hijau, ia bakal menyukarkan pihak produksi untuk mengekalkan konti penggambaran yang sudah dilakukan sebelum ini.

“Kos yang perlu dikeluarkan terlalu besar terutama untuk ujian calitan dan proses sanitasi. Bayangkan penggambaran kalau dilakukan 90 hari, kita kena sanitasi setiap kali keluar dan masuk. Berapa kosnya itu? Tinggilah beban saya sebab saya kena bayar pekerja seramai 45 orang.

“Memandangkan SOP terlalu ketat. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak menyambung penggambaran drama Akasia yang tergendala. Saya ambil keputusan untuk tunggu sahaja negara kita mencapai imuniti kelompok, kemudian baru saya sambung penggambaran.

“Saya kena reda. Pasrah sahajalah,” katanya yang sudah melunaskan lapan episod penggambaran drama bertajuk ‘Kisah Cinta Kita’ sebelum tergendala.

 

Harap cepat divaksin

Turut meluahkan pandangan serupa ialah Elise Shick yang juga merupakan penerbit produksi Kuman Pictures. Menurutnya, SOP yang dikeluarkan FINAS itu akan menghadkan lokasi penggambaran dan mereka terpaksa mengurangkan jumlah pekerja.

Ia akan memberikan cabaran besar terutamanya kepada rumah produksi yang hanya mempunyai bajet yang rendah.

Penerbit produksi Kuman Pictures, Elise Shick. Gambar: Laman web Kuman Pictures
Penerbit produksi Kuman Pictures, Elise Shick. Gambar: Laman web Kuman Pictures

“Sama seperti sektor lain, saya rasa ini adalah cabaran yang tidak dapat dielakkan. Pembikin filem kena pandai menggunakan kreativiti dan alternatif agar memastikan rumah produksi tidak melanggar perjanjian projek yang sudah ditandatangani dengan platform penstriman.

“Kita hanya boleh harap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dipercepatkan bagi memulihkan keadaan ekonomi negara ini,” katanya yang merancang untuk melakukan penggambaran sebuah projek filem bertajuk Kerek.

 

Mengapa hanya industri kita sahaja yang kena swab, vaksin?

Selepas menyemak SOP berkenaan, Pengarah Rashid Sibir mencetuskan persoalan mengapa hanya industri hiburan sahaja yang perlu melakukan ujian calitan dan menunggu lengkap dua dos vaksin untuk kembali bekerja?

Memandangkan tempahan dan giliran panggilan vaksin hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera, ertinya rumah produksi harus menunggu lebih lama sehingga semua kru dan pelakon mendapatkan dua dos suntikan vaksin. 

Pengarah, Rashid Sibir. Gambar: Instagram Rashid Sibir
Pengarah, Rashid Sibir. Gambar: Instagram Rashid Sibir

“Saya sangat gembira bila kerajaan beritahu penggambaran boleh dijalankan, tapi bila tengok SOP yang dikeluarkan terlalu ketat, saya jadi agak kecewa. 

“Saya rasa memadailah kalau hanya buat ujian calitan dan dapat dos pertama vaksin. Tidak perlu wajib sampai dua dos vaksin baru boleh bekerja. Lagi pula, lokasi penggambaran nanti diadakan di kawasan hijau. 

“Lainlah kalau FINAS nak keluarkan peruntukan vaksinasi anak seni supaya semua boleh cepat kembali bekerja. Kita dah tiga bulan tak bekerja. Kalau sambung lagi lama, yang pekerja belakang tabir tak ada kerja. Mereka nak makan apa?

“Pada saya, SOP yang FINAS keluarkan sebelum ini sudah cukup sempurna. Tidak perlu terlalu ketat sehingga membebankan pihak produksi. Kami hanya minta sedikit kelonggaran agar kami boleh bekerja.

“Selama ini kami patuh kepada semua SOP termasuklah memansuhkan babak bersalaman dan berpelukan. Setakat ini, tiada lagi kluster yang datang akibat melakukan penggambaran. Kami semua anak seni sudah cukup terbeban. Harap SOP ini boleh dipermudahkan,” katanya kepada Getaran.

 

Dilema para penerbit

Mengakui bahawa SOP yang dikeluarkan itu memang bagus untuk membendung penularan apalagi negara berdepan dengan varian Delta yang memiliki kadar kebolehjangkitan yang pantas.

Namun, penerbit KL Motion Picture, Wan Hasliza, tidak boleh menafikan berasa tersepit untuk melakukan penggambaran dengan kos yang lebih tinggi.

Penerbit dan pengarah KL Motion Picture, Wan Hasliza. Gambar Fail
Penerbit dan pengarah KL Motion Picture, Wan Hasliza. Gambar Fail

“Kami kena lakukan penggambaran dalam gelembung yang sama dan jauh dari kawasan penempatan.

“Katakanlah saya nak lakukan penggambaran dalam tempoh yang lama. Saya kena fikirkan kos penempatan, kena upah pegawai untuk pantau, buat ujian calitan dan proses sanitasi. Jadi, ia akan menelan kos yang jauh lebih besar daripada bajet asal. 

“Saya tak tahu mereka minta nasihat siapa sewaktu merangka SOP ini sebab ia seolah-olah kalau saya berniaga, saya tak untung,” kata pengarah siri 'Kampung People' ini.

Hasliza berharap pemberian vaksin akan boleh dipercepatkan supaya kelonggaran SOP akan dapat diberikan. 

“Saya sangat paranoid dengan COVID-19 ini. Jadi, saya puji SOP ini memang bagus untuk membendung penularan. Tapi ia tidak praktikal. Inilah dilema yang dihadapi oleh saya sebagai penerbit,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 24 Julai 2021
 

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 2 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran